Bigbang is V.I.P

(Dilencongkan dari Single Kedua (Big Bang))

Bigbang is V.I.P (digayakan sebagai BIGBANG is V.I.P atau juga dikenali sebagai Single Kedua) ialah album single kedua bagi kumpulan muzik Korea Selatan BIGBANG. Album single ini dilancarkan oleh syarikat YG Entertainment pada 28 September 2006,[1] sebulan selepas pelancaran karya BIGBANG. Mengandungi empat buah lagu, runut "La-la-la" dijadikan sebagai runut utamanya.[1]

BIGBANG is V.I.P
Album single oleh BIGBANG Edit the value on Wikidata
Dilancarkan pada28 September 2006 Edit the value on Wikidata
Dirakamkan pada2006
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
GenreK-pop, hip hop dan R&B kontemporari Edit the value on Wikidata
Panjang12:50
BahasaBahasa Korea Edit the value on Wikidata
SyarikatYG Entertainment Edit the value on Wikidata
PenerbitYang Hyun-suk Edit the value on Wikidata
Kronologi BIGBANG
BIGBANG
(2006)
BIGBANG is V.I.P
(2006)
Bigbang 03
(2006)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan pelancaran sunting

Selepas BIGBANG membuat penampilan pertama rasmi mereka dan melancarkan album single sulung pada Ogos 2006, eksekutif YG Entertainment Yang Hyun-suk mengumumkan bahawa kumpulan muzik itu akan mengadakan kegiatan promosi besar-besaran bermula September untuk mempromosikan album baharu mereka Bigbang is V.I.P. Ini termasuklah penampilan sulung di rancangan muzik Korea Selatan, di mana BIGBANG bermula membuat persembahan di rancangan di bawah rangkaian MBC, Show! Music Core pada 23 September.

Big Bang is V.I.P dilancarkan pada 28 September 2006 dalam format fizikal yang terdiri daripada CD+VCD, di mana di dalam VCD itu terdapat video-video muzik untuk single sulung mereka dan video perjalanan BIGBANG di Jepun. Senarai lagu untuk Bigbang is V.I.P termasuklah empat lagu iaitu lagu utama "La-la-la" serta versi instrumentalnya, "VIP" dan "Ma Girl" (Gadisku), di mana runut terkemudian itu merupakan lagu solo oleh Taeyang. Runut "La-la-la" ditulis oleh kesemua anggota BIGBANG, dengan bahagian daripada lagu tema rancangan realiti YG, dan gaya muziknya merupakan gabungan unsur R&B, hip hop dan pop.

Senarai runut sunting

Senarai runut BIGBANG is V.I.P[a]
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."La-la-la"BIGBANGPerryPerry2:59
2."Ma Girl"[b]
"Gadisku" (solo Taeyang)
G-DragonIsrael Dwaine CruzIsrael Dwaine Cruz3:51
3."V.I.P"BIGBANG
  • G-Dragon
  • Kim Do-hyun
Kim Do-hyun3:03
4."La-La-La" (Instrumental) PerryPerry2:57
Jumlah masa: 12:50

Catatan sunting

  1. ^ Tajuk lagu diambil daripada laman sesawang rasmi YG Entertainment,[1] kredit penghasilan lagu diambil daripada laman muzik Melon,[2] manakala tempoh masa lagu diambil daripada Apple Music.[3]
  2. ^ Lagu ini turut ditampilkan oleh anggota BIGBANG, G-Dragon dan T.O.P.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "2nd Single : BIGBANG Is V.I.P". YG Entertainment (dalam bahasa Inggeris). 28 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2015. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  2. ^ Kredit lagu dalam album BigBang Is V.I.P (Single)
  3. ^ "BigBang is V.I.P - EP". Apple Music. YG Entertainment. 28 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.