Buka menu utama

Perjanjian Antartika dan perjanjian berkaitan, yang dikenali sebagai Sistem Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty System, ATS) mengawal hubungan antarabangsa mengenai Antartika yang merupakan satu-satunya benua tanpa populasi manusia asal di Bumi. Antartika ditakrifkan dalam sistem perjanjian sebagai semua tanah dan pentas ais yang berada di selatan garis lintang 60°S. Perjanjian ini dikuatkuasakan pada tahun 1961 dengan 53 pihak yang menyertainya selewat 2016,[2] yang menetapkan Antartika sebagai kawasan perlindungan saintifik, menetapkan kebebasan menyelidik serta melarang kegiatan ketenteraan di benua tersebut. Perjanjian itu adalah perjanjian kawalan senjata yang pertama ditubuhkan semasa Perang Dingin. Ibu pejabat Setiausaha Perjanjian Antartika berpusat di Buenos Aires, Argentina sejak September tahun 2004.[3]

Perjanjian Antartika
Bahasa Inggeris: The Antartic Treaty
Bahasa Perancis: Traité sur l'Antarctique
Bahasa Rusia: Договор об Антарктике
Bahasa Bahasa Sepanyol: Tratado Antártico
{{{image_alt}}}
Bendera Perjanjian Antartika
Sistem Perjanjian Antartika
JenisKondominium
Ditandatangani1 Desember 1959[1] di Washington, D.C., U.S.
Berkuat kuasa23 Jun 1961
SyaratRatifikasi 12 pihak penandatangan
Penandatangan12[2]
Pihak53[2]
Pemegang simpananPemerintah Amerika Syarikat[2]
BahasaInggris, Perancis, Rusia dan Spanyol
Laman sesawangSecretariat of the Antarctic Treaty
Antarctic Treaty di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Imej komposit satelit benua Antartika.

Perjanjian utamanya telah dibuka untuk penandatanganan pada 1 Disember 1959[1] dan dikuatkuasakan secara rasminya pada 23 Jun 1961.[4] Penandatangan asalnya merupakan 12 buah negara yang terlibat di Antartika pada Tahun Geofizikal Antarabangsa 1957-58. Dua belas negara ini yang mempunyai kepentingan besar di benua ini ialah Argentina, Australia, Belgium, Chile, Perancis, Jepang, New Zealand, Norway, Afrika Selatan, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Serikat di mana negara-negara ini telah mendirikan lebih 50 buah stasiun penyelidikan untuk tujuan tahun tersebut. Perjanjian ini dianggap sebagai suatu langkah diplomatik mengenai operasi dan kerjasama saintifik yang telah dicapai melalui kegiatan mereka di benua tersebut.

Perkara-perkara PerjanjianSunting

  • Perkara 1 – Kawasan Antartika akan digunakan untuk tujuan aman; aktiviti ketenteraan seperti pengujian senjata adalah dilarang tetapi anggota dan peralatan ketenteraan mungkin boleh digunakan untuk ptujuan penyelidikan ilmiah atau apa-apa tujuan aman;
  • Perkara 2 – Kebebasan penyelidikan dan kerjasama saintifik akan diteruskan;
  • Perkara 3 – Pertukaran maklumat serta anggota yang bebas dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain agensi antarabangsa;
  • Perkara 4 – Perjanjian ini tidak mengiktiraf, mempertikai atau mewujudkan tuntutan wilayah berdaulat; dan tidak akan ada tuntutan baru yang ditegaskan selagi perjanjian ini dikuatkuasakan;
  • Perkara 5 – Perjanjian melarang letupan nuklear atau pelupusan sisa radioaktif;
  • Perkara 6 – Perjanjian termasuk semua tanah dan pentas ais tetapi tidak perairan di sekitarnya selatan 60 darjah 00 minit selatan;
  • Perkara 7 – Negara pemerhati mempunyai akses percuma, termasuk pemerhatian dari udara, ke mana-mana kawasan dan mungkin dibolehkan memeriksa semua stesen, pemasangan dan peralatan; dengan perlu memberikan terlebih dahulu notis ingin melihat semua kegiatan dan serta pengenalan anggota tentera;
  • Perkara 8 – Membenarkan bidang kuasa yang baik ke atas negara pemerhati dan saintis sendiri;
  • Perkara 9 – Melakukan mesyuarat perundingan secara kerap di antara negara-negara ahli;
  • Perkara 10 – Semua negara yang terlibat akan menghalang sebarang aktiviti di Antartika yang bertentangan dengan Perjanjian oleh mana-mana negara;
  • Perkara 11 – Semua pertikaian akan diselesaikan dengan amannya oleh pihak yang berkenaan, atau sehingga akhirnya oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa;
  • Perkara 12, 13, 14 – Berurusan perihal penegakan, pentafsiran, ... ... serta pengubahan perjanjian antara negara-negara yang terlibat.

