Skim Khidmat Negara Australia

Skim Khidmat Negara ini dilaksanakan oleh Australia pada bulan November 1964 sehingga Disember 1972.

Latar Belakang sunting

Skim ini berasaskan kepada pemilihan tarikh lahir untuk mereka yang berumur 20 tahun yang berdaftar dengan Jabatan Buruh Dan Khidmat Negara. Mereka yang dipilih perlu berkhidmat selama 2 tahun sebagai anggota tembahan pasukan regular pasukan Tentera Darat dan selepas itu selama 3 tahun lagi dalam pasukan simpanan tentera. Skim ini dirancang untuk mewujudkan pasukan Tentera Darat seramai 40,000 anggota sepenuh masa. [1]

Skim ini diperkenalkan untuk menangani kebimbangan kerajaan Australia mengenai keupayaan Australia berhadapan persoalan keselamatan serantau. Kerajaan Australia tidak yakin Tentera Australia berkebolehan menangani serentak sebarang komitmen tentera di Vietnam, Konfrontasi di antara Malaysia dan Indonesia dan sebarang konflik di perbatasan Papua New GuineaIndonesia (Papua New Guinea diancam dengan pengambil alih kuasa oleh Indonesia). Sebahagian daripada anggota yang dikerah tenaga dihantar berkhidmat di Malaysia, Singapura dan Vietnam. Selainnya berkhidmat di Australia sendiri untuk menguatkan pasukan Tentera Darat di tahap 40,000 anggota. [2] Anggota kerahan pertama terkorban dalam Perang Vietnam adalah Errol Noack, daripada Australia Selatan. [3]

Dari tahun 1965 hingga bulan Disember 1972, apabila ia dimansuhkan, lebih 800,000 orang mendaftar di bawah peruntukan Skim Khidmat Negara ini. Daripada jumlah ini, 63,000 orang telah dipanggil berkhidmat sebagai anggota Tentera Darat. 19,000 telah dihantar untuk berkhidmat di Vietnam. [4]

Penentangan Khidmat Negara sunting

Pada akhir tahun 1960-an, penentangan rakyat Australia terhadap perang di Vietnam memuncak. Pada tahun 1970, 100,000 pembantah secara aman menduduki jalan-jalan di Melbourne.

Kerajaan Australia juga risau dengan bilangan mereka yang enggan berkhidmat atas sebab bantahan nurani (conscientious objection) dan juga bantahan secara terbuka kepada Akta Khidmat Negara. 17 orang dihadapkan ke mahkamah kerana enggan berkhidmat, melibatkan bantahan atas dasar fahaman agama, bantahan moral dan bantahan ke atas ciri autoritarian dan paksaan Akta tersebut yang didakwa bercanggah dengan proses demokrasi dan idealisme demokrasi.[5]

Skim Khidmat negara ini dimansuhkan oleh Kerajaan Buruh pimpinan Gough Whitlam yang naik berkuasa dalam bulan Disember 1972.

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting