Simon Cowell
Nama lahir Simon Philip Cowell
Juga dikenali sebagai Simon Cowell
Lahir 7 Oktober 1959, Brighton, East Sussex, England
Pekerjaan Eksekutif A&R untuk Sony BMG
Kekayaan bernilai £60 juta (2006)

Simon Philip Cowell (lahir 7 Oktober, 1959) adalah seorang pegawai A&R (Artis & Repertoir) untuk Syarikat BMG Records di UK.

Beliau lebih dikenali sebagai hakim untuk program television Pop Idol, The X Factor, American Idol dan Britain's Got Talent. Simon ialah seorang yang sering dianggap berlaku kasar dan berterus terang, seringkali menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan para peserta, penonton dan pemerhati hiburan.

Simon aktif di dalam aktiviti-aktiviti hiburan dan televisyen seperti menghasilkan lagu-lagu dan album-album untuk siaran televisyen termasuk watak-watak untuk siri televisyen Power Rangers.

Masa Muda sunting

Beliau dilahirkan di Brighton dan dibesarkan di Elstree, Hertfordshire. Bapanya, Eric ialah seorang pengusaha hartanah dan juga pegawai eksekutif muzik di EMI Music manakala ibunya, Julie Cowell, seorang dari golongan bangsawan daripada keluarga Dalgleish yang berketurunan Scotland.

Simon Cowell mempunyai tiga orang abang tiri, Michael, John (ahli perniagaan yang kaya raya), dan Tony (pengarang untuk biografi Simon), dan seorang adik tiri perempuan, June (tinggal bersama anak-anak perempuannya yang berbangsa Sepanyol di Majorca). Beliau mempunyai seorang adik lelaki, Nicholas yang kini seorang jutawan dalam perniagaan hartanah.

Simon tidak menghabiskan sekolah menengah dan meninggalkan zaman persekolahannya pada usia 17 tahun. Selepas itu, beliau membuat pelbagai kerja, tetapi kebanyakannya tidak bertahan lama kerana beliau kerap menghadapi masalah dengan majikan dan rakan–rakan sekerja. Ayahnya yang ketika itu seorang pegawai eksekutif di EMI Music Publishing mengambil beliau bekerja di bilik surat-menyurat di syarikat tersebut.

Projek dan pembabitan sunting

Simon menjadi penerbit dan sumber kreatif kepada beberapa rancangan television, antaranya rancangan Pop Idol yang kemudiannya telah menjadi rancangan siri "Idol" hampir di seluruh dunia, contohnya American Idol. Era tahun 2000 memberi nafas baru kepada Simon di mana beliau mula menempah nama dan dikenali ramai yang memberikan beliau status jutawan. Antara kerja-kerja beliau yang mendapat sambutan ramai ialah:-

  • Rancangan Pop Idol dan American Idol
  • Buku terbitan "Don't Mean to be Rude, But …"
  • Kumpulan Il Divo
  • Rancangan The X Factor
  • Rancangan American Inventor
  • Rancangan America's Got Talent
  • Rancangan Celebrity Duets

Kemunculan di television dan episod sunting

Simon Cowell muncul dalam satu episod rancangan Simpsons - "Smart and Smarter" sebagai suara jemputan, dan juga dalam Scary Movie 3, Shrek 2 sebagai hakim, Who Wants to be a Millinoaire dan Saturday Night Live pada tahun 2004.

Simon Cowell juga muncul di dalam rancangan popular Live with Regis bersama Kelly Clarkson ketika musim akhir American Idol pada awal tahun 2006.

Beliau muncul pada Primetime Emmy Awards 2006 untuk mengundang penghibur Dick Clark.

Kehidupan peribadi sunting

Pada penghujung tahun 2002, Simon mula keluar bersama teman wanita yang juga rakan lamanya, Terry Seymour. Pada tahun 2006, akhbar Britain, News of the World melaporkan bahawa Simon berlaku curang dengan menyiarkan gambar seorang model wanita, Jasmine Lennard yang diambil sedang meninggalkan kediaman Simon.

Simon dan Jasmine menafikan mempunyai hubungan intim mereka dan berkata kunjungan ke rumah Simon adalah atas urusan perniagaan. Simon telah membuat banyak kenyataan bahawa beliau tidak mahu berkahwin dan juga tidak mahu mempunyai anak.

Pautan luar sunting