Singam II(Bahasa Melayu:Singa 2, Bahasa Inggeris:Lion 2) adalah sebuah filem Tamil yang diarahkan oleh Hari. Filem ini dibintangi oleh Surya yang memainkan peranan watak utama dan Hansika Motwani dengan Anushka Shetty, Vivek dan Santhanam sebagai pelakon watak sampingan. Singam II merupakan sekual kepada filem blockbuster 2010, Singam.Filem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 5 Julai 2013 bersama-sama dengan versi Telugu yang bertajuk Yamudu II dengan ulasan yang positif.[1][2] Versi Bahasa Hindi bertajuk, Main Hoon Surya Singham II masuk panggung kemudian pada 2 Ogos. Filem ini berjaya mengutip AS $ 39 juta dari tayangan seluruh dunia dan sekali gus menjadikannya filem tamil ketiga tertinggi yang berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sepanjang masa, di belakang Enthiran dan Dasavathaaram.[3][4] Filem ini juga filem Tamil yang paling berjaya bagi tahun 2013 dan telah diisytiharkan sebagai blockbuster.[5][6]

Singam II
Paparan poster untuk pertama kali
PengarahHari
PenulisHari
Dihasilkan olehS. Lakshman Kumar
DibintangiSurya
Anushka Shetty
Hansika Motwani
Vivek (pelakon)
Santhanam
SinematografiPriyan
Disunting olehV. T. Vijayan
Muzik olehDevi Sri Prasad
Syarikat
penerbitan
Prince Pictures
Diedarkan olehK.N.M Pictures
Tarikh tayangan
  • 05 Julai 2013 (2013-07-05)
NegaraIndia
BahasaTamil
BajetUS$13 million
Pecah panggungUS$37 million

Plot sunting

Duraisingam menyamar dan berkerja sebagai pegawai NCC di sebuah sekolah di Thuthukodi. Dia merasai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di laut dan sekelilig bandar di pinggir pantai. Ada dua penjahat, Bhai dan Thangaraj, yang mengawal jalur pantai dan mereka telah bergabung tangan dengan pengedar dadah antrabangsa, Danny, untuk membanjiri pasaran dengan gula perang. Semantara itu, Sathya, seorang pelajar di sekolah telah jatuh cinta dengan Duraisingam. Tetapi, Duraisingam masih mencintai Kavya dan tidak sabar untuk mengawini Kavya.

Pelakon sunting

  • Surya sebagai Durai Singam
  • Anushka Shetty sebagai Kavya Duraisingam
  • Hansika Motwani sebagai Shanthini
  • Vivek sebagai Yettu Erimalai
  • Santhanam sebagai Susai
  • Radha Ravi sebagai bapa kepada DuraiSingam
  • Nassar sebagai Mahalingam
  • Vijayakumar sebagai Menteri Dalam Negeri
  • Rahman sebagai Thangaraj
  • Mukesh Rishi sebagai Bhai
  • Danny Sapani sebagai Danny
  • Manorama sebagai nenek kepada Kavya
  • Mansoor Ali Khan sebagai Karim
  • Rajendran sebagai Saghayam
  • Janaki Sabesh sebagai emak kepada Kavya
  • Yuvarani sebagai nenek kepada Duraisingam
  • Anjali (Penampilan Khas dalam lagu "Vaale Vaale)

Penerbitan sunting

Lakonan sunting

Projek ini mempunyai Anushka Shetty dan Hansika Motwani sebagai pelakon wanita utama. [7] . Reprising peranan mereka dari filem asalnya adalah Vivek, Vijayakumar, Nassar, dan Radha Ravi. Pelakon British Danny Sapani memainkan antagonis

Penggambaran sunting

Penggambaran filem ini dibuat di Kerala, Tuticorin, Chennai, Hyderabad, Malaysia, Tirunelveli dan Karaikudi.

Muzik dan Runut Bunyi sunting

Singam II
 
Runut bunyi oleh
Devi Sri Prasad
Dilancarkan pada2 June 2013
TempatIndia  
GenreFeature film soundtrack
Panjang166:00  
BahasaTamil
SyarikatGemini Audio
Pengedar2D Entertainment (en)    
PengarahHari (en)    
PenerbitDevi Sri Prasad
Kronologi Devi Sri Prasad
Iddarammayilatho
(2013)
Singam II
(2013)
Yevadu
(2013)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Devi Sri Prasad, yang juga telah bekerja untuk filem Singam , kembali untuk Singam II, menandakan projek keempat dengan kedua-dua Suriya dan pengarah Hari.Penyanyi Bollywood Baba Sehgal telah merakamkan sebuah lagu dalam filem itu berikutan kejayaan "Kadhal Vandhale" dari filem sebelumya. Runut Bunyi filem ini dikeluarkan pada 2 Jun 2013, sehari selepas pelancarannya pada asalnya dijadualkan. Pelancaran nya di adakan secara besar-besaran dan dihadiri beberapa selebriti terkenal India Selatan

Kesemua seni kata ditulis oleh Viveka.

