Siti Elizad
Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin (lahir 25 Mei 1984) merupakan seorang pelakon, pengacara, penyampai radio, penyanyi, model dan bekas pelakon kanak-kanak Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994.[3] Sejak 15 Julai 2019, beliau merupakan salah seorang DJ di radio Sinar FM.
Siti Elizad | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin 25 Mei 1984 |
Nama lain | Elizad Sharifuddin, Ejad |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyampai radio, penyanyi, model |
Tahun aktif | 1994–1999 (sebagai pelakon kanak-kanak)
2004–kini (sebagai pelakon sepenuh masa) |
Ketinggian | 5 ft 7 in (1.7 m) |
Kemunculannya pada era 1990an sezaman dengan Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay serta pelakon lain yang mula aktif sejak 1990an.
Kehidupan awalSunting
Siti Elizad, lebih mesra dengan panggilan Ejad dilahirkan pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Sharifuddin Baharuddin (lahir 1947) dan Nazariah Mohd Salleh (1951-2013), beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan juga berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
KerjayaSunting
Siti Elizad memulakan kerjaya lakonan pada 1994 ketika berusia 10 tahun sebagai pelakon kanak-kanak di TV Pendidikan, stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, beliau meninggalkan bidang lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.
Pada tahun 1998, pada usia 14 tahun, beliau pernah menyertai pertandingan Asia Bagus di Singapura. Tidak terhenti di situ, beliau juga turut mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat rancangan One In A Million musim ketiga yang bersiaran pada 2008.[4]
Siti Elizad kembali aktif pada 2004 apabila beliau membintangi filem sulungnya, Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Zulhijjah.[5] Seterusnya, pada 2005, beliau membintangi dua filem — Gangster arahan Bade Hj. Azmi dan Rock arahan Mamat Khalid.
Beliau kemudian berehat dari bidang hiburan selama tujuh tahun dari tahun 2006 sehingga 2013 kerana menjaga ibu Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh yang kurang sihat, sehinggalah ibunya meninggal dunia, sebelum kembali aktif.[6]
Beliau bersama Ungku Ismail Aziz muncul dalam supertelefilem Travelling Beruang yang turut mencetuskan kempen kesedaran kanser dengan nama sama, yang mana setiap dana yang dikumpul disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA).[7]
Kejayaan beliau hadir pada 2015 ialah menerusi watak utama lakonannya sebagai Kyra Lydia dalam drama Slot Akasia TV3, Teman Lelaki Upahan yang kembali menggandingkan beliau bersama Ungku Ismail Aziz. Selepas Teman Lelaki Upahan, beliau muncul dalam dua lagi siri drama lakonannya, Dia Isteri Luar Biasa dan Aku Pilih Kamu serta filem Coverina bersama Pekin Ibrahim. Elizad sekali lagi bergandingan bersama Ungku Ismail dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai, jam 9.30 malam di TV1.[8] Dalam telefilem arahan Mohd Al-Bakari Harith terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini berkisarkan tentang konflik dan kekeliruan yang melanda Airin dalam mengharungi kehidupan yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Ammar Titan dan Mubarak Majid.[8]
Beliau juga berbakat dalam bidang muzik apabila menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria. Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menerima wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.[9][10] Ibunya sendiri, Allahyarhamah Nazariah, ketika hayatnya pernah menyatakan impian beliau untuk melihat Elizad mencipta nama dalam bidang seni suara.[4]
Pada tahun 2016, beliau muncul dalam drama Lambaian Ramadan bersempena bulan Ramadan, seterusnya berlakon bersama Amar Baharin dalam siri drama Si Kolot Suamiku di Astro Ria. Dalam drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Fazlyn Ridz, Elizad memegang watak sebagai Tengku Nur Edrina, seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Elizad dan Amar didalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.[11]
Pada tahun 2019, Siti Elizad muncul dalam drama Slot Widuri RTM, Aku Yang Kau Tinggalkan yang mana beliau membawakan watak Nia Athirah, berpasangan sekali lagi bersama Ungku Ismail Aziz yang memegang watak Zaril Ikhwan. Drama ini turut dikatakan hangat, seterusnya dicalonkan dalam kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2019.