PerjumpaanSunting

Mesyuarat Perundingan Perjanjian Antartika adalah forum antarabangsa tahunan yang diadakan untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan benua tersebut. Hanya 29 daripada 53 buah negara pihak Perjanjian berhak mengambil bahagian dalam membuat keputusan dalam perjumpaan sebegini, walaupun 24 negara yang lainnya masih diberi izin untuk hadir. Ahli-ahli yamg membuat keputusan dala perjumpaan ini adalah "Pihak Perundingan" yang terdiri daripada 12 pihak penandatangan asal serta 17 negara yang telah menunjukkan minat mereka pada benua Antartika dengan menjalankan kegiatan saintifik utama di sana.[5]

Pihak yang terlibatSunting

Selewat tahun 2015, terdapat 53 buah negara yang memihak pada perjanjian ini termasuk semua 12 negara yang menandatangani perjanjian asal serta mempunyai status perundingan.[6] Negara ahli perundingan ahli termasuk tujuh buah negara yang menuntut sebahagian kawasan Antartika sebagai wilayah berdaulat. 46 negara-negara bukan penuntut sama ada tidak mengiktiraf tuntutan sebegini mahupun tidak menyatakan kedudukan mereka.

 
  •      Pihak dengan status perunding yang membuat tuntutan terhadap kawasan Antartik
  •      Pihak dengan status perunding yang menyimpan hak mentuntuk kawasan
  •      Pihak lain dengan status perunding
  •      Pihak tanpa status perunding
  •      Negara ahli dan pemerhati PBB yang tidak memihak pada perjanjian ini
  • Nota: Jadual ini boleh disusun kandungannya mengikut urutan abjad atau masa dengan mengetik ikon   .

    Negara[7][8] Tarikh penandatanganan Ratifikasi Status perundingan Nota
      Afrika Selatan[9] 1 Disember 1959 21 Jun 1960 23 Jun 1961
      Amerika Syarikat** 1 Disember 1959 18 Ogos 1960 23 Jun 1961
      Argentina (tuntutan)* 1 Disember 1959 23 Jun 1961 23 Jun 1961
      Australia (tuntutan) 1 Disember 1959 23 Jun 1961 23 Jun 1961
      Austria Tiada 25 Ogos 1987
      Belanda Tiada 30 Mac 1967 19 November 1990
      Belarus Tiada 27 Disember 2006
      Belgium 1 Disember 1959 26 Julai 1960 23 Jun 1961
      Brazil Tiada 16 Mei 1975 27 September 1983
      Bulgaria Tiada 11 September 1978 5 Jun 1998
      Chile (tuntutan)* 1 Disember 1959 23 Jun 1961 23 Jun 1961
      China Tiada 8 Jun 1983 7 Oktober 1985
      Colombia Tiada 31 Januari 1989
      Cuba Tiada 16 Ogos 1984
      Denmark Tiada 20 Mei 1965
      Ecuador Tiada 15 September 1987 19 November 1990
      Estonia Tiada 17 Mei 2001
      Finland Tiada 15 Mei 1984 20 Oktober 1989
      Guatemala Tiada 31 Julai 1991
      Hungary Tiada 27 Januari 1984

