Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu

Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu (Inggeris: Integrated Taxonomic Information System; kependekannya: ITIS) merupakan perkongsian yang dibina bagi menyediakan maklumat taksonomi spesies biologi yang konsisten dan boleh dipercayai.[1] Ditubuhkan pada tahun 1996, ITIS pada asalnya berfungsi sebagai sebuah kumpulan antara agensi dibawah kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Kini, agensi tersebut menjadi sebuah badan antarabangsa yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan dari negara Kanada dan Mexico. Pangkalan data agensi ini diambil daripada pakar-pakar taksonomi. Fokus ITIS lebih tertumpu kepada spesies yang terdapat di benua Amerika Utara tetapi banyak kumpulan dari seluruh dunia dan ITIS menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan liputan globalnya.[2]

Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu
سيستم معلومات تكسونومي برسڤادو
Logo ITIS
JenisPangkalan data taksonomi spesies biologi
Penubuhan
Diasaskan1996
Asal Amerika Syarikat
Identiti
Kawasan berkhidmatSeluruh dunia
Laman sesawangwww.itis.gov/index.html
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

RujukanSunting

  1. ^ "Memorandum Persefahaman ITIS". Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Dicapai pada 4 April 2008.
  2. ^ Coote, Lonny D; dll. (2008-02). "Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar Antarabangsa dengan Data Spesies Berkod". Biologi Pemuliharaan. doi:10.1111/j.1523-1739.2007.00857.x. Dicapai pada 9 Mei 2007. Salah guna et al. dalam: |first= (bantuan); Periksa date values in: |date= (bantuan)

Pautan luarSunting