Ski Dubai adalah sebuah tempat peranginan ski dengan kawasan ski dalaman seluas 22,500 meter persegi. Ia sebahagian dari Mall of the Emirates, salah satu pusat beli-belah terbesar di dunia, terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ski Dubai adalah sebahagian dari Majid Al Futtaim Group, satu pemaju untuk kompleks beli-belah di rantau ini yang berpangkalan Dubai.

Cerun ski di Ski Dubai
Ski Dubai dilihat dari Jalan Sheikh Zayed

Dibuka pada November 2005, tempat peranginan ini mencirikan sebuah gunung dalaman 85-meter tinggi dengan 5 cerun pelbagai tinggi dan kesusahan, termasuk sebuah laluan 400 meter panjang, laluan hitam dalaman pertama di dunia, dan sebuah paip suku 90 meter panjang untuk pemain papan luncur salji. Suatu lif kuad dan lif tunda mengangkat pemain ski dan pemain papan luncur salji naik ke gunung. Bersempadan dengan cerun adalah sebuah kawasan permainan 3,000 meter persegi terdiri dari laluan kereta luncur salji dan tobogan, sebuah papan gelongsor badan ais, sebuah galeri menembak bola salji, sebuah gua ais dan sebuah teater 3D. Tarikan pelancong lain termasuk sebuah pagar sesat cermin dan sebuah kawasan membuat orang salji. Pakaian musim sejuk, ski dan alat papan luncur salji dimasukkan dalam harga kebenaran masuk.[1]

Sebuah sistem tebatan yang sangat cekap membantu kemudahan ini untuk mengekalkan cuaca −1 °C pada siang hari dan −6 °C pada waktu malam apabila salji dihasilkan. Walau bagaimanapun, kemudahan ini menggunakan 3000 gelen minyak tiap hari, menghasilkan jumlah besar gas rumah tanaman.

Pada 2007 Ski Dubai telah dianugerahkan Thea Outstanding Achievement Award oleh Themed Entertainment Association.[1]

Ski Dubai adalah lokasinya satu lencongan dalam peringkat ke-10 pada rancangan permainan realiti The Amazing Race Asia musim pertama. Ia juga muncul sebagai lencongan dalam peringkat ke-5 musim ke-15 versi Amerika yang terdahulunya. Ski Dubai dibuka setiap hari dari 10:00 hingga 12:00 kecuali Sabtu dan Ahad dari 9:00 hingga 12:00.[2]

Foto sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "13th Annual Thea Awards - Award for Outstanding Achievement - Ski Dubai" (PDF). Themed Entertainment Association. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2008-07-24. Dicapai pada 2009-09-26.
  2. ^ "Ski Dubai". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2022.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Ski Dubai di Wikimedia Commons

Koordinat: 25°07′02″N 55°11′54″E / 25.11722°N 55.19833°E / 25.11722; 55.19833