Simon Fuller (lahir 17 Mei 1960) ialah seorang ahli perniagaan, pengurus artis, dan penerbit filem dan televisyen England. Beliau terkenal sebagai pencipta francais Idol, yang pertama kali disiarkan di England dengan nama Pop Idol, dan termasuk American Idol di AS. Fuller juga ialah penerbit eksekutif beberapa rancangan termasuk So You Think You Can Dance dan Q Viva.

Simon Fuller
Kelahiran (1960-05-17) 17 Mei 1960 (umur 63)
Cyprus British
Berasal dariHastings, East Sussex, England
PekerjaanPengurus bakat, penerbit televisyen, pelabur, perunding kreatif
Tahun aktif1981–kini
Syarikat rakaman
19 Entertainment (1985–2010)
XIX Entertainment (2010–kini)
Pengkarya berkait
David dan Victoria Beckham, Sir Bradley Wiggins, Andy Murray, Annie Lennox, Spice Girls, Jennifer Lopez, ABBA, Amy Winehouse, Cathy Dennis, Carrie Underwood, Will Young, Lisa Marie Presley, Steven Tyler, S Club 7, Lewis Hamilton, Now United, dan lain-lain
Laman sesawang
xixentertainment.com

Seorang tokoh berpengaruh dalam budaya popular England, Fuller terkenal melalui pengelolaan kumpulan pop Spice Girls.[1] Beliau telah mengelola pelbagai bakat termasuk David dan Victoria Beckham, Annie Lennox, S Club 7, Sir Bradley Wiggins, Steven Tyler, Lewis Hamilton, Andy Murray, Amy Winehouse, Carrie Underwood, Kelly Clarkson, Will Young, Emma Bunton, Lisa Marie Presley, dan lainnya.[2] Beliau bekerjasama dengan duo Jennifer Lopez dan Marc Anthony.

Rujukan sunting

  1. ^ The man with stars in his eyes The Guardian. Retrieved 30 May 2012
  2. ^ "Annie Lennox behind the Spice Girls' success, says Simon Fuller". The Guardian. Dicapai pada 8 October 2019.

Pautan luar sunting