Sindrom XYY ialah suatu keadaan genetik abnormal ketika seorang lelaki memiliki satu kromosom Y tambahan.[1] Dengan ini, mereka memiliki 47 kromosom berbanding 46 seperti mana bilangan sepatutnya, dan oleh itu, memiliki kariotip 47,XYY.[1] Ada beberapa simptom yang wujud.[2] Ini termasuk memiliki ketinggian lebih besar daripada lazim, jerawat dan kecenderungan memiliki masalah pembelajaran.[1][2] Di luar simptom ini, seorang pesakit biasanya normal, dan memiliki darjat kesuburan biasa.[1]

Sindrom XYY
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
47,XYY[1]
Kariotip lelaki dengan 47,XYY
PengkhususanGenetik perubatan
GejalaLebih tinggi daripada normal, jerawat, masalah pembelajaran[1][2]
KerumitanGangguan spektrum autisme, ADHD[3]
PuncaGenetik[2]
Analisis kromosom[2]
Sindrom Klinefelter, sindrom Marfan, sindrom Sotos[2]
PencegahanTiada[3]
RawatanTerapi percakapan, tutor[2]
PrognosisBaik[2]
Kekerapan~1 daripada 1,000 lelaki[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keadaan ini lazimnya tidak diwarisi daripada ibu bapa, tetapi berlaku akibat kejadian rawak dalam perkembangan sperma.[1] Diagnosis dilakukan melalui analisis kromosom, tetapi kebanyakan orang yang terkesan tidak didiagnosis sepanjang hayat mereka.[2]

Rawatan termasuk terapi percakapan dan bimbingan pembelajaran, dan hasil lazimnya elok.[2] Sindrom ini berlaku dalam kira-kira 1 daripada 1,000 orang lelaki.[1] Many people with the condition are unaware that they have it.[3] Keadaan ini pertama kali dijelaskan pada 1961.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i "47,XYY syndrome". Genetics Home Reference (dalam bahasa Inggeris). January 2009. Dicapai pada 2017-03-19.
  2. ^ a b c d e f g h i j "XYY Syndrome". NORD (National Organization for Rare Disorders). 2012. Dicapai pada 11 November 2017.
  3. ^ a b c "47, XYY syndrome". Genetic and Rare Diseases Information Center (GARD) (dalam bahasa Inggeris). 2017. Dicapai pada 11 November 2017.
  4. ^ Bostwick, David G.; Cheng, Liang (2014). Urologic Surgical Pathology E-Book (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 682. ISBN 9780323086196.