Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud (lahir 14 Februari 1958) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor di bawah pentadbiran Dato' Seri Amirudin Shari dari tahun 2018 hingga 2023 dan berkhidmat sebagai ADN Seri Serdang selama sepenggal. Di peringkat parti, beliau merupakan Naib Presiden AMANAH Lantikan.

Dr.

Siti Mariah Mahmud
EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2018–2023
Menteri BesarAmirudin Shari
Digantikan olehJamaliah Jamaluddin (Kesihatan)
Anfaal Saari (Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Wanita dan Keluarga)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N29 Seri Serdang
Dalam jawatan
2018–2023
Didahului oleh Noor Hanim Ismail
Digantikan oleh Abbas Azmi
Majoriti14,363
Naib Presiden AMANAH
Memegang jawatan
11 Disember 2019
Berkhidmat dengan
Mahfuz Omar
Mujahid Yusuf Rawa
Hasanuddin Mohd Yunus
Husam Musa
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P111 Kota Raja, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 7 April 2018
Didahului oleh SA Vigneswaran (BN)
Digantikan oleh Mohamad Sabu
Majoriti29,395 (PRU-13)
20,751 (PRU-12)
Ketua Angkatan Wanita AMANAH
Dalam jawatan
2015–2019
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAiman Athirah Al Jundi
Butiran peribadi
Lahir (1958-02-14) 14 Februari 1958 (umur 66)
Pokok Sena, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik PH-AMANAH (2015-kini)
(-2015)
KediamanSungai Buloh
PekerjaanAhli politik

Ketika di dalam PAS beliau merupakan ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.[1][2][3]

Pendidikan sunting

Beliau memperolehi ijazah sarjana muda perubatan dari Universiti Kaherah, Mesir serta Sarjana Fisiologi dari University of London United Kingdom dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Kerjaya sunting

Beliau pernah menjadi pegawai perubatan dah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Politik sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, S.A. Vigneswaran dengan majoriti sebanyak 20,751 undi. Beliau memperolehi 38,630 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,879 undi. Majoriti yang diterima oleh beliau adalah yang tertinggi pernah dicatatkan oleh calon PAS walaupun beliau bertanding dalam kawasan Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi India agak tinggi.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, beliau dipindahkan dari Parlimen Kota Raja ke DUN Seri Serdang. Beliau mengharungi cabaran yang besar untuk menentang penyandang Noor Hanim Ismail dari PAS yang bertanding atas gabungan Pakatan Rakyat pada pilihan raya sebelumnya dan Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional, Dato' Dr. Mohamed Satim Diman.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia: P111 Kota Raja, Selangor[4][5][6][7][8]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 Siti Mariah Mahmud (PAS) 16,137 36.57% S. Vigneswaran M. Sanasee (MIC) 24,376 55.24% 44,758 8,239 76.67%
2008 Siti Mariah Mahmud (PAS) 38,630 68.36% S. Vigneswaran M. Sanasee (MIC) 17,879 31.64% 57,323 20,751 79.74%
2013 Siti Mariah Mahmud (PAS) 59,106 64.51% Murugesan Sinnandavar (MIC) 29,711 32.43% 92,719 29,395 87.55%
Dewan Undangan Negeri
Tahun Kawasan Nama Logo Undi Prts Lawan Logo Undi Prts Majoriti Keluar
2018 Seri Serdang Siti Mariah Mahmud   27,088 59.28 Mohamed Satim Diman   12,725 27.85 14,363 86.5
Noor Hanim Ismail   5,552 12.15

Rujukan sunting

  1. ^ Anwar, Zainah (5 October 2008). "In step with the rakyat". The Star. Dicapai pada 17 January 2010.
  2. ^ "Rebranding image the key, says new deputy". The Star. 6 June 2005. Dicapai pada 17 January 2010.
  3. ^ Ramanathan, Rathi (9 October 2008). "Doing good by PAS". The Sun (Malaysia). Dicapai pada 17 January 2010.
  4. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 17 January 2010.
  5. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  6. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017.
  7. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.

Pautan luar sunting