Sivakumar Varatharaju

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Sivakumar A/L Varatharaju)

Sivakumar A/L Varatharaju (Tamil: வ. சிவகுமார், rumi: Va. Civakumār; lahir 7 Disember 1970) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kini, beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kerusi Batu Gajah sejak 2013, dan bekas ADUN kawasan Tronoh, Negeri Perak, Malaysia. Beliau menjadi orang India pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga di Malaysia selepas menggantikan Junus Wahid (2000-2008). Beliau kini merupakan Menteri Sumber Manusia negara, serta menteri tunggal berbangsa India dalam jemaah menteri terkini negara.


V. Sivakumar

AP
வ. சிவகுமார்
سيۏاکومر أنق للاکي ۏاراتهاراجو
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Gajah, Perak
Memegang jawatan
24 Jun 2013
Didahului oleh Fong Po Kuan
Majoriti56,667 (PRU-15)
43,868 (PRU-14)
38,410 (PRU-13)
Menteri Sumber Manusia Malaysia
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanMustapha Sakmud
Didahului olehSaravanan Murugan
Digantikan olehSteven Sim
Timbalan Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik
Memegang jawatan
12 November 2017
Berkhidmat dengan
Pengerusi Kebangsaan
Setiausaha Agung
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Tronoh
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului olehLee Kon Yin
Digantikan olehPaul Yong Choo Kiong
Majoriti2,571
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Perak
Dalam jawatan
25 April 2008 – 7 Mei 2009
Didahului olehJunus Wahid
Digantikan olehR. Ganesan
Butiran peribadi
Lahir (1970-12-07) 7 Disember 1970 (umur 53)
Parti politikDAP-Pakatan Rakyat
PasanganEaswari Saminathan
IbuS. Karunakari
BapaN. Varatharaju
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan

Kehidupan awal sunting

Sivakumar dilahirkan pada 1971 sebagai anak kepada ayahnya M. Varatharaju dan ibunya S. Karunakari. Sivakumar merupakan lulusan Falsafah Perundangan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Kerjaya politik sunting

Sivakumar menyertai politik pada 1997 sebagai setiausaha politik ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran . Pada 2008 beliau menang bertanding di DUN Tronoh, Perak mengalahkan Lee Kim Choy dengan majoriti 2,571.

Sivakumar juga seorang yang mudah disenangi oleh rakyat kerana personaliti beliau yang peramah dengan masyarakat. Selepas PRU Ke-15, beliau dilantik menjadi Menteri Sumber Manusia dalam Kerajaan Perpaduan.

Speaker DUN Perak sunting

Dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 17 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Jawatan Speaker lebih tinggi statusnya daripada pengerusi majlis. Pada 25 Ogos 2008 beliau diundi secara rahsia menjadi Speaker DUN Perak dengan 31 undi mengalahkan Junus Wahid 28 undi.Hee Yit Foong wakil wanita DAP dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.

Beliau dan lain-lain Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac 2009 kerana ia dijadualkan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak sebagaimana diperuntukkan menurut perlembangaan Negeri Perak.[1] [2]Bagaimanapun, walaupun tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, persidangan itu diteruskan di bawah pokok dan 3 usul telah diluluskan. Persidangan tersebut kemudiannya diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah.

Dalam Persidangan DUN Perak Mei 2009, Dr Zambry Abdul Kadir telah memecat beliau dari jawatan Speaker. R. Ganesan dari MIC dilantik sebagai Speaker yang baru. Sivakumar dibawa keluar dari bangunan itu oleh pihak keselamatan agar perasmian persidangan oleh Raja Nazrin Shah dapat berjalan lancar.

Rujukan sunting