Siri Sonic The Hedgehog

sebuah francais media dari tahun 1991
(Dilencongkan dari Siri Sonic the Hedgehog)

Siri Sonic The Hedgehog ( Katakana :「ソニックザヘッジホッグ」シリーズ )[1] ataupun Siri Sonic ( ソニックシリーズ )[2] merupakan satu francais media dan siri permainan video yang bermula pada tahun 1991 dan dimiliki oleh Sega Corporation.

Siri Sonic The Hedgehog
( Katakana :「ソニックザヘッジホッグ」シリーズ )
Hasil kerja asalSonic The Hedgehog 1 (1991)
Filem dan televisyen
FilemSonic The Hedgehog 2020
Filem pendekSonic The Hedgehog 1996
Siri televisyenSonic X
Siri animasiSonic Boom
Permainan
Permainan video
  • Sonic Adventure 1
  • Sonic Adventure 2
  • Sonic Heroes
  • Sonic The Hedgehog 2006
Audio
Runut bunyiSonic The Hedgehog
Original Sound Track
Lain-lain
PemilikSega Corporation
PenciptaSonic Team
Pereka
  • Naka Yuuji
  • Ooshima Naoto
  • Yasuhara Hirokazu
Laman web rasmi
https://sonic.sega.jp
Sonic

Ia dibintangi dan dinamakan bersempena dengan watak cereka maskotnya Sonic The Hedgehog (ソニックザヘッジホッグ).

Sejarah sunting

Kemunculan rasmi pertama kepada watak cereka Sonic The Hedgehog buat kali pertama ialah dalam sebuah permainan video perlumbaan untuk permainan arked Sega System 32 bernama "Rad Mobile" (ラッドモビール) pada bulan Februari 1991 oleh Sega sebagai satu hiasan kereta di dalam kereta pemain, sebelum pengeluaran rasmi kepada permainan video utamanya. [3][4]

Kemunculan rasmi pertama kepada Sonic The Hedgehog sebagai watak utamanya ialah dalam permainan video Sonic The Hedgehog 1 untuk konsol permainan video Sega Mega Drive ( yang dikenali sebagai "Sega Genesis" di Amerika Utara ) di Amerika Syarikat pada 23 Jun 1991 dan di Jepun pada 26 Julai 1991, ia menandakan permulaan kepada Siri Sonic The Hedgehog ini. Hari jadi untuk Sonic The Hedgehog berada pada 23 Jun 1991. [5][6][7]

Siri Sonic The Hedgehog merupakan punca Sega menjadi sebuah syarikat permainan video yang unggul pada era konsol permainan video 16-bit dan permainan video Sonic The Hedgehog yang pertama tersebut menggantikan Altered Beast sebagai permainan video permulaan dalam Sega Mega Drive di Amerika Utara dan Eropah. Pada Mac 2007, francais ini telah menjual lebih 45 juta salinan.

Bahagian Sega yang bertanggungjawab atas permainan sulung untuk siri ini digelar sebagai Sonic Team. Ahli asal kepada pasukan ini termasuk pencipta kepada siri ini, mereka adalah pemprogram Naka Yuuji, pereka bentuk Ooshima Naoto dan perancang permainan Yasuhara Hirokazu.

Sejak itu, Sonic Team telah memajukan banyak lagi judul permainan video dalam francais ini. Pemaju-pemaju permainan video untuk Siri Sonic The Hedgehog ini yang lain termasuk Sega Technical Institute, Dimps dan Traveller's Tales.

Permainan video sunting

Siri Sonic sunting

Permainan video dalam Siri Sonic The Hedgehog termasuk :

Aksi sunting

  • Sonic The Hedgehog 1
  • Sonic The Hedgehog 2
  • Sonic The Hedgehog 3 & Knuckles
  • Sonic The Hedgehog CD
  • Sonic Advance 1
  • Sonic Advance 2
  • Sonic Advance 3

Pengembaraan sunting

  • Sonic Adventure 1
  • Sonic Adventure 2
  • Sonic Heroes
  • Shadow The Hedgehog
  • Sonic The Hedgehog 2006

Perlumbaan sunting

  • Sonic Drift 1
  • Sonic Drift 2
  • Sonic R
  • Sonic Riders
  • Sonic Riders : Shooting Star Story

Yang lain sunting

Permainan video dengan Sonic The Hedgehog termasuk :

Perlawanan sunting

  • Sonic The Fighters
  • Super Smash Bros. Brawl / X
  • Super Smash Bros. for Nintendo 3DS / Wii U
  • Super Smash Bros. Ultimate / Special

Perlumbaan sunting

  • Rad Mobile
  • Sonic & Sega All-Stars Racing
  • Sonic & All-Stars Racing Transformed

Sukan sunting

  • Mario & Sonic at the Olympic Games 2007
  • Mario & Sonic at the Olympic Winter Games 2009
  • Mario & Sonic at the London 2012 Olympic Games
  • Mario & Sonic at the Sochi 2014 Olympic Winter Games
  • Mario & Sonic at the Rio 2016 Olympic Games
  • Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020

Media Lain sunting

Media yang lain dengan Sonic The Hedgehog termasuk :

Animasi sunting

  • Adventures Of Sonic The Hedgehog
  • Sonic The Hedgehog 1993
  • Sonic Underground
  • Sonic Boom [8] [9]
  • Sonic Prime [10] [11]

Anime sunting

Filem sunting

Perisian sunting

  • Sonic The Hedgehog The Screen Saver

Runut bunyi sunting

  • Sonic The Hedgehog Original Sound Track [1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Bahasa Inggeris sunting

Bahasa Jepun sunting