Skala-skala major

Skala major ataupun skala Ionia ialah satu daripada skala dwiton. Ia terdiri daripada tujuh not jelas, ditambah not kelapan yang menduakan not pertama tetapi di satu tangga oktaf yang lebih tinggi. Dalam solfeggio not-not ini serupa dengan suku kata "Do, Re, Mi, Fa, Sol, La, Ti/Si, (Do)"— "Do" dalam kurungan merupakan oktaf pic tonik permulaan. Skala majaor yang paling mudah ditulis ialah dalam notasi muzik moden ialah C major kerana C major merupakan satu-satunya skala major yang tidak memerlukan syap ataupun flet, dan hanya memerlukan kekunci putih piano:

Skala C major.


Contoh penggunaan skala C major dalam muzik popular dan muzik rock termasuk Will You Still Love Me Tomorrow[1] oleh Carole King dan Gerry Goffin dan yang pernah didendangkan Dave Mason daripada pancaragam Traffic.

StrukturSunting

 
Pola tangga setengah dan penuh yang merupakan ciri skala major. Dalam semiton: 2 2 1 2 2 2 1.

Skala major mempunyai dua tetrakord serupa yang dibahagikan oleh satu ton penuh, atau satu tangga penuh: "Penuh:Penuh:Setengah:Penuh:Penuh:Penuh:Setengah" (dalam semiton 2 2 1 2 2 2 1). Setiap tetrakord terdiri daripada dua tangga penuh diikuti semiton. Skala Barat tidak melangkau baris staf, dan tidak mengulangi not yang mempunyai accidental (nilai not yang tidak terdapat dalam skala). Ini mengehadkan penampilan tanda nada kepada hanya "syap" atau "flet".

Darjah skala yang diberi namaSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Stephenson, Ken (2002). What to Listen for in Rock: A Stylistic Analysis, p.39. ISBN 978-0-300-09239-4.

Bacaan lanjutSunting

  • Bower, Michael. 2007. "All about Key Signatures". Modesto, CA: Capistrano School (K–12) website. (Accessed 17 March 2010)
  • Jones, George Thaddeus. 1974. Music Theory: The Fundamental Concepts of Tonal Music Including Notation, Terminology, and Harmony. Barnes & Noble Outline Series 137. New York, Hagerstown, San Francisco, London: Barnes & Noble. ISBN 978006401374 Templat:Please check ISBN.
  • Kennedy, Michael. 1994. "Key-Signature". Oxford Dictionary of Music, second edition, associate editor, Joyce Bourne. Oxford and New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-869162-9.
  • Yamaguchi, Masaya. 2006. The Complete Thesaurus of Musical Scales, revised edition. New York: Masaya Music Services. ISBN 0-9676353-0-6.

Pautan luarSunting