Simon Rolfes (lahir 21 Januari 1982) merupakan pemain bola sepak bersara Jerman yang bermain di posisi pemain tengah bertahan.

Simon Rolfes
Maklumat peribadi
Nama penuh Simon Rolfes
Tarikh lahir (1982-01-21) 21 Januari 1982 (umur 42)
Tempat lahir Ibbenbüren, Jerman Barat
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Kerjaya remaja
1986–1999 TuS Recke
1999–2000 Werder Bremen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2004 Werder Bremen II 100 (18)
2003SSV Reutlingen (pinjaman) 13 (0)
2004–2005 Alemannia Aachen 28 (3)
2005–2015 Bayer Leverkusen 288 (41)
2010 Bayer Leverkusen II 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2002 Jerman B21 1 (0)
2004–2005 Jerman 2006 3 (0)
2007–2011 Jerman 26 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Mei 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2011

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Rolfes memulakan kerjayanya di Werder Bremen selepas menjadi pemain di pasukan akademi Bremen. Beliau telah membuat 100 penampilan liga untuk pasukan reseve dan menjaringkan 18 gol di posisi beliau. Beliau telah menghabiskan separuh masa musim secara pinjaman di SSV Reutlingen denga membuat 13 penampilan.

Selepas aksi baiknya, beliau telah berpindah ke kelab Alemannia Aachen pada 2004 dan bermain sebanyak 28 kali dalam masa satu musim.

Leverkusen sunting

Pada tahun 2005, beliau telah diikat oleh Bayer Leverkusen dan sejak itu, beliau menjadi pemain para peminat ramai dan menjadi kapten pasukan. Rolfes mengalami kecederaan lutut serius pada 2 Julai 2009 dan terlepas aksi Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Selepas pulih daripada kecederaan, beliau bermain pada perlawanan pertamanya pada musim 2010-11 menentang Wolfsburg apabila beliau menggantikan Patrick Helmes pada minit ke-63 ketika Leverkusen ketinggalan 2-0. Beliau menjaringkan gol tiga minit selepas beliau dibawa masuk dam membantu kelabnya untuk menang 3-2. Beliau mengumumkan persaraan daripada bola sepak selepas aksi musim 2014-15.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Rolfes dan Bastian Schweinsteiger pada perlawanan menentang Afrika Selatan

Rolfes membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada perlawanan persahabatan menentang Denmark pada 28 Mac 2007.

Beliau sebahagian daripada skuad Jerman yang menduduki tempat naib juara di UEFA Euro 2008. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman pada 6 September 2008 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Liechtenstein. Rolfes telah dipanggil untuk skuad Jerman ke Piala Dunia FIFA 2010 tetapi beliau mengalami kecederaan dan terlepas aksi kejohanan itu dan lebih sepuluh perlawanan untuk musim 2010-11.

Statistik sunting

Jerman
Tahun Kmncln Gol
2007 7 0
2008 10 1
2009 4 0
2011 5 1
Jumlah 26 2

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 6 September 2008 Vaduz, Liechtenstein   Liechtenstein 3–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
2 11 November 2011 Kiev, Ukraine   Ukraine 2–3 3–3 Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Bayer Leverkusen

Antarabangsa sunting

Jerman

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Carsten Ramelow
Kapten Bayer Leverkusen
2008-–2015
Diikuti oleh:
Lars Bender