Sitiawan (kawasan persekutuan)

bekas kawasan pilihan raya di Perak

Sitiawan ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Lekir dan Lumut.[1]

Sitiawan
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Rakyat
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Sitiawan ialah Richard Ho Ung Hun dari parti Barisan Nasional (BN).

Sejarah sunting

Kawasan Sitiawan terletak di barat daya negeri Perak.[1] Ia diciptakan dari Dindings. Walaubagaimanapun, kawasan Sitiawan telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Lumut. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Sitiawan. Mereka ialah Yong Woo Ming dari Parti Perikatan, Too Joon Hing dari parti bebas dan Hor Hock Lung dari Parti Progresif Rakyat (PPP). Yong Woo Ming telah menang dan telah menewaskan dua calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 6,442.[3]

Kawasan parlimen Sitiawan merangkumi beberapa mukim di Daerah Dinding (kini Daerah Manjung), pekan Lumut, Damar Laut, Kampong Bharu, Pangkor, Pasir Bogak, Pekan Sungai Pinang Kechil, Kampung Sitiawan, Sitiawan, Kampung Koh serta Pekan Gurney.[4]

Sejarah perwakilan sunting

Ahli Parlimen untuk Sitiawan
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan dari Dindings
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1959-1963 Yong Woo Ming Perikatan (MCA) 6,442 373
Parlimen Malaysia
ke-1 1963-1964 Yong Woo Ming Perikatan (MCA) 6,442 373
ke-2 1964-1969 Kam Woon Wah 11,136 3,837
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6]
ke-3 1971-1972 Richard Ho Ung Hun DAP 11,607 3,643
1972-1973 Perikatan (MCA)[7]
1973-1974 BN (MCA)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Lumut

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya umum Malaysia 1969
Parti Calon Undian % ∆%
DAP Richard Ho Ung Hun 11,607 59.31
Perikatan Kam Woon Wah 7,964 40.69
Jumlah undian sah 19,571 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 921
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 20,492 73.37
Pemilih berdaftar 27,930
Majoriti 3,643
DAP ambil alih dari Perikatan Unjuran ?
Pilihan raya umum Malaysia 1964
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Kam Woon Wah 11,136 60.41
UDP Too Joon Hing 7,299 39.59
Jumlah undian sah 18,435 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 685
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 19,120 80.08
Pemilih berdaftar 23,877
Majoriti 3,837
Perikatan kekal Peralihan
Sumber
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Yong Woo Ming 6,442 41.67
Bebas Too Joon Hing 6,079 39.33
PPP Hor Hock Lung 2,937 19.00
Jumlah undian sah 15,458 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 155
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 15,613 61.15
Pemilih berdaftar 25,531
Majoriti 373
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, m/s 152. ISBN 0-19-924959-8
  3. ^ a b "Senarai chalun2 pilehan raya Dewan Parlemen Tanah Melayu" [Senarai calon-calon pilihan raya Dewan Parlimen Tanah Melayu]. Berita Harian. 16 Julai 1959. m/s. 3. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  4. ^ "The constituencies for general elections" [Kawasan pilihan raya untuk pilihan raya umum]. The Straits Times. 2 September 1958. m/s. 4. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  5. ^ Ahmad Fauzi Mustafa (12 Mac 2012). "Hanya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa panggil Parlimen bersidang". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-04. Dicapai pada 13 September 2020.
  6. ^ Penyata Rasmi Dewan Ra'ayat Parlimen Ketiga Penggal Parlimen Pertama (PDF) (Laporan). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 2016-05-20.
  7. ^ "Two DAP MPs Join MCA" [Dua ahli parlimen DAP sertai MCA]. The Straits Times. 18 Mei 1972. Dicapai pada 2016-05-20.
  8. ^ "The line-up for Parliament: Perak" [Barisan Parlimen: Perak]. The Straits Times. 25 April 1965. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  9. ^ "Malaysia General Election 1964 | Parliament - House of Representatives" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Parlimen - Dewan Rakyat] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  10. ^ "Putusan2 penoh semua negeri" [Keputusan-keputusan penuh semua negeri]. Berita Harian. 21 Ogos 1959. m/s. 6. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  11. ^ "All the Federal Election Results" [Semua Keputusan Pilihan Raya Persekutuan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Free Press. 20 Ogos 1959. m/s. 9. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.

Pautan luar sunting