Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa

Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Nuclear and Radiological Event Scale, INES) diperkenalkan pada tahun 1990[1] oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency, IAEA) untuk membolehkan penyaluran segera maklumat penting untuk keselamatan umum sekiranya berlaku kemalangan nuklear.

Skala ini adalah berasaskan logaritma, serupa dengan skala magnitud momen yang digunakan untuk menerangkan magnitud gempa bumi secara perbandingan. Setiap kenaikan tahap menandakan kemalangan yang kira-kira sepuluh kali lebih teruk daripada tahap sebelumnya. Berbeza dengan gempa bumi yang keamatan kejadiannya boleh dinilai secara kuantitatif (dibilang), tahap keburukan bencana buatan manusia seperti kemalangan nuklear lebih subjektif. Disebabkan kesukaran mentafsir, tahap kejadian INES ditetapkan sebaik sahaja kejadian berlaku. Oleh itu, skala ini tidak banyak membantu usaha bantuan kecemasan.

Oleh sebab tahap INES tidak ditentukan oleh badan pusat, kejadian nuklear yang menonjol adakalanya ditetapkan tahap INES oleh pengendali stesen janakuasa nuklear, lembaga nuklear negara, institut sains, badan antarabangsa mahupun pakar-pakar lain sehingga boleh mengelirukan orang ramai tentang kegentingan sebenarnya.

Kriteria dan penunjuk ditentukan untuk memastikan laporan tahap nuklear secara koheren oleh pelbagai lembaga rasmi. Terdapat tujuh tahap bukan sifar pada skala INES: tiga tahap "kejadian" dan empat tahap "kemalangan" dan terdapat juga tahap sifar.

7 – Kemalangan besar
6 – Kemalangan serius
5 – Kemalangan berakibat meluas
4 – Kemalangan berakibat setempat
3 – Kejadian serius
2 – Kejadian
1 – Anomali
0 – Penyelewengan (tidak membimbangkan keselamatan)


Butiran sunting

 

Tahap pada skala ditentukan oleh yang tertinggi daripada tiga faktor: kesan di luar tempat kejadian, kesan di dalam tempat kejadian, dan kemerosotan pertahanan mendalam.

Tahap 7: Kemalangan besar sunting

Akibat kepada manusia dan alam sekitar
Pelepasan bahan radioaktif secara besar-besaran yang mendatangkan kesan yang meluas kepada kesihatan dan persekitaran sehingga memerlukan pelaksanaan langkah balas yang terancang dan berlanjutan
Setakat ini berlakunya dua kejadian sebegini:
  • Bencana Chernobyl, 26 April 1986. Pusuan kuasa yang terjadi ketika prosedur ujian menyebabkan kemalangan kegentingan yang mengakibatkan letupan wap yang dahsyat serta kebakaran yang melepaskan sejumlah banyak bahan teras ke dalam persekitaran, menyebabkan 56 orang kehilangan nyawa serta seramai 4,000 kematian tambahan akibat barah yang dihidapi oleh penduduk sekitar yang terdedah kepada radiasi yang berlebihan. Kesannya, ramai penduduk meninggalkan bandaraya Chernobyl (14,000 orang), sementara bandaraya Pripyat yang lebih besar (49,400 orang) dikosongkan sepenuhnya, dan sebuah zon larangan masuk sejauh 30 km telah ditetapkan.
  • Kemalangan nuklear Fukushima I yang terjadi sejak 11 Mac 2011. Diberi tahap 7 oleh agensi keselamatan nuklear kerajaan Jepun pada 11 April 2011.[2][3] Kerosakan besar pada sistem kuasa sandaran dan pengurungan akibat gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011 menyebabkan sebilangan reaktor Fukushima I meruap dan kebocoran. Setiap kemalangan reaktor diberi taha-tahap berlainan; tiga daripada enam reaktor itu mendapat tahap 5, satu lagi di tahap 3, dan seluruh kejadian mendapat tahap 7.[4] Zon larangan masuk 20 km ditetapkan di sekitar loji di samping zon pengosongan rela 30 km[5] .

