Simeon Sakskoburggotski

Tsar Simeon II dari Bulgaria (Цар Симеон II (Tsar Simeon II); Jerman: Simeon von Sachsen-Coburg und Gotha atau Simeon von Wettin; Itali: Simeone di Sassonia-Coburgo-Gotha atau nama kebanyakannya Simeon Borisov Sakskoburggotski (bahasa Bulgaria: Симеон Борисов Сакскобургготски; lahir 16 Jun 1937) merupakan raja terakhir Kerajaan Bulgaria sehingga kerajaannya digulingkan dalam suatu referendum pada tahun 1946. Kerabatnya dibuang negeri ke Iskandariah, Mesir dan kemudiannya ke Sepanyol atas suaka diberikan Jeneral Francisco Franco.[1] Beliau kembali ke tanahairnya pada tahun 1996. Di sana, beliau membentuk suatu parti politik iaitu Gerakan Kestabilan dan Kemajuan Negara (Национално движение за стабилност и възход , Nacionalno dviženie za stabilnost i văzhod), di mana beliau memenangi pilihanraya negara tersebut pada tahun 2001 serta dilantik menjadi Perdana Menteri Republik Bulgaria dari Julai tahun sama sehingga Ogos 2005.[2]

Simeon Sakskoburggotski
Simeon diwawancara di Berlin pada tahun 2005
Perdana Menteri Bulgaria ke-48
Dalam jawatan
24 Julai 2001 – 17 Ogos 2005
PresidenPetar Stoyanov
Georgi Parvanov
Timbalan
Didahului olehIvan Kostov
Digantikan olehSergei Stanishev
Butiran peribadi
Parti politikBebas (2009–kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Nacionalno dviženie za stabilnost i văzhod (2001–2009)
Alma materAkademi Tentera Valley Forge
Tsar Bulgaria
Pemerintahan28 Ogos 1943 – 15 September 1946
Didahului olehBoris III
Diikuti olehPemerintahan beraja dihapuskan
Vasil Kolarov
sebagai pemangku jawatan Presiden
Pemangku raja
See list
Perdana Menteri
Ketua Wangsa Saxe-Coburg dan Gotha-Koháry ke-7
Tenure14 April 2010 – 2 Januari 2012
Didahului olehPrince Johannes Heinrich
Diikuti olehPuteri Maria Luiza dari Bulgaria
Keputeraan (1937-06-16) 16 Jun 1937 (umur 86)
Sofia, Kerajaan Bulgaria
PasanganMargarita Gómez-Acebo
Anakanda
Nama diraja
Simeon II dari Bulgaria
KerabatSaxe-Coburg dan Gotha-Koháry
AyahandaBoris III dari Bulgaria
BondaGiovanna dari Itali
AgamaGereja Ortodoks Bulgaria
TandatanganTandatangan Simeon Sakskoburggotski

Beliau merupakan satu-satunya orang hidup yang memegang gelaran "Tsar" serta antara satu-satunya raja yang dilantik sebagai ketua pemerintah melalui pilihan raya berdemokrasi (selain mendiang raja Norodom Sihanouk yang pernah menjadi Perdana Menteri Kemboja).[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "History of King Simeon II". King Simeon.
  2. ^ "Bulgaria". BBC – Country Profiles. Dicapai pada 14 April 2015.
  3. ^ Paskalev, Vesco (2016). "Bulgarian Constitutionalism: Challenges, Reform, Resistance and . . . Frustration". European Public Law. 22: 203–223.

Bibliografi sunting

  • Perez-Maura, Ramon; El rey possible: Simeon de Bulgaria (2002), Madrid:Belacqua, (ISBN 8495894238)
  • Sakskoburggotski, Simeon & de Courtois, Sébastien; Un destin singulier (2014), Flammarion, (ISBN 9782081314672)

Pautan luar sunting