Track listing
No.TajukSinger(s)Masa
1."Puriyavillai"Swetha Mohan4:28
2."Vaale Vaale"Shankar Mahadevan4:32
3."Achchamillai"Devi Sri Prasad3:11
4."Singam Dance"Devi Sri Prasad, Baba Sehgal, Sharmila4:19
5."Vidhai Pola"Hariharan4:48
6."Kannukkulle"Javed Ali, Priya Himesh, Simon4:19
Jumlah masa: 25:37


Penerimaan sunting

Soundtrack Singam II mendapat sambutan suam dari pengkritik namun ia tetap mengungguli carta lagu untuk beberapa minggu.Lagu Puriyavillai menjadi kegemaran para pengkritik dan orang ramai.

Review Penarafan
Times of India      
BehindWoods      
IndiaGlitz      

Tayangan sunting

Singam 2 masuk pangung pada 26 Jun 2013. Filem ini dikeluarkan pada kira-kira 2400 skrin di seluruh dunia dan 63 daripadanya ialah di Amerika Syarikat.

Penerimaan Kritikal sunting

Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
The Times of India      [8]
Indiaglitz      [9]
Sify      [10]
Behindwoods      [11]
Hindustan Times      [12]
Rediff      [13]
Rotten tomatoes      [14]
Review Raja           [15]
Cinema Online      [16]

Singam 2 menerima ulasan bercampur-campur dengan pujian pada watak Durai Singam, yang dibawa oleh Surya dan jalan ceritanya. Tetapi,tempoh filem yang panjang mendapat kritikan negatif dari pengkritif.

Pecah Panggung sunting

India sunting

Filem ini berjaya memungut AS $ 1.5 juta pada hari pembukaan di Tamil Nadu, Kerala dan Karnataka, manakala versi Telugunya, Yamudu II meraih kutipan sebanyak AS $ 630,000.

Malaysia sunting

Ia menunjukkan prestasi cemerlang dalam pasaran Malaysia, pendapatan sekitar AS $ 1.7 juta dalam tempoh empat minggu.Singam 2 merupakan filem tamil ketiga tertinggi yang berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sepanjang masa di Malaysia selapas Enthiran dan Sivaji

Luar Negara sunting

Filem ini secara kasar berjaya mengutip US $ 8.4 juta pada hujung minggu pertama menurusi tayangan di seluruh dunia.Jumlah kutipan bersih filem ini di United Kingdom selepas satu bulan ialah AS $ 17.9 juta

Sekual sunting

Sekual bagi filem ini, S3 akan masuk panggung semasa Deepavali 2016.

Lihat Juga sunting

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Worldwide release tidak disediakan
  2. ^ "Surya's 'Singam 2' is 'Yamudu II' in Telugu". IBN Live. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-09. Dicapai pada May 25, 2013.
  3. ^ "Chennai box office rankings Jul 21 to 28th".
  4. ^ "Main Hoon Surya SINGHAM II Cast & Crew". Dicapai pada 31 July 2013.
  5. ^ http://www.behindwoods.com/tamil-movies/singam-2/singam-2-box-office-aug-11.html
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-25. Dicapai pada 2013-08-19.
  7. ^ http://www.indiaglitz.com/channels/tamil/article/77255.html |title=Hansika dalam 'Singam 2'? |publisher=IndiaGlitz |date=28 January 2012|accessdate=20 May 2012}}
  8. ^ "Singam 2 movie review". Times of India. 6 July 2013.
  9. ^ "Singam 2 review". Dicapai pada 9/12/2013. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  10. ^ "Movie Review: Singam 2". Sify. Dicapai pada 9/12/2013. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  11. ^ "SINGAM 2 MOVIE REVIEW". Dicapai pada 6 July 2013.
  12. ^ "Singam 2 Movie Review". Dicapai pada 9/12/2013. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  13. ^ "Review: Singam 2 roars louder than ever". Dicapai pada 6 July 2013.
  14. ^ "Singam 2 – Rotten Tomatoes".
  15. ^ "Review Raja:Singam 2 review".
  16. ^ http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2013.8897.singham2.16891