Sistem Penguatkuasaan Automatik

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah satu usaha kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pengangkutan / Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaiki dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia yang dikira terlalu tinggi. JPJ menswastakan projek AES itu.

Dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan memaklumkan bahawa urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan kerana mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.

Kereta yang dipandu laju melebihi had yang ditetapkan akan dikenakan saman RM300. Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September 2012. Pada lapan hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan. AES dimiliki oleh Kementerian Pengangkutan dan bukan entiti persendirian.

Pemegang konsesi sunting

Pemegang konsesinya, ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd mampu mendapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar. Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta pada peringkat ketiga. Ini memberi pulangan lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun.

JPJ memasang 831 kamera AES di seluruh negara secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad menyatakan 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September 2012. Lokasi pilihan ialah kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis PDRM. 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat di Pahang.[1]

Rungutan dan bantahan sunting

Ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem berkenaan termasuk dari kalangan pembangkang dan penyokong kerajaan.

Pada 11 oktober 2012, NGO berkaitan PAS Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mempertikaikan AES yang tidak dipasang di kawasan kemalangan. Pengerusi KASE Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenapa sistem itu perlu dipasang di jalan dengan kelajuan 50km dan 70km sejam. Mahfuz Omar AP Pokok Sena mengetuai pasukan sukarelawan KASE mengedarkan 20,000 risalah anti AES di Plaza Tol Sungai Besi, Plaza tol Gombak, Sungai Buloh dan Shah Alam sejak Februari 2011. KASE ditubuhkan oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS sejak Ogos 2010 bagi menggiatkan kempen bagi membantah penguatkuasaan saman melalui pembuktian fotografi AES.[2]

KASE menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong . KASE mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan. Selain itu, mahkamah telah memutuskan pesalah trafik tidak boleh disenaraihitam tetapi masih diteruskan juga. Amalan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri. [3]

Sistem itu juga mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat membezakan antara nombor nombor kosong, enam dan sembilan.[4]

Pada 14 Oktober 2012, Setiausaha DAP Lim Guan Eng menyatakan bahawa rakyat berpendapatan rendah perlu membayar lebih daripada apa yang diterima melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya dikenakan saman melalui AES.[5]

MP DAP Kota Melaka Sim Tong Him semasa membahaskan Belanjawan 2013 mendesak agar kerajaan meminda had laju di lebuh raya kerana menurutnya had laju itu tidak seragam dan akan menjadikan orang ramai mangsa dengan pelaksanaan AES. Kelajuan di lebuh raya berbeza-beza dan akhirnya pengguna menjadi mangsa. Lampu isyarat tidak seragam dan menyebabkan sistem merekod kesalahan palsu.

MP BN Sri Gading Datuk Mohamad Aziz menggesa agar pelaksanaan sistem itu patut ditangguhkan kerana syarikat terbabit menurutnya mungkin hanya mahu membuat duit.

Bukan projek MCA sunting

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan laporan akhbar The Edge bahawa projek AES adalah kepunyaan parti MCA. Tiga menteri pengangkutan dan dua perdana menteri telah bertukar ganti sejak projek tersebut diasaskan pada 2005. Syarikat Beta Tegap dilaporkan akan mendapat keuntungan melalui skim tiga lapis melibatkan sebahagian daripada hasil saman yang dikeluarkan.[6]

Saman AES dibatalkan sunting

Semua 3.1 juta saman AES membabitkan nilai RM435 juta yang belum dibayar sejak sistem itu dilaksanakan pada 2012 sehingga 31 Ogos 2018, dibatalkan.

Sistem berkenaan akan diambil alih sepenuhnya oleh JPJ bermula 1 September 2018, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu.[7]

Rujukan sunting