Siri X-Venture: Dunia Haiwan

X-Venture: Dunia Haiwan (Cina: X探险特工队之万兽之王系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Primal Power) merupakan siri komik keempat dalam siri X-Venture terbitan Kadokawa Gempak Starz. Siri ini terdiri daripada 2 musim yang mewakili 24 jilod keseluruhannya dan bertemakan pengembaraan bertemu dengan haiwan liar moden. Musim ini memperkenalkan watak-watak serba baru di Pangkalan Pasukan X - Venture selain dari trio utama siri X -Venture iaitu Remy, Shah dan Jumbo. Watak - Watak yang terbaru dalam siri ini adalah Pasukan Jake iaitu yang terdiri daripada Jake, Sheri dan Taz serta juga Pasukan Louis yang terdiri daripada Louis, Bean dan Kwame.

Kesemua buku dilukis oleh pasukan Black Ink Team.

Watak sunting

  • Jake
  • Tazen
  • Sheri
  • Louis
  • Bean
  • Kwame
  • Dr. Darwin
  • Dr. Charles
  • Jason Diggs

Senarai jilid sunting

Dunia Haiwan (Musim 1) sunting

No. Tajuk Tarikh keluaran original Tarikh keluaran
E1Rakus Taring Rimba
王者之战
Oktober 2012Oktober 2013
ISBN 9789673852222
Pasukan Jake dan Louis dibantu Dr. Darwin dalam pencarian mencari jawapan mana satu lebih hebat antara singa atau harimau. Semasa dalam perjalanan pasukan Jake bertemu seorang budak yang berkomunikasi dengan haiwan dan bersama-sama menyelamatkan harimau Siberia, harimau bintang Amur dan harimau bintang salji. Manakala pasukan Louis menjadi sasaran singa ganas.[1]
E2Keakuan Dua Gergasi
霸王大对决
November 2012November 2013
ISBN 9789673852338
Pasukan X-Venture menuju ke Sumatera untuk mencari ahlinya yang hilang. Namun tanpa pengetahuan Dr. Darwin mereka pergi ke Taman Negara Yellowstone di Amerika dan menemui sesuatu. Mereka bertembung dengan sekumpulan cimpanzi yang ganas.[2]
E3Berang Pemburu Laut
海洋争霸战
November 2012Disember 2013
ISBN 9789673852321
Berita mengenai serangan jerung membantutkan keseronokan percutian di Atlantik kepada pencarian kapal selam. Tidak semena-mena pasukan X-Venture diserang ikan todak dan karam.[3]
E4Gempita Savana
草原最强
Januari 2013Februari 2014
ISBN 9789673852796
Pasukan X-Venture mengembara ke Afrika mencari haiwan darat terbesar yang diancam kepupusan. Kwame bertemu dengan Kosi, kawan sepermainannya dahulu dan pertemuan itu bukanlah seindah yang disangka. Pertembungan Jake dengan "kawan lama" membuatkan keadaan menjadi lebih rumit.[4]
E5Penyerang Hendap
无敌大批评
Februari 2013Mac 2014
ISBN 9789673852871
Pasukan X-Venture berpecah kepada dua iaitu kumpulan Louis dan Jake dalam pencarian reptilia paling besar dan paling ganas. Pencarian mereka membawa kepada penemuan boa Amazon dan buaya.[5]
