Sim Chee Keong
Steven Sim Chee Keong (Cina ringkas: 沈志强; Cina tradisional: 沈志強; pinyin: Shěn Zhìqiáng; Pe̍h-ōe-jī: Sím Chì-kiông; dilahirkan pada 13 Mei 1982) adalah seorang ahli politik Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022 serta Ahli Parlimen (AP) Bukit Mertajam sejak Mei 2013. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Syed Saddiq dari Julai 2018 hingga keruntuhan pentadbiran PH pada Februari 2020.
Steven Sim | |
---|---|
沈志强 | |
Timbalan Menteri Kewangan II | |
Memegang jawatan 10 Disember 2022 Berkhidmat dengan Ahmad Maslan Timbalan I | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Yamani Hafez Musa |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bukit Mertajam, Pulau Pinang | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() |
Majoriti | 43,063 |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sim Chee Keong 13 Mei 1982 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Zhen Ru Yin @ Chan Jo Rin[1] |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web rasmi | stevensim |
Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan pembangkang PH. Beliau kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sejak Mac 2022[1], selepas dipilih ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
Pada Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), salah satu kerajaan tempatan terbesar di Malaysia.
Beliau sering menulis untuk majalah Penang Monthly (sebelumnya dikenali sebagai Penang Economic Monthly) serta menyumbang rencana pendapat ke portal berita dalam talian utama Malaysia seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. Beliau telah menulis 4 buku, termasuk kritikan sosio-politik kontemporari terhadap karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa pada tahun 2021.
Pada tahun 2012, beliau telah dinamakan sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Sedunia yang berpusat di Geneva.[2] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam yang berpusat di Pulau Pinang.
Beliau fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Hokkien, dan Mandarin.[3]
Pendidikan dan Kerjaya Politik AwalSunting
Pendidikan awal Sim bermula di SK Stowell dan Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam (HSBM). Beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam Sains Komputer daripada Universiti Malaya pada tahun 2004. Beliau kemudian menyambung Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Mampan di Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development di Universiti Sunway dan berjaya menamatkan pengajian tersebut pada tahun 2020.
Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat multinasional selama tiga tahun sebelum menyertai kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2008.[4] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam terkemuka yang berpusat di Pulau Pinang, Malaysia.
Sim sebelumnya adalah Setiausaha Eksekutif di Network of Social Democracy in Asia, sebuah landasan serantau bagi parti politik, cendekiawan, dan NGO yang berpegang kepada ideologi demokrasi sosial.
BibliografiSunting
Sim juga merupakan penulis empat buah buku.
The Audacity to Think: An Invitation to Rethink Politics (2012); Being Malaysia (2018); antologi puisi Melayu, Dalam Salju Ada Bunga (2018); dan kritikan sosio-politik kontemporari mengenai karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa (2021).
Keputusan Pilihan RayaSunting
Tahun | Kawasan Pilihanraya | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P045 Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Sim Chee Keong (DAP) | 55,877 | 80.29% | Gui Guat Lye (MCA) | 12,814 | 18.41% | 69,590 | 43,063 | 88.10% | ||
2018 | Sim Chee Keong (DAP) | 63,784 | 85.40% | Gui Guat Lye (MCA) | 10,907 | 14.60% | 75,977 | 52,877 | 85.37% | |||
2022 | Sim Chee Keong (DAP) | 71,722 | 77.33% | Steven Koh Tien Yew (PAS) | 14,037 | 15.14% | 93,695 | 57,685 | 77.5% | |||
Tan Yang Pang (MCA) | 6,986 | 7.53% |
RujukanSunting
- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013". Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2004.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 5 May 2014. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2013.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.