Sisa kimia ialah sejenis sisa yang terdiri daripada bahan-bahan kimia berbahaya (kebanyakannya sisa industri). Sisa kimia boleh mengganggu alam sekitar serta menerbitkan pelbagai masalah kesihatan. Suatu sisa kimia mungkin atau tidak dikelaskan sebagai sisa yang berbahaya. Suatu sisa kimia disifatkan berbahaya ketika bahan itu memiliki ciri-ciri atau tersenarai sebagai bahan yang berbahaya. Ada empat ciri yang menentukan bahaya suatu sisa kimia - kemudahbakaran, potensi hakisan, kereaktifan dan keracunan. Sisa-sisa jenis ini perlu dikelaskan berdasarkan identiti, kandungan dan bahaya yang ada pada sisa itu untuk menjamin pengurusan yang selamat.[1] Sisa kimia merangkumi pelbagai jenis bahan, dengan lampiran-lampiran data keselamatan dapat dirujuk untuk menentukan cara pengurusan suatu sisa dengan betul.[2] Pelupusan dan pengurusan bahan radioaktif pula merupakan satu cabang penting dalam kalangan badan-badan pengawal oleh kerana risiko alam sekitar dan kesihatan berkenaan radiasi.[3]

Sebuah tong sisa kimia khas.

Rujukan sunting

  1. ^ "Laboratory Chemical Waste Management Guidelines" (PDF). Environmental Health and Radiation Safety, University of Pennsylvania. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Ogos 2015. Dicapai pada 10 Mac 2016.
  2. ^ "Waste−Disposal of Laboratory Wastes (Guidance)". Health and safety. St Andrews, Scotland, UK: University of St Andrews. Dicapai pada 2016-02-04.
  3. ^ "Chemical Waste−an overview". Science Direct. Elsevier. Dicapai pada 2021-07-06.