Siti Saerah
Siti Nursairah Tarudin (lahir 15 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Siti Saerah atau Sairah Tarudin merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan merupakan adik kepada Siti Saida dan Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga penyanyi. [1]
Siti Saerah | |
---|---|
Kelahiran | Siti Nursairah binti Tarudin 15 Mei 1983 |
Nama lain | Sairah Tarudin |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2008–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Siti Nurhaliza Productions |
Pengkarya berkait | Siti Nurhaliza, Siti Saida |
Kehidupan awal
suntingSairah dilahirkan pada 15 Mei 1983 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak kelima daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (11 April 1942–15 Februari 2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik (lahir 31 Disember 1948), seorang surirumah dan peniaga. Kakaknya, Dato' Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular lewat era 1990an dan berjaya sehingga kini, adik-beradiknya, Saiful Bahri, dan Siti Nursaida juga bergiat aktif dalam bidang muzik, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali.
Kerjaya
suntingDibesarkan dalam keluarga yang berkecimpung dalam bidang muzik, Sairah pernah menyertai rancangan realiti TV, One in a Million pada 2006, namun terkandas separuh jalan. Beliau seterusnya muncul dengan single "Hero Wayang" yang diciptanya sendiri dengan lirik oleh Loloq.[2]
Beliau bersama kakaknya, Siti Saida muncul dengan album Apresiasi pada Mac 2010 yang mana beliau merakamkan dua lagu - "Hero Wayang" dan "Akhir Cinta".[3]
Kehidupan peribadi
suntingBeliau berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umaira, Ahmad Daiyan, dan Ahmad Aisy. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2014.[4]
Sairah mendedahkan pada September 2017 bahawa beliau tidak lagi berhijab.[5]
Beliau berkahwin kali kedua dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari 2018.[6]
Diskografi
suntingAlbum
sunting- Apresiasi (2010)
Single
sunting- "Hero Wayang"
- "Akhir Cinta"
Rujukan
sunting- ^ Nor Fadzilah Baharuddin (31 Julai 2008). "Saerah bukan lagi ilusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 19 April 2010.
- ^ Maliah Surip (27 Julai 2008). "Bukan wayang Saerah". Kosmo!. Dicapai pada 19 April 2010.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (31 Mac 2010). "Apresiasi cara Saida, Sairah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 19 April 2010.
- ^ "Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan". Beautifulnara. 3 November 2014. Dicapai pada 21 November 2014.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (7 September 2017). "Siti Saerah tidak lagi berhijab". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2017.
- ^ Alda Rismariza Kamarudin (9 Februari 2018). "Siti Saerah nikah 24 Februari". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2018.