SimCity 4: Rush Hour

SimCity 4: Rush Hour ialah pek kembangan untuk SimCity 4 dicipta oleh EA Games dan Maxis, yang mana pemain membina sebuah bandar raya dari permulaan.

SimCity 4: Rush Hour
PembangunMaxis
PenerbitElectronic Arts (Windows)
Aspyr Media (Mac)
PerekaWill Wright
KomposerJerry Martin
Andy Brick
The Humble Brothers
SiriSimCity
PlatformWindows
Mac OS X
Pelepasan
GenrePenyelakuan pembinaan dan pengurusan Pembinaan bandar
ModSeorang pemain

Ciri-ciri baru sunting

U-Drive-It sunting

 
Sebuah kereta api wap dipandu oleh pemain menggunakan U-Drive-It.

U-Drive-It ialah satu tambahan baru untuk Rush Hour, satu cara yang mana pemain boleh mengawal kereta, kapal terbang, dan pelbagai kenderaan lain serta memandu mereka sekitar bandar raya. Terdapat dua cara memandu: Scenario Mode, yang mana pemain mempunyai satu masa yang terhad untuk memenangi wang atau hadiah-hadiah, atau Free Drive, yang membenarkan pemain memandu secara bebas.

Jalan raya dan lebuh raya sunting

 
Sebuah tampilan menayangkan beberapa contoh ciri-ciri baru dalam SimCity 4: Rush Hour.

Tambahan terbaru pada seksyen jalan ialah jalan sehala dan lebuh. Jalan sehala adalah bersaiz sama seperti jalan-jalan biasa, hanya ia boleh diregangkan dalam satu arah, manakala lebuh ialah jalan berkembar yang sama saiz dengan lebuh raya, dengan pokok-pokok renik di tengah jalur (ditakrifkan oleh kekayaan bangunan-bangunan di jalan itu). Lebuh telah ada dalam pendahulu SimCity 4, SimCity 3000, tetapi bukan dalam SimCity 4 yang asal.

Rujukan sunting