Sinaran krepuskular

Sinaran krepuskular (Jawi: سينرن کريڤوسکولر) atau sinaran senjakala merupakan satu fenomena alam ketika cahaya matahari kelihatan memancar dari satu titik di langit. Sinaran ini terjadi apabila cahaya matahari menembusi celahan di antara awan atau pokok misalnya. Ia biasanya berlaku pada waktu terbit dan tenggelamnya matahari. Perkataan "krepuskular" berasal daripada bahasa Latin iaitu crepusculum yang membawa maksud senjakala.[1]

Rupa sunting

Sinaran krepuskular berbentuk hampir selari tetapi kelihatan bercabang kerana perspektif linear.[2] Ia sering berlaku apabila objek seperti puncak gunung atau awan sebahagiannya membayangi pancaran matahari. Pelbagai sebatian bawaan udara menyerakkan cahaya matahari yang memancar dan menjadikan sinaran krepuskular ini boleh dilihat disebabkan oleh pembelauan, pantulan dan penyerakan.

Sinaran ini kadang-kala boleh dilihat di bawah air terutamanya di kawasan berais di mana sinaran ini boleh muncul di sebalik retakan ais.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Edens, Harald. "Crepuscular rays (Sinaran krepuskular)". Weather Photography lightning, clouds, atmospheric optics & astronomy.
  2. ^ John A. Day (2005). The Book of Clouds. Sterling Publishing Company, Inc. m/s. 124–127. ISBN 978-1-4027-2813-6. Dicapai pada 2010-10-09. Unknown parameter |separator= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting