Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Salleh lahir 1 Mei 1940, di Tandop Alor Star, Kedah adalah ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah meninggal dunia pada 16 Julai 2015.

PendidikanSunting

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Langgar, Kedah (1947) ; Sekolah Melayu Simpang Empat (1950) ; Kampung Baru Girl's School / Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma.Kemudian sambung belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid (1959) ; Universiti Malaya - Pengajian Melayu pada tahun (1961-1964).Beliau mendapat Phd dalam bidang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari UKM (1994) dengan tesis "Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas : Sejarah Pengkajian dan Sifatnya" . Beliau dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional UKM.

KerjayaSunting

Kerjaya beliau bermula sebagai Guru sementara di Sekolah Menengah Sultanah Asma (1961-1963) ; Penterjemah sementara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1964); Tutor di Jabatan Pengajian Melayu, UM (Jun 1964- Jun 1966); Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu UM (1966-1971) ; Timbalan Pengarah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM (Mac 1975-Jun 1977) ; Profesor Madya, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM (1975-1994) ; Ketua di Jabatan Persuratan Melayu, FSKK UKM(1981-1989) ; Felo Penyelidikan di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM (Disember 1989 - Disember 1992) ; Profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional UKM (1994); Timbalan Pengarah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM(Jun 1994-Jun 1996).


Beliau juga dilantik sebagai Profesor Kontrak di Jabatan Persuratan Melayu,UKM) (1995-2002) ; Pengajar Khas di Jabatan Persuratan Melayu,UKM)(Mei 2002 - Mei 2003) ; Pensyarah Jemputan untuk kursus Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaysia Sabah (1996-1997) dan Penilai Luar di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Brunei Darussalam (2000-2002).


Siti Hawa Salleh juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM.

Aktiviti sosialSunting

Beliau pernah menjadi Jawatankuasa Istilah Kesusasteraan, Bahagian Istilah DBP ( 1966-1971); Panel Anugerah Sastera Negara Malaysia (1971-1973) ; Jawatankuasa katalog manuskrip Melayu, DBP - PNM(1982-1985) ; Jawatankuasa Pakar Perunding Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Bahagian Ensiklopedia , DBP (1989-1996); Sidang Pengarang SARI, IBKKM, UKM (1992-1995) ; Sidang Pengarang Jurnal Fiologi Melayu terbitan Pusat Manuskrip Melayu, PNM (1991 - kini ) dan Sidang Pengarang Malay Literature Journal terbitan DBP (1993 - kini )

PenulisanSunting

Siti Hawa telah menyelidik banyak buku ilmiah termasuk menerbitkan buku Hikayat Merong Mahawangsa (1971 dan 1990); Hikayat Gul Bakawali (1986) ; jurnal Cendekia ; Kesusasteraan Melayu Tradisional (Penyelenggara 1997). Antologi Sebutir Pasir yang mengumpulkan 12 makalah dan kertas kerja tentang pelbagai aspek kesusasteraan Melayu tradisional (1992) dan sebagainya.

  1. Malay literature of the 19th century = Kesusasteraan Melayu abad kesembilan belas : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010
  2. Hikayat Merong Mahawangsa / dikaji dan diperkenalkan oleh Siti Hawa Haji Salleh ; Yayasan Karyawan ; Universiti Malaya, 1998.

Pingat dan anugerahSunting

Beliau telah dianugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh Sultan Kedah ; Ahli Mahkota Kedah (A.M.K), Hadiah Sastera Malaysia untuk bidang makalah ilmiah 1988/1989 - Hikayat Merong Mahawangsa : Antara Mitos dan Realiti ; Anugerah Dermacipta DBP untuk penyelidikan Doktor Falsafah ; Hadiah Bahasa untuk Buku Ilmu Pengajian Tinggi - Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas anjuran Persatuan Linguistik Malaysia & Public Bank dan Anugerah Khidmat 20 tahun di UKM. [1]


RujukanSunting