Xindian

(Dilencongkan dari Sindian)

Bandaraya Xindian, (Bahasa Cina Tradisional: 新店市) ialah bandar raya di bahagian selatan Kaunti Taipei di Taiwan (ROC) Utara. Sebelum 1 Januari 2009, ia digelar secara rasmi sebagai Sindian, berdasarkan ejaan Pinyin Tongyong. Xindian ialah bandar raya satelit kepada Taipei, dengan peratusan penduduk yang tinggi berulang-alik ke Taipei setiap hari untuk bekerja. Pada 2009, Xindian menjadi sebuah bandar raya, iaitu sebuah wilayah perbandaran khas, dikenali sebagai Taipei Baharu.[1]

Bandaraya Xindian
新店市
Negara Republik China
WilayahTaiwan Utara
KauntiKaunti Taipei
Pentadbiran
 • Datuk bandarWang Mei-Yue(王美月)
Keluasan
 • Jumlah120.2255 km2 (46.4193 batu persegi)
Penduduk
 (Oktober 2007)
 • Jumlah290,404
Zon waktuUTC+8 (CST)
Laman sesawanghttp://www.xindian.tpc.gov.tw/

Demografi sunting

Xindian mempunyai 285,822 penduduk (Mei 2005) di kawasan seluas 120.2255 km². Jumlah penduduk perempuan melebihi jumlah penduduk lelaki, dengan jumlah perempuan sebanyak 144,325 orang dan jumlah lelaki sebanyak 142,461 orang. Xindian memiliki 107,878 rumah tangga dan justera, saiz purata setiap rumah tangga hanya 2.65 orang. Kadar pertumbuhan penduduknya 1.58% setiap tahun.

Pengangkutan sunting

Tarikan pelancong sunting

Ciri lain sunting

Majlis Keselamatan Penerbangan, agensi penyiasatan nahas dan kejadian pesawat Taiwan, berpusat di Xindian.[2]

Pemerintahan Kuomintang Taiwan menganggap Xindian sebagai pusat pemerintahan (dalam buangan) Wilayah Fujian, Republik China dari 1956 hingga 1992.

Rujukan sunting

  1. ^ "Taiwan Headlines: Kaohsiung mayor to seek re-election after merger". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2009-10-28.
  2. ^ "Contact ASC Diarkibkan 2011-02-15 di Wayback Machine." Aviation Safety Council. Retrieved on June 10, 2009.

Pautan luar sunting