E6Arena Kesateria Tombak
终极王者
Mac 2013April 2014
ISBN 9789673852963
Pasukan X-Venture diberi tugas untuk menyiasat sebuah pulau yang dikatakan dihuni gergasi berkaki enam. Sepanjang perjalanan mereka dikejutkan dengan situasi aneh dan bertemu abang Bean yang terpisah. Louis pula pertaruhkan nyawa demi menyelamatkan Bean. Insiden ini membuatkan Bean dan rakan lain lebih bersemangat untuk menyelongkar misteri serangga gergasi ini.[6]
E7Gelora Laut Dalam
深海大激战
April 2013April 2014
ISBN 9789673853083
Tragedi ngeri banyak paus pandu yang terdampar membuatkan Dr. Darwin menghantar Pasukan X-Venture membantu siasatan ahli oseanografi Dr.Yoko Mori. Kesan luka berbentuk bulat pada haiwan setasea itu memaksa mereka menyelidik hingga ke laut dalam.[7]
E8Kesumat Perang Saudara
最强猎手
Mei 2013Mei 2014
ISBN 9789673853298
Kebijaksanaan menentang keberanian adalah keputusan terburu-buru yang menyebabkan wira X-VENTURE tumbang. Mereka perlu menerima kenyataan ini disebabkan satu kesilapan! Kejadian menimpa Kwame telah membuktikan kumpulan mereka tidak sehaluan lagi. Louis kecewa lalu meninggalkan pasukan.[8]
E9Liukan Berbisa
毒王之王
Ogos 2013Jun 2014
ISBN 9789673853472
Dr. Darwin mengarahkan Pasukan X-Venture ke pesta ular di India kerana kes kecurian ular yang menjadi-jadi. Kejadian lembu gila mengamuk menjadi punca kehilangan ular di pesta itu. Malangnya mereka tidak sempat berbuat apa-apa. Jake bersemangat dan tidak mahu membuang masa untuk menjejak dalangnya.[9]
E10Penangan Pembunuh Senyap
生死擂台战
Ogos 2013Julai 2014
ISBN 9789673853588
Pasukan X-Venture kembali ke Pulau Pepijat bertindak selepas menerima panggilan daripada seseorang. Perselisihan antara kumpulan Jake dan Louis terpaksa diketepikan seketika untuk menangkis serangan serangga dan penghuni lain di hutan itu.[10]
E11Tampuk Kuasa Geroda
空中大激斗
September 2013Ogos 2014
ISBN 9789673853809
Louis kecewa apabila mengetahui bapanya dalang sindiket FWW dan bersubahat dalam kes penculikan Dr. Charles serta rampasan pangkalan Borneo. Jake, Sheri dan Taz ditugaskan menghalang rancangan jahat FWW. Manakala Louis Bean dan Yuna ingin menuntut hak mereka kembali bersatu melawan penjahat.[11]
E12Menangkis Pencak Bertanduk
高原霸王
Oktober 2013September 2014
ISBN 9789673854011
Pasukan X-Venture berhadapan dengan kumpulan FWW tidak sudah-sudah mencetuskan masalah dan menimbulkan kemarahan "perwira semula jadi", malah mahu mempergunakan biri-biri untuk tujuan penindasan.[12]



