Siti Ashah Ghazali

(Dilencongkan dari Siti Aishah Ghazali)

Yang Berhormat Dato' Ustazah Hajjah Siti Ashah Ghazali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Kedah. Ketika berlakunya kemelut politik Kedah 2020, beliau dipilih semula menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan Negeri Kedah

Yang Berhormat Dato' Hajah

Siti Ashah Ghazali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Penggal Ke-14
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan
Negeri Kedah
Memegang jawatan
2020
ADUN Merbau Palas
Memegang jawatan
2008
Didahului olehMohd Hadzir Ismail (BN-UMNO)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Penggal Ke-12
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
Negeri Kedah
Dalam jawatan
2008 – 2013
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah
Memegang jawatan
2007
Butiran peribadi
Lahir1962
Parti politikPAS logo.svg PAS
KediamanKedah Kedah
PekerjaanAhli politik

PendidikanSunting

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jeneri, Sik, dari tahun 1969 sehingga tahun 1971 sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Cemara, Jeniang. Pada tahun 1973, beliau berpindah pula ke Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang, Gurun, Kedah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Khairiah Halimiah, Batu 16, Padang Lumat dari tahun 1975 hingga tahun 1981. Pada tahun 1988, beliau telah menerima Diploma Tasawwur Islam dari ILHAM.[1]

KerjayaSunting

RujukanSunting

  1. ^ YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj Ghazali Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah