Siti Kelembai (drama)

Drama bersiri 20 episod arahan Bob Hashim Ismail ini mengolah semula cerita rakyat, Sang Kelembai kepada Siti Kelembai versi moden yang berkisar tentang Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.

Siti Kelembai
GenreDrama
Ditulis olehPanel MIG
PengarahBob Hashim Ismail
Dibintangi oleh
Yana Shamsudin
Fizo Omar
Faralyna Idris
(Lihat di bawah)
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Syarikat penerbitan
Metrowealth Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lagenda)
Siaran asal20 September 2010 – 21 Oktober 2010
Kronologi
MengikutiUlar Emas
Diikuti olehUlek Mayang

Sinopsis sunting

Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya.

Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.

Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!

Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tahun sibuk Fizo". Kosmo Online!. Kosmo. Dicapai pada August 5, 2018.

Lihat juga sunting