Siti Zailah Mohd Yusoff
Yang Berhormat Ustazah Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff atau Kak Lah (lahir 12 Oktober 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia, berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau merupakan ahli politik wanita dari PAS yang pertama dilantik sebagai Timbalan Menteri dan diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Malaysia.
Yang Berhormat Ustazah Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff DJMK, JMK, SMK (Kelantan) | |
---|---|
سيتي زايله بنت محمد يوسف | |
![]() | |
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga | |
Memegang jawatan 10 Mac 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | Yang Berhormat Datuk Seri Rina binti Mohd Harun |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Rantau Panjang, Kelantan | |
Memegang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Abdul Fatah Harun |
Majoriti | 4,486 |
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2017–2019 | |
Didahului oleh | Nuridah Mohd Salleh |
Digantikan oleh | Nuridah Mohd Salleh |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rantau Panjang, Kelantan, Persekutuan Malaysia | 12 Oktober 1963
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | GAGASAN![]() |
Pasangan | Haji Mat Razali Muhamed |
Anak-anak | 11 |
Pekerjaan | Ahli Politik, Pendakwah |
Gaji | RM41,218.65 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM1 ke 2.5 juta[1] |
PolitikSunting
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Mohd. Afandi Yusoff serta calon bebas, Isma Airfath Hassanuddin dengan majoriti sebanyak 4,486 undi. Beliau memperolehi 19,344 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 14,858 undi.
Beliau seorang wanita yang sangat menitikberatkan syariah dalam setiap individu beragama islam dinegara ini. Beliau pernah menyentuh mengenai isu menutup aurat yang wajib dilaksanakan.
Beliau juga mengingatkan kerajaan tentang kewajipan menentang amalan LGBT kerana ianya jelas"melanggar Perlembagaan Persekutuan" (yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi).
Beliau juga pernah menerangkan bahawa tiada istilah NGO Sisters in Islam. Jelas jika difahami SIS in Islam ini melanggar Perlembagaan Persekutuan" (yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi).
Segala yang dilakukan jelas mendapat penentangan daripada pelbagai pihak.
PengalamanSunting
- Pengerusi Persatuan Pelajar (SMIP).
- Ahli Dewan Negara (selama 6 tahun)
- Pegawai Dakwah Halaqat, JAHEAIK (selama 5 tahun)
- Ahli Lembaga Hakim Pelawat Depot Tahanan PATI, Jabatan Penjara Malaysia
- Ahli Lembaga Pengarah KELKON SDN. BHD.
- Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pusat
- Ketua Dewan Muslimat Negeri Kelantan
- Ahli Mesyuarat Majlis Daerah Tanah Merah
- Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan Kuala Krai
- Ketua Dewan Muslimat Kawasana Tanah Merah
- Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN Muslimat Pusat
- Penceramah, Panel Forum dan Pentazkirah Radio Manis FM
Jawatan di Dalam PartiSunting
- Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
- Ketua Muslimat Negeri Kelantan
- Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
- Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanah Merah
- Timbalan Pengarah IV Jabatan Pilihanraya Negeri Kelantan
- Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat Negeri Kelantan
- Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Negeri Kelantan
KeluargaSunting
Pada 21 November 2011, anaknya Ahmad Saleh Rahimi, 7, meninggal dunia di Hospital Selayang setelah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) sejak 13 November 2011 akibat menghidap penyakit buah pinggang. Jenazah dibawa pulang ke Tanah Merah.[2]
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Individu (PAS) | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) | 19,344 | 54.57% | Mohd Afandi Yusoff (UMNO) | 14,858 | 41.91% | 35,451 | 4,486 | 78.11% | ||
Isma Airfath Hassanuddin (BEBAS) | 330 | 0.93% | |||||||||
2013 | Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) | 23,724 | 56.57% | Ghazali Ismail (UMNO) | 17,448 | 41.61% | 41,934 | 6,362 | 79.27% | ||
2018 | Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) | 24,581 | Abdullah Mat Yasim (UMNO) | 18,431 | 6,150 | ||||||
Wan Shah Jihan Wan Din (AMANAH) | 5,361 |
AnugerahSunting
RujukanSunting
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ Anak bongsu MP Rantau Panjang meninggal dunia
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 24 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ Ketua Audit Negara dahului senarai penerima pingat Kelantan
Pautan luarSunting
- Laman blog Siti Zailah
- Siti Zailah Mohd Yusoff di Facebook - Profil Rasmi di Facebook
- Siti Zailah Mohd Yusoff di Facebook - Laman di Facebook
- Siti Zailah Mohd Yusoff di Instagram