Simfoni (pinjaman Bahasa Yunani: συμφωνία melalui Bahasa Perancis: symphonie)ialah sebuah gubahan muzik yang bertujuan dimainkan sebuah orkestra.

Persembahan gubahan ini berdurasi panjang, maka ia dibahagikan kepada 3 hingga 4 bahagian yang disebut sebagai "pergerakan muzik". "Pergerakan" sebegini boleh digubah dan diolah dalam pelbagai cara, namun kaedah dirintis Joseph Haydn paling banyak diketahui:

  • pergerakan pertama — cenderung berentak laju dan dalam bentuk sonata
  • pergerakan kedua — be a slow movement.
  • pergerakan ketiga — terdiri daripada sebuah minuet atau scherzo, dan sebuah persembahan trio
  • pergerakan keempat — seringkalinya menandakan penamat gubahan (“Finale”); sama ada dalam bentuk rondo, sonata atau gabungan kedua-duanya.