Tulang belikat

(Dilencongkan dari Skapula)

Dalam bidang anatomi, tulang belikat atau skapula merupakan tulang yang menyambungkan humerus (tulang pangkal lengan) dengan tulang selangka. Istilah "skapula" dipercayai datang daripada Yunani Purba σκάπτειν (skaptein), bermaksud "menggali". Pada awal zaman Rom, masyarakat menyangka bahawa tulang ini menyerupai alat kulir. Tulang belikat juga bergelar omo dalam peristilahan perubatan Latin.

Tulang belikat
Gambar yang atas ialah pandangan depan terhadap toraks dan girdel bahu. Gambar yang bawah ialah pandangan belakang toraks (tulang belikat bertanda merah.)
Latin Scapula
Gray subjek #50 202
MeSH Scapula
TA A02.4.01.001
FMA FMA:13394

Tulang belikat membentuk bahagian girdel bahu yang terletak di posterior (belakang). Pada manusia, tulang belikat ialah tulang leper yang berbentuk lebih kurang segi tiga dan terletak pada bidang posterolateral (sisian belakang) sangkar toraks.

Rujukan Sunting

Pautan luar Sunting