Silikone atau polisiloksana ialah polimer yang terdiri daripada siloksana, iaitu kumpulan berfungsi tak organik silikon dan oksigen berturutan, (...-Si-O-Si-...) yang disusun secara rantai lurus atau berangkai silang.

Acuan silikone.

Silikone memiliki formula kimia [R2SiO]n, di mana R ialah sebarang bentuk organik seperti kumpulan alkil dan fenil. Polimer ini ditambah dengan kumpulan-kumpulan berfungsi organik sampingan untuk mengubah bentuk silikone mengikut tujuan produk yang ingin dihasilkan.

Bahan ini tahan haba dan berbentuk pepejal, separa pepejal mahupun cecair. Bentuk-bentuk silikone umum ialah minyak, gris, getah, resin dan pemakal yang diperbuat daripada silikone.[1]

Penghasilan sunting

Silikone yang paling umum ialah polidimetilsiloksana yang dihasilkan melalui proses hidrolisis dimetildiklorosilana dalam sebuah tindak balas pempolimeran seperti di bawah:

n Si(CH3)2Cl2 + n H2O → [Si(CH3)2O]n + 2n HCl

Rujukan sunting

  1. ^ Hans-Heinrich Moretto, Manfred Schulze, Gebhard Wagner (2005) "Silicones" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a24_057

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Silikone di Wikimedia Commons
  •   Takrifan kamus silikone di Wikikamus