Siri buku

Siri buku ialah sebuah urutan buku-buku yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang secara khususnya dihimpunkan bersama sebagai sebuah kumpulan penerbitan. Siri buku boleh disusun mengikut cara yang berbeza, seperti ditulis oleh penulis buku yang sama, atau penulis yang berbeza tetapi dipasarkan sebagai satu kumpulan penerbitan oleh penerbit buku

Buku cerekaSunting

Turutan novel ialah satu set atau siri novel yang berkongsi tema, watak atau latar yang sama, tetapi setiap novel mempunyai tajuk dan jalan cerita yang tersendiri, dan boleh juga dibaca secara mandiri atau di luar turutan. Turutan novel mengandungi tema cerita yang boleh merentasi beberapa buku, selain berkongsi satu atau banyak watak.

Siri cereka kebiasannya berkongsi latar, tema cerita, latar watak dan masa. Siri novel biasanya dalam genre seperti jenayah, pengembaraan, spekulasi, dan sastera kanak-kanak.

Penerbitan ilmiah dan akademikSunting

Dalam penerbitan ilmiah dan akademik, buku bukan cereka dan saintifik dikeluarkan secara bersiri secara tahunan atau bulanan, juga dipanggil sebagai siri. (Penerbitan yang diterbitkan lebih dari sekali setahun dikenali sebagai penerbitan berkala) Hubungan antara buku-buku ini menjadi sebuah siri diikat dengan disiplin ilmu, fokus perbincangan, pendekatan, jenis kerja dan lokasi geografi. Sebagai contoh, di Malaysia mempunyai Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan siri Daripada Pembaca Menjadi Penulis

Lihat jugaSunting

RujukanSunting