Siti Nurhaliza Live In Concert 2004

Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 merupakan konsert solo kelima oleh penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza. Konsert ini merupakan konsert jelajah pertama beliau di mana Siti menjelajah 15 lokasi menarik di seluruh Malaysia dan jumlah keseluruhan penonton yang hadir lebih dari sejuta penonton dan itu adalah jumlah kehadiran penonton paling terbesar di dalam sejarah konsert di negara Malaysia. Konsert ini juga diadakan empat bulan selepas Siti melancarkan album ke-10 beliau, Prasasti Seni.[1]

Siti Nurhaliza Live In Concert 2004
Konsert jelajah oleh Siti Nurhaliza
Poster promosi konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004
LokasiMalaysia
Indonesia
JelajahSiti Nurhaliza Fantasia Tour
Album berkaitanSiti Nurhaliza II, Cindai, Pancawarna, E.M.A.S, Prasasti Seni
Tarikh
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Konsert

sunting
 
Kemunculan Siti di awal konsert

Selepas dua bulan menjelajahi Malaysia, Siti Nurhaliza menghangatkan arena konsert persada muzik dengan konsert finale, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.[2] 15 buah lokasi telah Siti jelajahi, dan setiap lokasi merupakan satu kejayaan besar. Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan siri jelajah konsert bersama bintang-bintang Akademi Fantasia musim pertama dan kedua.[3]

Walaupun di awal siri konsert, lokasi pertama di Alor Setar, berlaku insiden yang diluar kawalan apabila pentas konsert roboh dipukul ribut. SNP mengambil langkah bijak apabila tidak membatalkan lokasi tersebut, namun SNP mengambil keputusan untuk mengadakan konsert di lokasi yang sama, tetapi lokasi tersebut terpaksa dilakukan di akhir siri jelajah konsert.

 
Siti di konsert

Muar merupakan antara lokasi yang mendapat sambutan hangat kerana Siti telah lama tidak membuat konsert di negeri itu. Selain itu, siri jelajah ini menghimpunkan lebih dari sejuta penonton. Konsert finale Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan konsert terbesar nasional apabila menghimpunkan lebih dari 70,000 penonton.[4]

Siti menjelajah ke setiap lokasi menggunakan bas yang direka khas untuk Siti oleh Transnasional, dilengkapi dengan sebuah katil, dihiasi dengan langsir hijau, sebuah televisyen dan sebuah tandas.

Siti menghiburkan peminat dengan lebih dari 24 buah lagu, termasuk sebuah lagu bersama bintang-bintang AF. Siti juga membuat kejutan apabila menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu dalam empat versi berbeza, setiap satu dipadankan dengan kostum yang sesuai.

 
Siti ketika segmen Medley Rock Klasik

Antara detik yang cukup menyentuh hati adalah ketika Siti tidak dapat menahan airmata ketika isu 'usikan' timbul. Nyata Siti seorang penyanyi yang mempunyai perasaan, dan insan biasa.

Konsert ini merupakan antara konsert yang membawa kenangan manis buat Siti dan peminat beliau. Album ini juga memuatkan sebuah CD istimewa "Kenangan Jelajah" dimana memaparkan di sebalik tabir penjelajahan Siti di Semenanjung Malaysia.[5]

Rangkaian konsert ini mendapat sambutan luar biasa, dan fenomena ini melingkup luas sehingga ke negara jiran, Indonesia apabila Siti membuat konsert jelajah disana dengan judul Siti Nurhaliza Indonesia Tour. SNIT berlangsung di kota-kota besar di Indonesia dan setiap kota mempunyai tema-tema yang berbeza.[6]

Susunan lagu

sunting

CD1

# Judul
1. Interlude
2. Cahaya Seribu Liku
3. Debaran Cinta
4. Kau Kekasihku

Percayalah

5. Lagu Rindu
6. Cinta Tak Beranti

Janji Kasih

7. Aku Cinta Padamu
8. Kembalikan Indah
9. Ku Milikmu
10. Fantasia Bulan Madu

Hati Emas
Gerhana
Isabella

CD2

# Judul
1. Bukan Cinta Biasa
2. Cindai
3. Ku Menunggu
4. Pejam Matamu
5. I Surrender
6. One Sweet Day
7. Pendirianku
8. Dialah Di Hati
9. Seindah Biasa

Tarikh jelajah

sunting
Tarikh Negara
Asia
Ogos 2004 Malaysia
Oktober 2004 Indonesia[6]

Tenaga kerja

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Khadijah Ibrahim (13 Ogos 2004). "Siti Nurhaliza - Ingin catat sejarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-29. Dicapai pada 2016-07-10.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (20 Ogos 2004). "Kemuncak konsert Siti". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  3. ^ Norzaila Rosli (30 Mei 2004). "Siti menjelajah temui peminat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  4. ^ Zul Husni Abdul Hamid (20 Ogos 2004). "70,000 saksi Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (23 Ogos 2004). "Siti tak buat, kata buat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-08-25. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  6. ^ a b Tengku Bidin, Tengku Khalidah (2 Januari 2005). "Siti Nurhaliza bikin gempar di Indonesia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2016-07-10.