Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura


Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS)[6] ialah transit aliran ringan rentas sempadan yang dirancang untuk menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dengan Singapura, merentasi Selat Tebrau. Apabila ia siap dibina, sistem ini akan menjadi laluan kereta api penghubung kedua antara dua negara tersebut selepas perkhidmatan KTM Tebrau Shuttle. Bahagian pertama kajian kejuruteraan awal telah selesai pada Mac 2014,[7] dengan sasaran tahun projek dapat disiapkan adalah pada 2019. Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim, tarikh siap disasarkan pada 2022.[8]

Sistem Transit Aliran
Johor Bahru–Singapura
سيستم ترنسيت اليرن جوهر بهرو–سيڠاڤورا
Umum
Nama lainJohor Bahru–Singapore Rapid Transit System
JenisTransit aliran ringan
StatusKajian perundingan seni bina dan kejuruteraan
Lokasi
TerminalMalaysia Bukit Chagar
Singapura Woodlands North
Stesen2
Perkhidmatan1
Operasi
Dirancang dibukaOktober 2026; 2 tahun lagi (2026-10)[1]
PemilikInfraCo[5]
PengendaliOpCo[2]
RTS Link (Prasarana SMRT JV)[3][4]
30 tahun tempoh konsesi
Ciri
  • Bertingkat
  • bawah tanah
DepotMalaysia Wadi Hana, Johor Bahru
Teknikal
Panjang landasan4 km (2.5 bt)
Bilangan landasan2
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan
Cadangan laluan
RTS Johor Bahru–Singapura
to Gemas & Pulau Sebang/Tampin
<span style="display:inline-block;background-color:#Ralat Lua: expandTemplate: template "RTS color" does not exist.;text-align:center;line-height:18px;border-radius: 9px 9px 9px 9px;color:#000000"> RTS 
Bukit Chagar
 BRT 
 KTM 
JB Sentral
KTM Intercity
 ETS   BRT 
Selat Johor
Malaysia
Singapura
international
border
 KTM 
Woodlands Train Checkpoint
KTM Intercity
 TE1  RTS 
Woodlands North
 TEL 
 NSL 
 TE2  NS9 
Woodlands

Co-located CIQ

Kontroversi sunting

Pada 3 Mei 2019, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan untuk menuntut atau bersedia untuk membeli bagi satu daripada lima plot tanah di Bukit Chagar, Johor Bahru yang diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Pada 4 Mei 2019, baginda Sultan Johor berkenan untuk menyerahkan satu plot tanah tersebut kepada Kerajaan Persekutuan jika ianya memang terlibat dengan projek mega tersebut tanpa mengenakan sebarang bayaran. Media menyatakan bahawa satu plot tanah tersebut telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012.

Ianya ekoran dari tuntutan dari Kerajaan Malaysia (Pakatan Harapan) terhadap Kerajaan Singapura untuk melanjutkan tempoh rundingan semula sehingga bulan September 2019. Projek mega melibatkan dua negara tersebut telah dimeterai pada bulan Januari 2018 melalui Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) pada ketika itu. Projek mega ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2024.[9]

Projek diteruskan sunting

Projek ini kemudiannya telah disambung semula secara rasminya pada 30 Julai 2020 hasil pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan memorandum persefahaman telah diserahkan oleh Menteri Pengangkutan dari Malaysia dan Singapura.[10]

Sumbangan kepada ekonomi tempatan sunting

Projek RTS adalah satu projek yang dinanti oleh pelabur tempatan dan antarabangsa. Dengan penerusan projek RTS Link, harga hartanah di sekitarnya telah melonjak sekurang kurangnya 10%. Antara 2 projek perumahan yang berdekatan adalah Astaka Johor Bahru dan R&F Princess Cove[11].

Rujukan sunting

  1. ^ "Singapore-JB Rapid Transit System to begin passenger service by 2024" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. 31 Julai 2017.
  2. ^ "Prasarana, SMRT ink MOU to set up JV company" (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani. 25 September 2017.
  3. ^ Rahmi Yunus (26 September 2017). "Prasarana and SMRT Corp sign MoU for RTS operating company" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. Dicapai pada 23 Januari 2018.
  4. ^ "SMRT, Prasarana sign MOU to form joint venture company for JB-Singapore RTS Link" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. 25 September 2017.
  5. ^ "JOINT FACTSHEET BY THE LAND TRANSPORT AUTHORITY (LTA) & SPAD - HIGHLIGHTS OF THE JOHOR-SINGAPORE RAPID TRANSIT SYSTEM LINK BILATERAL AGREEMENT" (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Pengangkutan Darat. 16 Januari 2018.
  6. ^ "S'pura, M'sia meterai perjanjian Sistem Transit Laju JB-S'pura". Berita Mediacorp. 16 Januari 2018. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  7. ^ Preliminary engineering study on Rapid Transit System link to Johor Bahru completed. Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2014. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  8. ^ "Johor-Singapore Rapid Transit System by 2022". The Edge Markets. 2 Mei 2017. Dicapai pada 22 Julai 2017.
  9. ^ Kontroversi Projek RTS Johor-Singapura 4 Mei 2019
  10. ^ Projek RTS disambung semula secara rasmi
  11. ^ "RTS Link". www.propertygenie.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-15. Dicapai pada 2023-09-02.