Sivarraajh Chandran

Dato' Sivarraajh Chandran (DSC) (lahir 16 September 1976) ialah ahli politik Malaysia dan merupakan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan Kongres India Malaysia (MIC) dan merangkap Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional sejak 2013. MIC merupakan salah satu pengasas parti pemerintah Barisan Nasional yang berkuasa sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pegawai khas kepada YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.

YBhg Dato'

C. Sivarraajh

DIMP (Pah)
சி. சிவராஜ்
Naib Presiden MIC
Dalam jawatan
2018–2021
Berkhidmat dengan
Mohan Thangarasu dan T. Murugiah
Ketua Pemuda MIC
Dalam jawatan
17 November 2013 – 2018
Didahului olehMohan Thangarasu
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Cameron Highlands, Pahang
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 30 November 2018
Didahului oleh Palanivel Govindasamy
Digantikan oleh Ramli Mohd Nor
Majoriti597 (2018)
Butiran peribadi
LahirSivarraajh s/o Chandran
(1976-09-16) 16 September 1976 (umur 47)
Perak Darul Ridzuan Lumut, Perak, Malaysia
Parti politikMIC
PasanganDatin Malathi Annamalai
Anak-anakVassanthraaj
Sivashini
Tivhashinee
IbuChandra Kaniappan
BapaChandran Nagalingam
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Sains Malaysia
PekerjaanAhli politik

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Beliau dilahirkan pada 16 September 1976 di Lumut, Perak dan membesar di Ipoh, Perak dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Sivarrajh memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Hons) [1] daripada Universiti Malaya dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana dalam Sains Politik (Kajian Impak Dasar Model Ekonomi Baru) di Universiti Sains Malaysia. Kepakaran dalam bidang ekonomi membantu beliau menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, beliau dapat memahami impak kehidupan yang serba kekurangan dalam memenuhi keperluan harian. Ayahnya Chandran Nagalingam merupakan seorang bekas pekerja Am di Telekom Malaysia manakala ibunya Chandra Kaniappan seorang suri rumah dan mempunyai dua orang adik-beradik yang bernama Sri Ganesh dan Khayathry. Sivarraajh berkahwin dengan Malathi Annamalai dan mempunyai tiga orang cahaya mata, mereka adalah Vassanthraaj, Sivashini dan Tivhashinee.

Politik sunting

Penglibatan politik beliau bermula pada tahun 2004 sebagai ahli Malaysian Indian Congress (MIC). Kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung pemuda MIC pada tahun 2008 hingga 2013. [2] Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Sivarraajh telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Perak, tetapi tewas kepada calon DAP Sivasubramaniam A/L Athinarayanan. [3] [4]

Seterusnya, dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dan merangkap Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional dari tahun 2013 sehingga sekarang.[5] Sivarraajh juga merupakan salah seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Perdana Menteri Malaysia selama 3 tahun. [6]

Selain daripada itu, awal 2017 Sivarraajh diberi mandat untuk menjadi Penyelaras Parlimen Cameron Highlands untuk memahami dan memeta keperluan masyarakat untuk membolehkan peruntukan sumber yang strategik dan kini berfungsi dari Pejabat (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen) Tanah Rata, Cameron Highlands. [7] [8]

MIC Youth Disaster Aid Centre (MYDAC) sunting

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Sivarraajh telah menubuhkan MIC Youth Disaster Aid Centre (MYDAC) pada tahun 2014 untuk membolehkan penyediaan & tindakan diambil dengan lebih teratur dan terancang untuk membantu mangsa bencana alam pada bila-bila masa. [9]

Malaysian Indian Youth Consultative Council (MIYCC) sunting

Beliau juga telah mengasaskan dan menyadang jawatan penasihat kepada Malaysian Indian Youth Consultative Council/Majlis Perundingan Belia India Malaysia (MIYCC) sejak 2014 hingga kini. MIYCC membabitkan individu dari pelbagai latar belakang yang menjadi ikon kepada masyarakat India dengan penglibatan, kepakaran, pengalaman dan kejayaan dalam bidang yang diceburi yang menjadi badan rujukan, rundingan, penasihatan, cadangan, bimbingan dan kerjasama Pemuda MIC Kebangsaan ke arah memperkasakan masa depan belia India di Malaysia. [10] Majlis ini dianggotai oleh ikon-ikon masyarakat India seperti Datuk Dr. Jeyaindran (Timbalan Ketua Pengarah, Kesihatan), Dato' Param (Bekas DCP, PDRM), Datuk Bhupat Rai (Ahli Lembaga Pengarah, Bank Antarabangsa India), En. Ravindran Devagunam (Pengarah, PEMANDU), Profesor Sivamurugan Pandian (USM), Dato’ CM Vignaesvaran (Ketua Eksekutif, PSMB), dan lima orang lagi. Beliau berjaya melancarkan Pelan Tindakan Belia India Malaysia dibawah MIYCC pada bulan Oktober 2016 selaras dengan inisiatif Perdana Menteri untuk merangka Pelan Tindakan Masyarakat India (Malaysian Indian Blueprint). [11]

Keputusan pilihan raya sunting

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 9 Mei 2018 lalu. Namun, kemenangan beliau telah dibatalkan pada 30 November 2018 oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi.[12]

Penghargaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sivarraajh goes for Youth top post The Star Online, Kuala Lumpur, 6 November 2013
  2. ^ Jawatan Setiausaha MIC Dikembalikan Semula Kepada C.Sivarraajh, MStar, Kuala Lumpur,31 Januari 2012
  3. ^ MIC Youth demands for more seats in GE14, The Malaysian Times, Kuala Lumpur 15 October 2016
  4. ^ Showdown looming in MIC Youth, The Star Online, Kuala Lumpur, 7 November 2013
  5. ^ Mohana, Sivarraajh Ketua Wanita, Pemuda MIC, Utusan Online, Kuala Lumpur, 16 November 2013
  6. ^ SIVARRAAJH UMUM MANIFESTO PEMBANGUNAN PEMUDA INDIA, New Malaysian Post, 14 November 2013
  7. ^ Umno terima Sivarraajh di Cameron Highlands, Sinaran Harian, 6 Oktober 2017
  8. ^ Tenaga buruh Cameron Highlands berkurangan - Sivarraajh, Utusan Online, 23 Januari 2018
  9. ^ MIC Youth launches MyDAC to help out flood victims, The Sun Daily, Kuala Lumpur, 30 December 2014
  10. ^ MIC Youth to send special report on Indians to PM’s Office, The Rakyat Post, Kuala Lumpur, 16 Jan 2014
  11. ^ MIYCC Rangka Pelan Tindakan Pembangunan Belia India Malaysia 2016-2018, Bernama,Kuala Lumpur, 10 Februari 2016
  12. ^ Mahkamah batal kemenangan BN di Cameron Highlands