Gempak SuperstarSunting
PersembahanSunting
Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, Siti Elizad menyanyikan lagu:
- Minggu 1: "Tiada Lagi" nyanyian asal Mayang Sari
- Minggu 2: "Ku Bahagia" nyanyian asal Melly Goeslaw
- Minggu 3: "Pengemis Cinta" nyanyian asal Ella
- Minggu 4: "I'ris" nyanyian asal Awie dan "Cintaku 100%" nyanyian asal Mas Idayu
- Minggu 5: "Gerimis Mengundang" nyanyian asal Slam (duet bersama Ronnie Hussein)
- Minggu 6: "Makhluk Tuhan Paling Sexy" nyanyian asal Mulan Jameela dan "Ketulusan Hati" nyanyian asal Anuar Zain
Carta penyingkiranSunting
Minggu: | 1 (10/Apr) | 2 (17/Apr) | 3 (24/Apr) | 4 (1/Mei) | Separuh Akhir (8/Mei) | Akhir(15/Mei) | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kedudukan | Peserta | Keputusan | |||||||||
1 | Siti Elizad | Kekal | Pertama | ke-2 | ke-2 | ke-3 (3 Tercorot) | Juara |
Kehidupan peribadiSunting
Ibu bapa Elizad mengalami masalah kesihatan. Bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin menghidap penyakit mata,[12] manakala ibunya, Nazariah Mohd Salleh pula menghidap penyakit Parkinson dan meninggal dunia pada Januari 2013.
Elizad merupakan anak saudara pelakon Asmahani Hussein
Elizad berkahwin pada 11 Januari 2015 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan beliau berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.[13][14]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Berlari Ke Langit | Zulhijjah | Bade Hj. Azmi | Filem pertama |
2005 | Gangster | Ria | Bade Hj. Azmi | |
Rock | Kathy | Mamat Khalid | ||
2006 | Bilut | Mariam | Bade Hj. Azmi | di samping Rosyam Nor & Eja |
Main-Main Cinta | Sarimah | Abdul Razak Mohaideen | ||
2007 | Cinta Yang Satu[15] | Jamilah | Zulkifli M. Osman | |
2009 | Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Dayang | Majed Salleh | di samping Farid Kamil & Uji Rashid |
2014 | Tembus | Anissa | Ahmad Idham | |
2015 | Coverina | Rina | Khalid Nadzri | di samping Pekin Ibrahim |
2016 | Harmonika | Ika | Raja Mukhriz | |
2017 | Kolestrol vs Cinta | Fazira | Eyra Rahman | Penampilan khas |
2018 | Takdir the movie | Soffiya | Shirin Khuzaimi | Tayangan Filem amal |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Ejen 016 | Alpha 0146 | TV3 | |
2007 | Mas Kahwin | Mas | Astro Prima | |
Bayang-Bayang Musyrik | RTM | di samping Hasnul Rahmat | ||
2008 | Ezora | TV3 | ||
2009 | La Dolce Amira | Maznah | TV3 | |
Rempit vs Impak Maksima | Fila | TV3 | ||
2010 | Adnan Sempit the Series | Astro Warna | ||
2011 | Cinta Antara Kita | Dania | TV3 | |
Jamilah I Love You | Astro Ria | |||
Antara Garisan | Astro Ria | |||
2013 | Iman Nabila | Yasmin | TV3 | |
Tanah Kubur (Musim 8) | Ayyah | Astro Oasis | Episod: "Zalim Dusta" | |
Aku Isterinya | Lisa | TV3 | ||
Kerana Lelaki Itu | Diana | TV9 | ||
2014 | Jiwa | Fara | TV3 | |
Alam Maya | Kina | TV9 | ||
Kerana Terpaksa Aku Relakan | Ilyana | TV3 | ||