      Iceland

    Tiada 13 Oktober 2015
      India Tiada 19 Ogos 1983 12 September 1983
      Itali Tiada 18 Mac 1981 5 Oktober 1987
      Jepun 1 Disember 1959 4 Ogos 1960 23 Jun 1961
      Jerman (terhenti sejak 1945) Tiada 5 Februari 1979 3 Mac 1981   Jerman Barat meratifikasikan perjanjian ini.   Jerman Timur turut serta pada 19 November 19 dan menerima status perundingan pada 17 Oktober 1989 selepas bersatu semula dengan Jerman Barat.[10]
      Kanada Tiada 4 May, 1988
      Kazakhstan Tiada 27 Januari 2015
      Korea Selatan Tiada 28 November 1986 9 Oktober 1989
      Korea Utara Tiada 21 Januari 1987
      Malaysia Tiada 31 Oktober 2011
      Monaco Tiada 31 Mei 2008
      Mongolia Tiada 23 Mac 2015
      New Zealand (tuntutan) 1 Disember 1959 1 November 1960 23 Jun 1961
      Norway (tuntutan) 1 Disember 1959 24 Ogos 1960 23 Jun 1961
      Pakistan Tiada 1 Mac 2012
      Papua New Guinea Tiada 16 Mac 1981 Merdeka daripada   Australia pada 16 September 1975.[11]
      Perancis (tuntutan) 1 Disember 1959 16 September 1960 23 Jun 1961
      Peru Tiada 10 April 1981 9 Oktober 1989
      Poland Tiada 8 Jun 1961 29 Julai 1977
      Portugal Tiada 29 Januari 2010
      Republik Czech Tiada 1 Januari 1993 1 April 2014 Berpecah daripada   Czechoslovakia, yang bersetuju pada perjanjian ini pada 14 Jun 1962.[12]
      Romania Tiada 15 September 1971
      Rusia** 1 Disember 1959 2 November 1960 23 Jun 1961 Meratifikasikan perjanjian sebagai   Kesatuan Soviet.[13]
      Sepanyol Tiada 31 Mac 1982 21 September 1988
      Slovakia Tiada 1 Januari 1993 Berpisah daripada   Czechoslovakia, yang menyertai perjanjian ini pada 14 Jun 1962.[14]
      Sweden Tiada 24 April 1984 21 September 1988
      Switzerland Tiada 15 November 1990
      Turki Tiada 24 Januari 1996
      Ukraine Tiada 28 Oktober 1992 4 Jun 2004
      United Kingdom (tuntutan)* 1 Disember 1959 31 Mei 1960 23 Jun 1961
      Uruguay Tiada 11 Januari 1980 7 Oktober 1985
      Venezuela Tiada 24 Mei 1999
      Yunani Tiada 8 Januari 1987

    Sistem perundanganSunting

    Antartika tiada penduduk tetap yang mewajibkannya mempunyai pemerintah atau kewarganegaraannya sendiri. Semua anggota yang hadir di Antartika pada bila-bila masa adalah rakyat atau warga negara masing-masing di luar Antartika kerana benua tersebut tiada kedaulatan sendiri. Kebanyakan kawasan Antartika dituntut oleh lebih dari satu negara, namun tuntutan yang dibuat oleh negara-negara tersebut tidak dibuat dengan begitu jelas. Kawasan di tanah besar antara 90 dan 150 darjah ke barat adalah satu-satunya tanah besar di Bumi yang tidak dituntut oleh mana-mana negara.[15] Sehingga 2015, bahagian pedalaman sektor Norway yang tidak pernah dijelaskan secara rasmi[16] dianggap tidak dituntut langsung. Pada tahun tersebut pula, Norway secara rasminya menuntut kawasan di antara Tanah Permaisuri Maud dan Kutub Selatan.[17]

    RujukanSunting

    1. ^ a b "Antarctic Treaty" in The New Encyclopædia Britannica.
    2. ^ a b c d "The Antarctic Treaty" (PDF). Jabatan Negara Amerika Syarikat. 1 Mac 2012. Dicapai 12 Mac 2014. 
    3. ^ ATS.aq
    4. ^ "Information about the Antarctic Treaty and how Antarctica is governed". Polar Conservation Organisation. 28 Disember 2005. Dicapai 6 Februari 2011. 
    5. ^ Antarctic Treaty Secretariat
    6. ^ "Secretariat of the Antarctic Treaty: Parties". Dicapai May 23, 2009. 
    7. ^ "Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai 2014-03-12. 
    8. ^ "The Antarctic Treaty System: Introduction" (PDF). United States Department of State. Dicapai 2014-03-12. 
    9. ^ "Antarctic Treaty System (ATS)". Department of International Relations and Cooperation. Dicapai October 5, 2010. 
    10. ^ "Germany: Accession to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai 2014-03-13. 
    11. ^ "Papua New Guinea: Succession to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai 2014-03-13. 
    12. ^ "Czech Republic: Succession to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai 2014-03-12. 
    13. ^ "Russia: Ratification to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai 2014-03-13. 
    14. ^ "Slovakia: Succession to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai 2014-03-13. 
    15. ^ Wright, Minturn, "The Ownership of Antarctica, Its Living and Mineral Resources", Journal of Law and the Environment 4 (1987).
    16. ^ "Dronning Maud Land". Norwegian Polar Institute. Dicapai 22 September 2015. 
    17. ^ Rapp, Ole Magnus (21 September 2015). "Norge utvider Dronning Maud Land helt frem til Sydpolen". Aftenposten (dalam bahasa Norway). Oslo, Norway: Aftenposten. Dicapai 22 September 2015. …formålet med anneksjonen var å legge under seg det landet som til nå ligger herreløst og som ingen andre enn nordmenn har kartlagt og gransket. Norske myndigheter har derfor ikke motsatt seg at noen tolker det norske kravet slik at det går helt opp til og inkluderer polpunktet. 

    Pautan luarSunting