Sivarasa K. Rasiah
Yang Berhormat Sivarasa K. Rasiah (Bahasa Tamil: சிவராசா ராசையா; lahir 8 Disember 1956) ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau merupakan ahli politik Malaysia berbangsa India berketurunan Tamil Sri Lanka dari Parlimen Sungai Buloh (sebelum ini nama Parlimen ini adalah Subang), Selangor dalam Parti Keadilan Rakyat. Beliau merupakan seorang peguam di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau menjadi peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa anak guamnya menghadapi tuduhan meliwat Shaiful Bukhari Azlan.
Yang Berhormat Sivarasa K. Rasiah | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk P107 Sungai Buloh, Selangor | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Ramanan Ramakrishnan |
Majoriti | 6,709 |
Ketua PKR cabang Sungai Buloh | |
Memegang jawatan 2022 | |
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad Timbalan I Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong Timbalan II |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() | 8 Disember 1956
Parti politik | ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Anne James[1] |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
P107 sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Subang |

Pendidikan sunting
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda, Kelas Pertama dalam bidang Genetik dari Universiti Malaya.
Politik sunting
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, S. Murugesan dengan majoriti sebanyak 6,709 undi. Beliau memperolehi 35,024 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 28,315 undi.
Keputusan pilihan raya sunting
Tahun | Perlembagaan | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | P92 Ampang Jaya, Selangor | Sivarasa K. Rasiah (PKR) | 32,902 | 44.72% | Ong Tee Keat (MCA) | 40,669 | 55.28% | 74,869 | 7,767 | 75.98% | ||
2004 | P105 Petaling Jaya Selatan, Selangor | Sivarasa K. Rasiah (PKR) | 13,638 | 27.42% | Donald Lim Siang Chai (MCA) | 35,054 | 70.48% | 49,738 | 21,416 | 67.67% | ||
2008 | P107 Subang, Selangor | Sivarasa K. Rasiah (PKR) | 35,024 | 53.18% | Murugesan Sinnandavar (MIC) | 28,315 | 42.99% | 65,861 | 6,709 | 78.02% | ||
2013 | Sivarasa K. Rasiah (PKR) | 66,268 | 58.65% | Pakas Rao Applanaidoo (MIC) | 39,549 | 35.00% | 112,937 | 26,719 | 87.86% | |||
Mohamad Ismail (BERJASA) | 4,454 | 3.94% | ||||||||||
Nazaruddin Mohd Ferdoos (BEBAS) | 460 | 0.41% | ||||||||||
Edros Abdullah (BEBAS) | 218 | 0.19% | ||||||||||
2018 | P107 Sungai Buloh, Selangor | Sivarasa K. Rasiah (PKR) | 43,631 | 55.97% | Pakas Rao a/l Applanaidoo (MIC) | 16,681 | 21.40% | 77,951 | 26,634 | 85.93% | ||
Nuridah Mohd Salleh (PAS) | 16,997 | 21.80% | ||||||||||
Zainurizzaman bin Moharam (PRM) | 642 | 0.82% |
Rujukan sunting
- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 1 May 2010.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 6 May 2013.[pautan mati kekal]
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016.