Siti Nurshuhaini

pemain badminton Malaysia

Siti Nurshuhaini Azman (lahir 1 September 2004) ialah seorang pemain badminton perseorangan wanita professional Malaysia.[1][2] Pencapaian terbaiknya ialah menjadi naib juara perseorangan wanita dalam Terbuka Czech 2021.[3] Beliau merupakan salah seorang pemain skuad Malaysia dalam kempen Piala Uber 2020.[4]

Siti Nurshuhaini
Maklumat peribadi
Nama kelahiranSiti Nurshuhaini binti Azman
NegaraMalaysia
Lahir (2004-09-01) 1 September 2004 (umur 19)
Rawang, Selangor, Malaysia
Perseorangan dan beregu wanita
Ranking tertinggi269 (WS pada 26 Oktober 2021)
679 (WD bersama Khor Jing Wen) (25 Mei 2021)
Ranking semasa302 (WS)
848 (WD bersama Khor Jing Wen) (25 Januari 2022)
Profil BWF

Kehidupan peribadi sunting

Siti mempunyai seorang abang, Muhammad Nurfirdaus Azman yang juga seorang pemain badminton.[5]

Pencapaian sunting

Siri Antarabangsa BWF (1 naib juara) sunting

Perseorangan wanita

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
2021 Terbuka Czech   Putri Kusuma Wardani 16–21, 5–21   Naib juara
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa BWF
     Kejohanan Masa Depan BWF

Rujukan sunting

  1. ^ "Siti Nurshuhaini Azman". Persatuan Badminton Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Player: Siti Nurshuhaini". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2022.
  3. ^ "Terbuka Republik Czech: Tze Yong, Siti Nurshuhaini muncul naib juara". Stadium Astro. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  4. ^ "Shuttler Siti Nurshuhaini excited to part of national squad for Uber Cup finals" (dalam bahasa Inggeris). Bernama. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  5. ^ "Nurshuhaini-Nurfirdaus: A family that plays together stays together". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 September 2021.

Pautan luar sunting