Siti: Are You Ready

Siti: Are You Ready? ialah filem dokumentari Malaysia 2021 arahan M. Azhar Rot dan Anz Izwan terbitan bersama oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions, menampilkan penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza.[1] Filem ini ditayangkan pada 30 Disember 2021 di Astro First.[2][3]

Siti: Are You Ready?
Pengarah
  • M. Azhar Rot
  • Anz Izwan
DibintangiSiti Nurhaliza
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
30 Disember 2021
Masa tayangan
80 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Siti: Are You Ready menampilkan detik di atas dan belakang pentas, persembahan langsung serta cerita di sebalik tabir sepanjang Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di tiga negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia pada 2019.[1][4]

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Siti: Are You Ready? diarahkan oleh M. Azhar Rot dan Anz Izwan dan dierbitkan bersama oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions. Menurut Siti, filem ini ialah ringkasan dirinya sebagai seorang penyanyi, ibu dan juga isteri dan memaparkan sisi beliau yang jarang dipertontonkan kepada umum, yang mana dalam kelembutannya, terselindung sikap ketegasan.[2]

Ia diperlihatkan apabila beliau dan seluruh pasukannya berhadapan dengan konflik bagi menjayakan konsert pertamanya di Jakarta, Indonesia. Siti berkata: "Ada lagi kisah yang tidak kami masukkan kerana agak sensitif, tapi bagi saya ia akhirnya menjadi suatu yang positif buat kami [...] Filem dokumentari ini juga untuk ditunjukkan pada masyarakat bahawa penyanyi bukannya sekadar menghiburkan tapi lebih daripada itu. Saya nak sangat masyarakat di luar sana lihat filem dokumentari saya sebagai satu yang memberikan inspirasi bukan saja pada anak-anak seni generasi muda tapi juga kepada wanita yang bergelar ibu,".[2]

Siti berkata, biarpun terpaksa menunggu selama dua tahun, beliau percaya ini ialah masa yang telah ditentukan untuk filem ini menemui khalayak.[1]

Keluaran sunting

Siti: Are You Ready ditayangkan pada 30 Disember 2021 di Astro First.[5] Pengumuman penayangan filem dokumentari dibuat oleh Siti menerusi aplikasi TikTok pada 17 Disember.[1] Harian Metro melaporkan bahawa kutipan awal filem ini akan disalurkan kepada mereka yang terjejas akibat banjir.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Farihad Shalla Mahmud (17 Disember 2021). "Siti tampil dalam filem dokumentari". Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  2. ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (27 Disember 2021). "Filem dokumentari Siti". Harian Metro. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  3. ^ Haryati Karim (23 Disember 2021). "Realiti, cabaran anjur konsert dalam Siti: Are You Ready?". Kosmo!. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  4. ^ "Siti: Are You Ready? Filem Dokumentari Kisah Di Sebalik Tabir Perjalanan Konsert Jelajah Siti Nurhaliza Di Tiga Buah Negara". Kopiplanet. 27 Disember 2021. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  5. ^ Izwan Isa (25 Disember 2021). "5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Dokumentari Konsert Siti: Are You Ready? - Yang Nombor 2 Pasti Buat Korang Cemas!". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Disember 2021). "Kutipan awal filem dokumentari Siti Nurhaliza disalur buat mangsa banjir". Harian Metro. Dicapai pada 28 Disember 2021.