Sirajuddin Suhaimee
Sirajuddin bin Suhaimee (Jawi: سيراجوددين بن سوهايمي ; lahir 18 Oktober 1967) ialah pegawai agama Islam di Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah dilantik bermula 1 Oktober 2024.[1] Sebelum itu, beliau ialah timbalan ketua pengarah (dasar) JAKIM.[2]
Sirajuddin Suhaimee | |
---|---|
سيراجوددين سوهايمي | |
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia | |
Menyandang jawatan 1 Oktober 2024 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (2022-kini) |
Menteri | Mohd Na'im Mokhtar |
Didahului oleh | Hakimah Mohd Yusoff |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Selangor, Malaysia | 18 Oktober 1967
Anak | 2 |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Teknologi Mara Universiti South Australia (UniSA). |
Pekerjaan | Pegawai agama Islam |
Pendidikan
suntingSirajuddin ialah pemegang ijazah sarjana muda undang-undang syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.[3] Beliau juga memegang ijazah sarjana teknologi maklumat dari Universiti Teknologi MARA dan ijazah doktor falsafah (PhD) sains komputer dari Universiti South Australia (UniSA).[3]
Kerjaya
suntingSirajuddin memulakan kerjaya perkhidmatan awamnya sebagai penolong pengarah dakwah di Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 Januari 1992.[3] Beliau pernah dilantik sebagai pengarah kanan bahagian penyelidikan JAKIM,[4] pengarah bahagian pengurusan halal JAKIM dan setiausaha pertama (halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia.[3]
Anugerah
sunting- Pahang :
- Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia (DSAP) – Dato (2017)
Rujukan
sunting- ^ Bernama (2024-10-01). "Sirajuddin is new Jakim DG". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-10-01.
- ^ "JAKIM TERIMA KETUA PENGARAH BAHARU". ALHIJRAH ONLINE (dalam bahasa Inggeris). 2024-10-01. Dicapai pada 2024-10-01.
- ^ a b c d "Sirajuddin appointed as Jakim director-general effective today". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-01.
- ^ Amin, Manzaidi Mohd (2021-06-14). "Jakim umum penempatan baharu empat pegawai kanan". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-01.