Dunia Haiwan II sunting

X-Venture: Dunia Haiwan II (Cina: X探险特工队之万兽之王II系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Primal Power II) merupakan siri komik kelapan dan musim 2 kepada Siri Dunia Haiwan serta siri ini sambungan daripada musim pertamanya. Ia merangkumi 12 jilid yang bertemakan pengembaraan bertemu dengan haiwan liar moden.

No. Tajuk Tarikh keluaran original Tarikh keluaran
R01Sengatan Maut
致命杀手
April 2017Mac 2018
ISBN 9789674784935
Kumpulan Jake telah memintas kumpulan Louis dalam kawalan krisis makhluk. Jake, Sheri dan Taz terjerat dalam pertempuran labah-labah manakala Louis, Bean dan Kwame ke China untuk membantu serangan di apiari. Maruah Pasukan X-VENTURE dipertaruhkan dalam pertempuran makhluk berbisa.[13]
R02Tendangan Padu
劲腿博战
Julai 2017Mei 2018
ISBN 9789674785611
Jake dan Louis mengetuai pasukan masing-masing untuk memenuhi permintaan Dr. Darwin mencari haiwan dengan tendangan terkuat di Australia. Semasa pencarian kasuari, pasukan Jake diancam penjahat dan mereka cuba melindunginya. Manakala pasukan Louis mendapati kanggaru dalam bahaya.[14]
R03Arus Binasa
死亡触碰
Oktober 2017Julai 2018
ISBN 9789674786670
Masalah besar menanti Louis, Yuna dan Bean di Amazon apabila buaya caiman hitam muncul. Manakala Jake, Taz dan Sheri yang sedang berseronok di pantai Australia tiba-tiba dikejutkan serangan makhluk laut berbisa hingga menimbulkan huru-hara.[15]
R04Gigitan Siat
夺命撕咬
Januari 2018Oktober 2018
ISBN 9789674787592
Kali ini Dr. Charles dan Diggs keluar sendiri mencari bukti kegagahan biawak komodo dan penyu snapping alligator. Mereka berpecah kepada dua kumpulan dan bersemuka dengan 'kebangkitan' haiwan liar. Haiwan reptilia mula menunjukkan kebencian kepada manusia.[16]
R05Impak Kejam
蛮悍撞击
Mei 2018April 2019
ISBN 9789674789718
Kosi menyiasat kematian beberapa kerbau dan badak air di Afrika sebelum dia tiba-tiba hilang! Jake dan yang lain segera mencarinya. Tanpa disangka mereka bertembung suatu keadaan yang kejam. Amukan haiwan memburukkan keadaan menyebabkan mereka terperangkap dalam 'keganasan'.[17]
R06Langit Gelita
飞兽狂袭
Julai 2018Jun 2019
ISBN 9789672315643
[18]
R07Akuatik Mania
群攻噬咬
Oktober 2018Ogos 2019
ISBN 9789672341208
Jake mengetuai Pasukan X-VENTURE di Amazon untuk mencari seseorang dalam swafoto ayahnya. Jika mahu hidup mereka perlu bertahan dengan serangga merimaskan, ancaman mamalia dan reptilia serta sungai besar yang deras. Malangnya bot mereka tenggelam dan diserang pirana.[19]
R08Angkatan Perang
狂蚁之灾
Februari 2019Oktober 2019
Selepas kegagalan sebelum ini, raja Kerajaan Haiwan masih tidak menyerah dan bertekad menghapuskan bumi. Malangnya Jake, Louis dan Diggs awal-awal lagi sudah tumbang dikalahkan semut peluru. Kini terserah kepada Bean, Yuna, Taz dan Sheri untuk menangani peperangan semut.[20]
R09Penangan Heavyweight
巨兽抗争
Mei 2019Februari 2020
ISBN 9789672431114
Selepas Dr. Darwin menugaskan Jake, Louis dan yang lain menyiasat aktiviti pelik haiwan di kutub utara dan selatan. Haiwan ini didapati berkumpul secara besar-besaran dan kemungkinan besar berkaitan dengan Kerajaan Haiwan.[21]
R10Taklukan Ganas
利牙狂爪
September 2019Jun 2020
ISBN 9789672431800
Jake dan Louis dihantar ke tempat berlainan untuk mengetuai pasukan mencari dua spesies paling kuat di dunia. Namun Kerajaan Haiwan telah mencul dengan agenda lain! Semasa pencarian Dr. Charles lagi telah muncul tanda-tanda kebangkitan hidupan liar yang bersedia untuk melawan.[22]
R11Amuk Lautan
海洋恶斗
Disember 2019Ogos 2020
ISBN 9789672471622
Dr. Charles dan Jason Diggs mengetuai Pasukan X-VENTURE ke lokasi tersembunyi di kepulauan Afrika untuk menghentikan rancangan Kerajaan Haiwan. Jake, Louis dan yang lain mendapati mereka terjerumus dalam bahaya maut dengan kerumunan 'kepala tukul'.[23]
R12Penyerang Taring
獠牙突击
Mac 2020Oktober 2020
ISBN 9789672926115
Ketika permusuhan terhadap kekejaman manusia hanya untuk mengaburi ketidakadilan. Kerajaan Haiwan mula menghadapi pergolakan dalaman. Rancangan jahat Kerajaan Haiwan untuk menimbulkan huru-hara perlu dikorek. Kini sudah tiba masanya mengetepikan perbezaan fahaman untuk menyelamatkan dunia. Jake, Louis dan yang lain terperangkap di antara pertembungan dua pihak.[24]



Dunia Haiwan III sunting

X-Venture: Dunia Haiwan III (Cina: X探险特工队之万兽之王III系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Primal Power III) merupakan musim ketiga kepada Siri Dunia Haiwan serta siri ini sambungan daripada musim kedua.