Masihkah Ada Cinta | Leen | TV3 | ||
2015 | Teman Lelaki Upahan | Kyra Lydia | TV3 | |
Dia Isteri Luar Biasa | Kak Long Zahra | TV3 | ||
Aku Pilih Kamu | Nadiya | TV3 | ||
2016 | Bodyguard | TV3 | ||
Lambaian Ramadan | Shila | TV3 | ||
Si Kolot Suamiku | Tengku Edrina | Astro Ria | ||
2017 | Papa Ricky | Zara | Astro Ria | |
My Darling, Inspektor Daniel | Inspektor Hannah | Astro Ria | ||
Syurga Yang Kedua | Sabrina | Astro Prima | ||
2018–kini | Gerak Khas | Sofia | TV2 | Pelakon undangan |
2018 | Dian | Dian | ntv7 | |
Dapur Kongsi | Mia | ntv7 | di samping Awal Ashaari | |
2019 | Cinta Tanpa Henti | Maya | TV3 | |
Aku Yang Kau Tinggalkan | Nia Athirah | TV1 | ||
Puteri Yang Ditukar | Aini | Astro Prima | ||
2020 | Safi Eliksir ke Hatimu | Elisa | TV3 | di samping Remy Ishak |
Bila Cupid Jatuh Cinta | Sheila | TV3 | Penampilan khas | |
Jalan Sesat Ke Syurga | Inara | Astro Prima | di samping Aaron Aziz |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Bersalji Di Kuala Lumpur | Nadia | Astro Citra |
2013 | Korban Kasih | Amanina | TV AlHijrah |
Mr Feminin | TV9 | ||
2014 | Mambo No. 5 | TV1 | |
Kekabu Anjang | TV2 | ||
Angsa Masak Cabai | Lisa | TV3 | |
Anak aku bukan milik aku | Maya | TV3 | |
2015 | Sebelum takbir bergema | Asmira | TV3 |
Kasih Kamelia | Kamelia | TV3 | |
Pencinta | Arissa | TV1 | |
Mimi Tapau | Salmi | TV3 | |
Isteriku Bukan Tukang Masak | Hana | Astro Maya HD | |
Travelling Beruang | Miss Kat | TV3 | |
Bukan Wanita Sempurna | Liza | TV3 | |
Kifarah Mistik : Episod Mandi Bunga | Milah | TV3 | |
Sirah : Episod Cukur Jambul | Niza | TV3 | |
2016 | Dendam Manisa | Manisa | TV3 |
Ayah Den Lopeh | Siti | Astro | |
Jubah Untuk Airin | Airin | TV1 | |
Janji Hati | Karmila | TV2 | |
Duit Raya | Syarmin | TV9 | |
Payung Emas | Nora | TV AlHijrah | |
2017 | Berebut Kasih | Hawa | TVi |
Puisi Sedih Al-Kitab | Nadirah | TV3 | |
Rasuk | Marina | Astro Citra & Astro Mustika HD | |
Menantu Malam Raya | Leha | Astro Ria & Astro Ria HD | |
2018 | Kampung Kuala Lambat | Murni | Astro Citra & Astro Mustika HD |
Setan Dalam Poket | Yati | Astro Citra | |
Tulus Cinta | Maira Suraya | TV3 | |
Telingkah | Tun Fatimah | TV2 | |
2019 | Sehelai Selendang Putih | Zahra | TV3 |
Kipas Belum Mati | Eliza | Astro Citra |
Web dramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Ghaib | Inspektor Anita | tonton.com.my | di samping Shukri Yahaya
-drama ini diadaptasi daripada novel Projek Seram Terowong |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Gempak Superstar | Astro Ria | Juara[16][17] |
Sepahtu Reunion Live | Astro Warna | Episod 9 sebagai Artis Jemputan | |
2017 | Super Spontan Superstar 2017 | Artis jemputan | |
Sepahtu Reunion Live | Astro Warna | Minggu 3 sebagai Penampilan istimewa | |
Perang Jantina (2017) | Astro Ria | Pengacara | |
Festival Filem Malaysia ke-29 | Astro Ria | Pengacara bersama Zizan Razak | |
Rockanova 2017 | Astro Prima | Minggu Kedua sebagai
