Simeon Booker (27 Ogos 1918 – 10 Disember 2017) merupakan pemenang kewartawanan Amerika-Afrika yang kerjanya muncul dalam penerbitan berita-berita utama lebih dari 50 tahun. Beliau dikenali menerusi kerja kewartawanannya semasa Gerakan Hak Asasi dan liputan beliau mengenai pembunuhan kanak-kanak 14 tahun, Emmett Till (1955). Beliau bekerja untuk The Washington Post, Jet dan Ebony.

Simeon Booker
Fail:Simeon Booker.jpg
Kelahiran(1918-08-27)27 Ogos 1918
Meninggal dunia10 Disember 2017(2017-12-10) (umur 99)
Pusat pendidikanVirginia Union University
PekerjaanWartawan
PasanganCarol Booker (sehingga kematiannya)

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Baltimore, Maryland, Booker berpindah bersama-sama keluarganya ke Youngstown, Ohio, semasa beliau berusia lima tahun.[1] Di sana, bapanya telah membuka YMCA untuk masyarakat Amerika Afrika.[2] Semasa di sekolah tinggi di Youngstown, beberapa kisah Brooker telah diterbitkan dalam sebuah surat khabar masyarakat Amerika Afrika di Baltimore, Afro American.[3]

Pendidikan sunting

Booker tamat belajar dari sekolah tinggi di Youngstown dan kemudiannya memasuki Kolej Youngstown, namun membuat keputusan berpindah ke Virginia Union University di Richmond, Virginia, apabila beliau belajar bahawa pelajar Amerika Afrika dinafikan kad aktiviti di sekolah tajaan YMCA.[2] Beliau memperoleh wang semasa di kolej dengan memberi publisiti kepada pasukan sukan Universiti.[2]

Kerjaya awal sunting

Booker kembali ke Youngstown semasa cuti musim panas dan menerbitkan artikel-artikel berkaitakan sukan Liga Besbol Negro di sana.[2] Selepas tamat belajar dalam ijazah, beliau menyertai Afro American.[1] Booker kemudiannya kembali ke Ohio dan bekerja untuk Call and Post.[1] B

Kerjaya kewartawanan sunting

Pada tahun 1952, Booker menjadi wartawan Amerika Afrika pertama untuk The Washington Post.[3] Booker dikenali menerusi laporannya mengenai Gerakan Hak Asasi ketika bekerja untuk majalah Jet dan Ebony.[1] Liputan beliau mengenai pembunuhan kanak-kanak 14 tahun, Emmett Till di Mississippi pada tahun 1955 dan perbicaraan pembunuhan tersebut merupakan antara yang mendapat perhatian.[2] Booker bersara pada tahu 2007 ketika berusia 88 tahun.[4][5]

Sepanjang kerjayanya, beliau telah dianugerahkan beberapa pengiktirafan termasuklah Newspaper Guild Award dan Wilkie Award.[4] Pada tahun 1982, beliau menjadi wartawan Amerika Afrika yang pertama memenangi National Press Club's Fourth Estate Award untuk sumbangan sepanjang hayat dalam kewartawanan.[5][6]

Pada tahun 2015, beliau dianugerahkan George Polk Career Award.[7]

Pada Februari 2017, 17 orang ahli Kongres mencalonkan Booker untuk Pingat Emas Kongress.[8][9]

Kematian sunting

Booker meninggal dunia pada 10 Disember 2017 di Solomons, Maryland akibat komplikasi berkaitan pneumonia, di usia 99 tahun.[1] Beliau meninggalkan seorang balu, Carol dan anak mereka, Teddy.[10]

Buku terbitan sunting

  • Shocking the Conscience: A Reporter's Account of the Civil Rights Movement (University Press of Mississippi, April 2013)[11]
  • Susie King Taylor, Civil War Nurse (McGraw-Hill, June 1969)[12]
  • Black Man's America (Prentice-Hall, 1964)[13]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Langer, Emily (December 10, 2017). "Simeon Booker, intrepid chronicler of civil rights struggle for Jet and Ebony, dies at 99". The Washington Post. Dicapai pada December 10, 2017.
  2. ^ a b c d e Franko, Todd (June 9, 2013). "He forced America to see what the white press dared not report". The Vindicator. Dicapai pada December 10, 2017.
  3. ^ a b Haygood, Wil (July 15, 2007). "The Man From Jet: Simeon Booker not only covered a tumultuous era, he lived it". The Washington Post. Dicapai pada December 10, 2017.
  4. ^ a b "Simeon Booker, 88, Retires From JET Magazine", Johnson Publishing Company press release, January 23, 2007.
  5. ^ a b Lois Fiore, "Nieman Notes", Nieman Reports, Spring 2007.
  6. ^ "Programs & Events: NPC Award Winners", National Press Club.
  7. ^ Barron, James (February 14, 2016). "New York Times Journalists Among Winners of 2015 Polk Awards". The New York Times. Dicapai pada December 10, 2017.
  8. ^ "Simeon Booker, 1982 Fourth Estate Awardee, nominated for Congressional Gold Medal". National Press Club. February 8, 2017. Dicapai pada December 10, 2017.
  9. ^ "Simeon Booker, civil rights reporter and 1951 Nieman Fellow, nominated for Congressional Gold Medal". Nieman Foundation for Journalism. February 13, 2017. Dicapai pada December 10, 2017.
  10. ^ "Civil Rights journaliist, Youngstowner Simeon Booker died today". Youngstown Review. December 10, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-10. Dicapai pada December 10, 2017.
  11. ^ "An unforgettable chronicle by the first full-time African American reporter for the Washington Post, and Jet magazine's White House correspondent for a half-century". University Press of Mississippi. Dicapai pada December 10, 2017.
  12. ^ "Susie King Taylor, Civil War Nurse by Simeon Booker". Kirkus Reviews. August 4, 1969. Dicapai pada December 10, 2017.
  13. ^ "Simeon Booker". The HistoryMakers. August 1, 2007. Dicapai pada December 10, 2017.

Bacaan tambahan sunting