Sistem Pentadbiran di Malaysia

Dalam mana-mana negara di dunia ini perlu ada sistem pentadbiran supaya negara mudah ditadbir dan diuruskan.

SYARAT-SYARAT NEGARA sunting

Syarat-syarat menjadi sebuah negara adalah:

  • SEMPADAN YANG TETAP DAN DIIKTIRAF
  • PENDUDUK YANG TETAP
  • KERAJAAN YANG TERATUR
  • BERDAULAT
  • BERPERLEMBAGAAN
  • MENJALANKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

SEJARAH RINGKAS NEGARA MALAYSIA sunting

Tamadun Awal Asia Tenggara[1] sunting

Malaysia merupakan negara berdaulat yang menggunakan sistem politik demokrasi berparlimen. Tamadun-tamadun awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim.Kerajaan Agraria terdiri daripada kerajaan Funan,Angkor dan Champa. Kerajaan Maritim pula terdiri darpada kerajaan kedah tua,srivijaya dan majapahit. Semasa zaman ini adalah seawal abad ke 3 masihi. Islam belum ada pada zaman ini. Penduduk Asia Tenggara menganuti agama Hindu. Terdapat banyak peninggalan kuil-kuil lama di Asia Tenggara seperti di Angkor Wat dan di Indonesia. Setelah zaman berlalu, muncul kerajaan Srivijaya, kerajaan ini menguasai kepulauan melayu. Kerajaan ini diserang oleh kerajaan Majapahit yang berpusat di pulau Jawa mula menyerang pusat kerajaan Srivijaya di Sumatera. Anak raja kerajaan Srivijaya, Parameswara mula melarikan diri daripada Sumatera dan berhijrah ke Temasik yang kini dikenali sebagai Singapura. Temasik dikuasai oleh kerajaan Siam yang berkuasa sehingga ke Tanah Melayu. Parameswara membunuh Temagi pemerintah Temasik. Ini menyebabkan raja Siam marah lalu mengarah tenteranya untuk mencari Parameswara.Parameswara mula berhijrah menuju ke Tanah Melayu. Baginda bersinggah ke Muar kemudian baginda tiba ke sebuah tempat yang kemudiannya dipanggil Melaka.

Zaman Kesultanan Melayu Awal[2] sunting

Parameswara mendirikan kesultanan Melaka. Kesultanan Melaka ini merupakan kesultanan Islam terawal di Asia Tenggara. Melaka mempunyai tanah jajahan yang besar sehingga ke utara Tanah Melayu hingga ke sempadan Burma dan pantai timur serta kepulauan Riau pulau Sumatera. Fungsi kesultanan ini adalah sebagai pusat pelabuhan di Asia Tenggara ramai pedagang daripada Timur dan Barat melalui Selat Melaka yang menyebabkan kegiatan perdagangan di Melaka bertambah kukuh. Portugis menyerang Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah mengundurkan diri ke Sumatera. Anakandanya, mula mendirikan sebuah kerajaan di Johor yang merupakan kesultanan baharu di Asia Tenggara yang meliputi tanah Johor,Pahang,Selangor,Singapura,Kepulauan Riau dan pantai timur Sumatera. Manakala anakandannya yang lagi satu, mula mendirikan kerajaan di Perak. Kesultanan Johor ini berusaha banyak kali untuk merampas Melaka daripada Portugis. Akhirnya kota Melaka berjaya dirampas oleh Belanda.