Tahap 6: Kemalangan serius sunting

Akibat kepada manusia dan alam sekitar
Pelepasan bahan radioaktif berlebihan yang mungkin memerlukan pelaksanaan langkah balas yang terancang.
Setakat ini hanya berlakunya satu kejadian:
  • Bencana Kyshtym di Mayak, Kesatuan Soviet, 29 September 1957. Sistem penyejukan yang rosak di kemudahan pemprosesan semula sisa nuklear tentera menyebabkan letupan wab yang melepaskan bahan radioaktif sebanyak 70–80 tan ke dalam persekitaran. Kesannya pada penduduk setempat tidak diketahui sepenuhnya. Inilah sahaja kemalangan yang melebihi tahap 5 pada skala selain Chernobyl dan Fukushima.[6]

Tahap 5: Kemalangan berakibat meluas sunting

Akibat kepada manusia dan alam sekitar
Pelepasan bahan radioaktif terhad yang mungkin memerlukan pelaksanaan sedikit langkah balas terancang.
Beberapa kes kematian akibat radiasi.
Akibat kepada rintangan dan kawalan radiologi
Teras reaktor mengalami kerosakan teruk.
Pelepasan sejumlah besar bahan radioaktif dalam lingkungan pepasangan dengan kemungkinan besar keterdedahan orang awam secara meluas. Ini mungkin timbul daripada kemalangan kegentingan besar atau kebakaran.
Contoh:
  • Kebakaran Windscale (United Kingdom), 10 Oktober 1957.[7] Penyepuhlindapan penyederhana grafit di reaktor dingin udara menyebabkan grafit dan bahan api uranium logam terkena kebakaran, melepaskan bahan cerucuk radioaktif dalam bentuk habuk ke dalam persekitaran.
  • Kemalangan Three Mile Island dekat Harrisburg, Pennsylvania (Amerika Syarikat), 28 Mac 1979.[8] Gabungan kesilapan reka bentuk dan pengendali menyebabkan bahan pendingin beransur pudar, mengakibatkan peleburan separa. Gas-gas radioaktif dilepaskan ke dalam atmosfera.
  • Kemalangan Goiânia (Brazil), 13 September 1987. Sumber radiasi sesium klorida yang tidak terkedap dan tertinggal dalam hospital yang usang dijumpai oleh pencuri bangkai yang tidak sedar akan sifatnya lalu menjualnya kepada kawasan simpanan sekerap. 249 orang dicemari, 4 maut.

Tahap 4: Kemalangan berakibat setempat sunting

Akibat kepada manusia dan alam sekitar
Pelepasan sedikit bahan radioaktif yang tidak mungkin mencetuskan pelaksanaan langkah balas terancang selain pengawasan makanan setempat.
Sekurang-kurangnya seorang mati akibat radiasi.
Akibat kepada rintangan dan kawalan radiologi
Peleburan atau kerosakan bahan api­menyebabkan pelepasan lebih 0.1% inventori teras.
Pelepasan sejumlah besar bahan radioaktif dalam lingkungan pepasangan dengan kemungkinan besar keterdedahan orang awam secara meluas.
Contoh:

Tahap 3: Kejadian serius sunting

Akibat kepada manusia dan alam sekitar
Keterdedahan lebih sepuluh kali had tahunan untuk pekerja mengikut undang-undang.
Kesan kesihatan berketentuan tidak berbahaya (cth. lecur) akibat radiasi.
Akibat kepada rintangan dan kawalan radiologi
Kadar keterdedahan melebihi 1 Sv/h di kawasan operasi.
Pencemaran serius di kawasan yang tidak diduga oleh reka bentuk, dengan kemungkinan rendah keterdedahan orang awam meluas.
Akibat kepada pertahanan mendalam
Nyaris kemalangan di loji kuasa nuklear tanpa peruntukan keselamatan yang lain.
Kehilangan atau kecurian sumber radioaktif tinggi yang terkedap.
Sumber radioaktif tinggi yang terkedap tersalah hantar tanpa diuruskan mengikut prosedur yang mencukupi.
Contoh:

Tahap 2: Kejadian sunting

Akibat kepada manusia dan alam sekitar
Keterdedahan seorang awam melebihi 10 mSv.
Keterdedahan pekerja melebihi had tahunan mengikut undang-undang.
Akibat kepada rintangan dan kawalan radiologi
Tahap radiasi di kawasan operasi melebihi 50 mSv/h.
Pencemaran besar dalam kemudahan ke dalam kawasan yang tidak diduga oleh reka bentuk.
Akibat kepada pertahanan mendalam
Kegagalan besar dalam peruntukan keselamatan tetapi tidak mendatangkan akibat besar.
Sumber, peranti, atau pakej pengangkutan radioaktif tinggi terkedap yatim dijumpai, peruntukan keselamatan tidak terjejas.
Pempakejan sumber pengangkutan radioaktif tinggi terkedap tidak memadai.
Contoh:

Tahap 1: Anomali sunting

Akibat kepada manusia dan alam sekitar
Keterlebihdedahan orang awam melebihi had tahunan mengikut undang-undang.
Masalah kecil dengan komponen keselamatan tetapi masih ada pertahanan mendalam yang mencukupi.
Kehilangan atau kecurian sumber, peranti atau pakej pengangkutan radioaktif aktiviti rendah.

(Susunan untuk melaporkan kejadian kecil kepada awam berbeza mengiktu negara. Adalah sukar untuk memastikan kekonsistenan yang persis dalam menentukan tahap kejadian antara Tahap 1 dan Tahap 0 [Bawah Skala] INES)

Contoh:
  • Gravelines (Nord, Perancis), 8 Ogos 2009; ketika pertukaran berkas bahan api tahunan di reaktor #1, seberkas koyak akibat tersangkut pada struktur dalaman. Operasi digantung, bangunan reaktor dikosongkan lalu dipencilkan selaras dengan prosedur operasi.[10]
  • Tricastin (Drôme, Perancis), Julai 2008; kebocoran air sebanyak 6,000 liter (1,300 imp gal; 1,600 US gal) yang berisi uranium seberat 75 kilogram (165 lb) ke dalam persekitaran.

Tahap 0: Penyelewengan sunting

Tiada kebimbangan keselamatan yang besar.

Contoh:

Luar skala sunting

Juga terdapat kejadian yang tidak menyentuh keselamatan, iaitu "luar skala".[14]

Contoh:
  • Loji Bahan Api Uranium Oksida Semula Jadi di Kompleks Bahan Api Nuklear, Hyderabad, India, 17 November 2002: Letupan kimia di kemudahan pasang siap bahan api.[15]
  • San Onofre, AS, 5 Mac 1999: Penemuan benda yang mencurigakan, mula-mula dikhuatiri sebagai bom dalam loji kuasa nuklear.[16]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Event scale revised for further clarity". World-nuclear-news.org. 6 Oktober 2008. Dicapai pada 13 September 2010.
  2. ^ "Japan to raise Fukushima crisis level to worst". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2011. Dicapai pada 12 April 2011.
  3. ^ "Japan raises nuclear crisis to same level as Chernobyl". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2012. Dicapai pada 15 April 2011.
  4. ^ ""Japan: Nuclear crisis raised to Chernobyl level"". Dicapai pada 12 April 2011.
  5. ^ "Japan's government downgrades its outlook for growth". Dicapai pada 13 April 2011.
  6. ^ http://www.iaea.org/Publications/Factsheets/English/ines.pdf
  7. ^ Richard Black (18 Mac 2011). "Fukushima - disaster or distraction?". BBC. Dicapai pada 7 April 2011.
  8. ^ Spiegelberg-Planer, Rejane. "A Matter of Degree". IAEA Bulletin. IAEA. Dicapai pada 16 Mac 2011.
  9. ^ G A M Webb; dll. (2006). "Classification of events with an off-site radiological impact at the Sellafield site between 1950 and 2000, using the International Nuclear Event Scale". Journal of Radiological Protection. 26 (1): 33. doi:10.1088/0952-4746/26/1/002. PMID 16522943. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)
  10. ^ (AFP) – 10 août 2009. "AFP: Incident "significatif" à la centrale nucléaire de Gravelines, dans le Nord". Google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2009. Dicapai pada 13 September 2010.
  11. ^ News | Slovenian Nuclear Safety Administration
  12. ^ http://200.0.198.11/comunicados/18_12_2006.pdf (Sepanyol)
  13. ^ http://www.jaea.go.jp/02/press2005/p06021301/index.html (Jepun)
  14. ^ IAEA: "This event is rated as out of scale in accordance with Part I-1.3 of the 1998 Draft INES Users Manual, as it did not involve any possible radiological hazard and did not affect the safety layers."
  15. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 Julai 2011. Dicapai pada 21 Julai 2011.
  16. ^ http://www.climatesceptics.org/event/641

Pautan luar sunting