Kitab Sirat ul-Mustakim merupakan sebuah manuskrip Melayu silam yang telah dikarang pada tahun Hijrah 1044 (T.M. 1634) oleh Shaikh Nuruddin al-Raniri yang juga merupakan pengarang Bustanus al-Salatin. Dalam kitab itu dia turut menyebut mengenai dua kesusteraan Melayu lain iaitu Hikayat Seri Rama dan Hikayat Indera Putera sebagai kitab-kitab yang tidak berguna pada syarak. Ini menunjukkan kedua hikayat tersebut telah pun popular pada tarikh Kitab Sirat ul-Mustakim dikarang, iaitu sebelum Hijrah 1044 (T.M. 1634), memandangkan ia telah digunakan sebagai mithalan.


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Pautan luar sunting