Zaman Penjajahan Asing [3] sunting

British mula bertapak di pelabuhan di Pulau Pinang yang berada di bawah Kedah. Residen British mahukan Pulau Pinang sepenuhya oleh itu British menandatangani dengan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada British. Kemudian British bertapak di Singapura. British menandatangani perjanjian dengan Belanda iaitu British berkuasa sepenuhnya di Tanah Melayu manakala Belanda di Sumatera. Oleh yang demikian, kesultanan Johor yang besar hanya tinggal di Tanah Melayu,Riau dan Lingga diberikan kepada British. Kota Melaka berada di bawah penguasaan British maka muncullah Negeri-Negeri Selat yang merangkumi Pulau Pinang,Melaka dan Singapura. British mula memonopoli kegiatan perdagangan Bijih Timah di Perak dan Selangor. British menghantar residennya ke negeri berkenaan. Residen yang lain juga dihantar ke Negeri Sembilan dan Pahang. Kegiatan perlombongan di negeri ini menyebabkan British membawa masuk buruh dari China dan India. Buruh China bekerja sebagai Pelombong manakala buruh India sebagai petani]]. Aktiviti perlombongan ini menyebabkan kemunculan bandar baharu dan bandar pelabuhan seperti bandar Ipoh dan Taiping dan bandar pelabuhan Port Weld di Perak. Bandar Kuala Lumpur dan Klang di Selangor. Bandar Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Sarawak terpaksa diserahkan kepada British oleh kerajaan Brunei atas sebab tertentu. Kerajaan Sarawak diperintah oleh James Brooke raja putih Sarawak pertama. Bandar baharu muncul di Sarawak ialah bandar Kuching dan Miri. Sabah pula diberikan kepada Syarikat Borneo Utara British bandar-bandar yang muncul adalah Kota Kinabalu,Sandakan dan Tawau.

Zaman Pemerintahan Jepun sunting

Jepun mula mendarat di Tanah Melayu di Kota Bharu,Kelantan. Jepun berlaku zalim ke atas penduduk Tanah Melayu terutamanya kaun Cina yang dianggap menyokong kerajaan China yang merupakan musuh utama Jepun pada masa itu. British tidak dapat bertahan dengan serangan askar Jepun di Tanah Melayu lalu mereka mengundurkan diri. Jepun menjajah negara kita selama 5 tahun. British muncul kembali dan mula menyerang Jepun. Jepun mengundurkan diri.

Zaman Kemerdekaan sunting

Selepas perang Jepun,British mula berkuasa, kali ini sudah tiada erti kata Negeri-Negeri Selat,Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di Tanah Melayu. British mencadangkan pembentukan Malayan Union yang menggabungkan kesemua negeri di Tanah Melayu di atas kuasa British dan menggugurkan kuasa Raja-Raja Melayu. Cadangan ini dibantah kuat oleh orang Melayu. Dato' Onn Jaafar membuka parti baharu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk membela nasib orang Melayu. Tunku Abdul Rahman,presiden UMNO kedua mula bergabung dengan Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysia untuk membentuk parti perikatan.Tunku Abdul Rahman mula meminta izin British untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada British sepenuhnya, maka muncullah sebuah negara baharu yang dipanggil Malaya yang merdeka pada 31hb Ogos 1957.

Pembentukan Malaysia sunting

PERLEMBAGAAN NEGARA sunting

KERAJAAN PERSEKUTUAN sunting

 

Malaysia merupakan negara berdaulat




 

KEMENTERIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN sunting

SENARAI KEMENTERIAN sunting

PEMERINTAH KERAJAAN PERSEKUTUAN sunting

AGAMA RASMI dan AGAMA UTAMA sunting

 


Agama rasmi kerajaan Malaysia adalah agama Islam [4]. Agama lain bebas dianuti. Agama Islam mencapai 62% populasi penduduk Malaysia. Agama kedua terbesar negara adalah Buddha yang mencapai 27% penganut yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. Kristian pula mencapai jumlah 19% yang dianuti oleh semua kaum di Malaysia termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak kecuali orang Melayu dan Orang Asli. Hindu pula merupakan agama utama di Malaysia yang mempunyai jumlah penganut yang sedekit iaitu sebanyak 11% yang terdiri daripada orang India. Agama yang lain pula ialah ajaran Konfusianisme [5], Animisme,Taoisme dan Sikh [6]  

KETUA AGAMA dan PERANANNYA sunting

JABATAN AGAMA DI MALAYSIA sunting

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) sunting

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI sunting

HAK AGAMA LAIN DI MALAYSIA sunting

KERAJAAN NEGERI sunting

Malaysia merupakan negara berdaulat. Semua negeri di Malaysia diperintah oleh kerajaan negeri masing-masing yang mempunyai peranan tersendiri.

PERANAN KERAJAAN NEGERI sunting

PEMERINTAH KERAJAAN NEGERI sunting

BARISAN MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI sunting