Juri jemputan | |
MeleTOP | Astro Ria | Pengacara jemputan bersama Nabil Ahmad | |
2018 | Super Spontan Xtravaganza | Astro Warna | Peserta Ahli Kumpulan Sotong Kangkung |
The Sherry Show & Friends | TV3 | Pengacara jemputan bersama Sherry Alhadad | |
2019 | Mingguan Wanita musim 2 | Astro Prima | Pengacara |
2020 | Warna Pecah raya | Astro Warna | Episod 2 sebagai Artis Jemputan |
Apa Ada Dengan Dot dot dot | Astro Ria | Pengacara |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Tempat |
---|---|---|---|
2006 | Suzanna@60 | Zunika | Istana Budaya |
Muzik videoSunting
Tahun | Tajuk lagu | Artis undangan | Ruj. |
---|---|---|---|
2019 | "Ratu" | Faizal Tahir |
DiskografiSunting
Tahun | Lagu | Syarikat Rakaman | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Haiyaya | Paranormal Records | OST drama Encik Suami Mat Salih Celup |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 | Pelakon TV Wanita Popular | N/A | Tercalon |
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 #ABPBH29 | N/A | Tercalon | |
2017 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 | Aktres Pilihan | Lambaian Ramadan | Tercalon |
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Tulus Cinta | Tercalon |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 #ABPBH33 | Pelakon TV, Pengacara, Penyampai Radio, Artis Versatil & Gandingan Serasi Drama | N/A | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Dunia baharu Siti Elizad Kosmo!. 7 Mei 2016.
- ^ Impak pesona Siti Elizad Kosmo!. 5 Oktober 2016.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid, "Elizad semakin selesa di lokasi", Berita Harian, 28 Disember 2003.
- ^ a b Siti Elizad cuba tunai hasrat ibu Zaidi Mohamad. BH Online. 31 Mac 2016.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 Julai 2004). Berlari Ke Langit naikkan Elizad Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2014.
- ^ Siti Elizad rindu rendang arwah ibu.
- ^ Telefilem Travelling Beruang jadi kempen kanser Berita Harian. 14 Jun 2015.
- ^ a b Telemovie JUBAH UNTUK AIRIN Satukan Siti Elizad & Ungku Ismail Budiey. Sensasi Selebriti. 4 Julai 2016.
- ^ Elizad Juara Gempak Superstar Astro Gempak. 16 Mei 2016.
- ^ Tidak harap trofi Amirah Amali Syafaat. Utusan Malaysia. 2 Oktober 2016.
- ^ Siti Elizad mohon maaf lakonan mesra bersama Amar Baharin Feride Hikmet Atak. BH Online. 7 September 2016.
- ^ Siti Elizad guna wang kemenangan ubati penyakit mata bapa mStar. 16 Mei 2016.
- ^ Elizad dah bergelar isteri Harian Metro. 7 April 2015.
- ^ Shamsul penyelamat Elizad Kosmo!. 14 April 2015.
- ^ Nor Fadzilah Baharudin (9 Februari 2007). Siti Elizad harap tuah Cinta Yang Satu Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Februari 2015.
- ^ Siti Elizad Juara Gempak Superstar, Bawa Pulang RM100,000 mStar. 16 Mei 2016.
- ^ RM 100, 000 milik Siti Elizad Sudirman Mohd Tahir. Harian Metro. 16 Mei 2016.