Sistem kewangan Islam

Sistem kewangan Islam berteraskan al Quran dan Hadis yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Sistem ini menjadi alternatif Sistem kewangan konvensional yang wujud sekarang .Sistem ini berkembang ketika masyarakat global berhadapan dengan cabaran daripada pergolakan dalam sistem kewangan konvensional yang berteraskan riba.

Instrumen ini dilihat berdaya saing, kreatif dan inovatif. Aspek kawal selia peraturan dan perundangan perlu dimantapkan lagi. Industri kewangan Islam turut disokong oleh masyarakat bukan Islam apabila beberapa negara yang majoriti rakyatnya bukan beragama Islam seperti Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Perancis dan Jepun.Negara-negara maju seperti Australia mula melatih kepakaran dalam bidang kewangan Islam untuk merealisasikan hasrat untuk menjadi hub kewangan dunia.

Kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati industri kewangan Islam global memerlukan 2 juta pekerja mahir dalam bidang berkenaan berbanding 92,000 orang pada tahun 2007.

Kejatuhan sistem kewangan konvensional yang berpaksikan kepada penghasilan wang yang tidak disandarkan kepada aset merupakan punca berlakunya keruntuhan kredit yang memberi impak kepada Krisis Kewangan Asia 1997 dan Krisis ekonomi 2008.

Dinar emas bersandarkan kepada emas semakin popular di negara-negara Islam. Dinar emas selaras dengan syariah Islam dan sebagai asas dalam mengembangkan sistem ekonomi Islam.[1]Terdapat juga kajian dilakukan mengenai penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak Dalam Sistem Kewangan[2]


Rujukan sunting

  1. ^ Sistem Kewangan Islam Mempunyai Peluang Untuk Bercambah
  2. ^ "Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak Sebagai Mekanisme Dalam Sistem Kewangan" Universiti Teknologi Malaysia

Pautan luar sunting