Siti Khadijah Halim
Siti Khadijah Abdul Halim (lahir 27 Mac 1997) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gadis Panca NR pada tahun 2018. Beliau mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila membawa watak Lara Andrew di dalam drama Dia Yang Ku Cinta,[1] namun lebih dikenali menerusi drama Ash & Aish dan Sekali Lagi Cinta Kembali.[2]
Siti Khadijah Halim | |
---|---|
Kelahiran | Siti Khadijah binti Abdul Halim 27 Mac 1997 |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2019–kini |
Kehidupan dan kerjaya sunting
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai 4 orang adik-beradik, dua abang (lahir pada 1988 dan 1991) dan seorang kakak (lahir 1994) dan merupakan anak bongsu. Beliau dibesarkan oleh ibu bapanya yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Lendu, Melaka. Setelah tamat pengajian, beliau terus menjadi seorang pelakon.[3]
Beliau menyertai pertandingan Gadis Panca NR 2017 anjuran Mingguan Malaysia (akhbar mingguan Utusan Malaysia dan dinobatkan sebagai juara. Kerjaya seninya pula diuruskan oleh syarikat A. Aida Production.[4] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem.[5]
Gaya sunting
Tidak seperti pesaing-pesaingnya dalam bidang lakonan, Siti Khadijah memilih untuk tidak menggunakan nama pentas, sebaliknya hanya menggunakan nama sebenarnya sebagai nama pentas sambil mengatakan mahu menjaga nama baik dirinya selain mahu membanggakan ibu bapanya.[3]
Filemografi sunting
Filem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Rompak | Sofea | Filem pertama |
Hantu Tenggek | Ana | ||
TBA | Munajat Kekasih | Zaiton | Pra-produksi |
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Dia Menantu Rahsia | Shima | TV3 | Pelakon Undangan |
Rumah Siti Khadijah | Didi | Episod: "Mangsa Rogol" | ||
Dia Yang Ku Cinta | Lara Andrew | |||
2020 | Bidadari Salju | Marissa | ||
2021 | The Maid | Citra | Astro Ria | |
Marry Me Senorita | Tina | |||
Isolasi | Erra | Awesome TV | ||
2021–2022 | Dukun Diva | Baby Riena (Sabriena Lim Zulkarnain Lim) | Astro Citra | |
2022 | Ash & Aish | Aish (Aisha) | Astro Ria | |
Sekali Lagi Cinta Kembali | Aira | TV3 | ||
Garnier: Menawan Impian | Cindy/Ella | Drama pendek | ||
2023 | Segenap Takdir | Haryani |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Pengantin 3 Hari | Maya | Salam HD | |
Cerai | Farah | Astro Citra | ||
2023 | Kami TV | Mimi/Ayu | ||
Biar Biasa Biasa | Sofia | Astro Ria |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Buletin113 (Musim 3) | Pengacara | Salam HD | Menggantikan Nazrief Nazri |
2020 | Buletin113 (Musim 4) | |||
Ujian Menantu | Dirinya sendiri | Awesome TV | bersama Yuna Zainal | |
2021 | Buletin113 (Musim 5) | Pengacara | Salam HD | |
Sepahtu Reunion Live | Zila | Astro Warna | Episod: "Dilema" | |
2022 | Terpaling Juara | Artis jemputan | TV3 | Bersama Aniq Suhair |
Sepahtu Reunion Live Al-Puasa | Fisha | Astro Warna | Epispd: "Setia Antara Kita" | |
Sepahtu Reunion Live | Tasha | Episod: "Jodoh Pasti Bertemu" Bahagian 2 | ||
Cuti-cuti Malaysia: Tour Race | Dirinya sendiri | Astro Awani | ||
2023 | Anugerah Ikon Sukan Harian Metro | Penyampai anugerah | TV9 | bersama Intan Serah |
Anugerah Drama Sangat 2023 | TV3 | bersama Janna Nick | ||
Nona | Artis jemputan |
Web Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2023 | From Saga With Love | Karma (Karmila Azad) | Viu |
Iklan sunting
Tahun | Iklan | Catatan |
---|---|---|
2022 | McDonald's: Kak Long Balik Muar | bersama Nadiya Nisaa & Aniq Suhair, sebagai Wawa (Kak Chik) |
Raya IJM Land: Selembar Benang, Sepasang Baju | bersama Iman Zulkarnain, sebagai Nita |
Videografi sunting
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2021 | "Bicaramu" | Amir Hasan |
"Bunga" | Kugiran Masdo | |
2022 | "Ku Cuba" | Hariz Fayahet |
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Drama Sangat 2023 | Pelakon Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Pasangan Drama Terbaik | Dirinya sendiri (bersama Aniq Suhair) | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan sunting
- ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Februari 2022). "'Biarlah nama tak komersil...'". Berita Harian. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ^ Affan Rostam (26 Disember 2022). "Siti Khadijah pilih naskhah lonjak nama". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ a b Nur Asyikin Mayudin (5 Februari 2022). "Siti Khadijah mahu pelihara nama baik, pakaian tak terlalu terbuka walaupun belum bertudung". mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ^ "Siti Khadijah juara Gadis Panca 2017". Malaysia Gazette. 14 Januari 2018. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ^ Affan Rostam (22 September 2023). "Sukar percaya orang lain, Siti Khadijah urus kerjaya sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 22 September 2023.