No. Tajuk Tarikh keluaran original Tarikh keluaran
AL01Taring dan Cakar
攀越恶战
Ogos 2020Februari 2021
ISBN 9789672993049
Pasukan X-Venture diserang sekumpulan mandril agresif dalam satu misi di Afrika. Sementara itu, Charles kecewa dan meninggalkan pasukan menuju ke menara radio berdekatan.[25]
AL02Juang Hidupan Liar
尖喙刺盾
November 2020April 2021
ISBN 9789672993810
Ketika Pasukan X-VENTURE menuju ke Institut Penyelidikan Hidupan Liar Oregon untuk membantu perpindahan dan kosongkan kawasan, keadaan bertukar menjadi operasi menyelamat. Mereka bertembung pula landak Amerika Utara dan burung hantu barred! Misi yang sepatutnya mudah berubah menjadi huru-hara![26]
AL03Serangan Perisai
狂拳硬甲
Februari 2021Jun 2021
ISBN 9789672849735
Pasukan X-Venture pergi ke kampung Taz untuk menyiasat kejadian "manusia haiwan" yang mengganas. Taz berhadapan dengan dilema besar yang memungkinkan dia dilabel pengkhianat.[27]
AL04Bergelut Bawah Air
腕擒锯刃
Jun 2021September 2021
ISBN 9789672818236
Jake, Louis dan ahli X-Venture berusaha untuk menggagalkan aktiviti pemburuan haram tetapi mereka bertembung dengan Neptune Field yang terkenal. Mereka bergabung untuk mencari haiwan yang 'diculik' hingga sampai ke lokasi terakhir, iaitu kapal perjudian.[28]
AL05Baham Bersiung
尖牙强袭
September 2021November 2021
ISBN 9789672718444
Pasukan X-Venture berpecah dua kumpulan untuk menghentikan perlawanan haiwan. Orang yang dikatakan lawan terkuat Dr. Darwin berada di atas kapal dengan motif tidak diketahui. Pasukan Louis telah ditangkap dan Pasukan Jake pula terserempak dengan seorang penumpang.[29]
AL06Dendam Pemusnah
毒颚吞噬
Januari 2022April 2022
ISBN 9789672790815
Manusia Haiwan dan orang suruhannya telah membuat huru-hara. Kapal telah bertukar menjadi tempat pemburuan di mana orang ramai menjadi mangsa! Amarah haiwan liar yang terlepas dari kurungan tidak memberikan banyak pilihan pada wira X-Venture untuk menyelamatkan mangsa. Manusia Haiwan semakin hampir mendapat apa yang diingini tetapi ada seseorang yang mampu selamatkan keadaan.[30]
AL07Huf Besi
铁蹄脖击
April 2022Jun 2022
ISBN 9789670028477
Pasukan X-Venture berhadapan dengan sekumpulan pelampau aktivis haiwan yang muncul di Afrika dengan agenda tersendiri, namun mereka keliru sama ada berdepan dengan pengikut Manusia Haiwan atau pihak lain. Muncul pula seorang gadis berkebolehan luar biasa.[31]
AL08Sayap Amarah
悍翼猎杀
Julai 2022Ogos 2022
ISBN 9789670056142
Neptune mendedahkan 'warna' sebenar apabila Dr. Darwin menolak permintaan mereka. Kawanan burung camar hitam yang marah telah menghukum dunia, malah keluarga LeGume yang terkenal turut terlibat dalam kekacauan ini.[32]
AL09Laga Dua Tanduk
巨角攻袭
Oktober 2022Disember 2022
ISBN 9786297522029
Encik Piet melihat keupayaan semula jadi Hansie dan menggunakannya untuk membalas dendam pada X-Central.[33]
AL10Gigitan Cengkam
铁牙爪击
Mac 2023Mei 2023
ISBN 9786297563435
Protes menuntut pembebasan Manusia Haiwan di luar X-Central menjadi tidak terkawal. Kini staf X-Central 'terancam' kerana Hansie telah melarikan diri! Dr. Charles dijadikan tebusan.[34]


Rujukan sunting

  1. ^ . Gempak Starz Store. Missing or empty |title= (bantuan); Missing or empty |url= (bantuan)
  2. ^ "X-Venture Dunia Haiwan: Keakuan Dua Gergasi Gorila Vs Beruang". MPH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2023.
  3. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 03: Berang Pemburu Laut". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  4. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 04: Gempita Savana". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  5. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 05: Penyerang Hendap". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023.
  6. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 06: Arena Kesateria Tombak". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023.
  7. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 07: Gelora Laut Dalam". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
  8. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 08: Kesumat Perang Saudara". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  9. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 09: Liukan Berbisa". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  10. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 10: Penangan Pembunuh Senyap". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  11. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 08: Kesumat Perang Saudara". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023.
  12. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 12: Menangkis Pencak Bertanduk". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2023.
  13. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 01: Sengatan Maut". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2023.
  14. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 02: Tendangan Padu". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2013.
  15. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 03: Arus Binasa". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  16. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 04: Gigitan Siat". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  17. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 05: Impak Kejam". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  18. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 06: Langit Gelita". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2023.
  19. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 07: Akuatik Mania". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
  20. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 08: Angkatan Perang". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023.
  21. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 09: Penangan Heavyweight". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023.
  22. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 10: Taklukan Ganas". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
  23. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 11: Amuk Lautan". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
  24. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 12: Penyerang Taring". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023.
  25. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 01: Taring Dan Cakar: Harimau VS Mandril". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  26. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 02: Juang Hidupan Liar: Burung Hantu Barred VS Landak Amerika Utara". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023.
  27. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 03: Serangan Perisai: Tenggiling Sunda VS Orang Utan Sumatera". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
  28. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 04: Bergelut Bawah Air: Kurita Raksasa Pasifik VS Ikan Gergaji". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
  29. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 05: Baham Bersiung: Lynx Eurasia VS American Pitbull Terrier". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
  30. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 06: Dendam Pemusnah: Lipan Gurun Gergasi VS Katak Bullfrog Afrika". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
  31. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 07: Huf Besi: Zirafah Masai VS Kuda Belang". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
  32. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 08: Sayap Amarah: Burung Camar Hitam VS Swan Putih". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  33. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 09: Laga Dua Tanduk: Musk Ox VS Moose". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
  34. ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 10: Gigitan Cenggam: Memerangi Sungai Amerika Utara VS Beaver Amerika Utara". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.

Pautan luar sunting