Skirmisher atau askar peninjau adalah infantri ringan atau askar kavalri yang ditempatkan sebagai pengawal hadapan, pengawal rusuk, atau pengawal belakang, memeriksa posisi taktikal atau bahagian tentera yang lebih besar daripada serangan musuh. Mereka biasanya digerakkan dalam barisan skirmish — sebuah formasi terbuka yang tidak teratur dan tersebar mendalam serta meluas seperti tradisi formasi barisan. Tujuan mereka ialah mengganggu pihak musuh — memerangi mereka didalam pertempuran kecil atau sekali sekala agar dapat melambatkan pergerakan, mengendalakan serangan, atau melemahkan moral mereka. Formasi terbuka Skirmisher' dan jumlah lebih kecil boleh memberikan mereka mobiliti lebih unggul ke atas askar tetap, yang membolehkan mereka berjuang diatas terma yang lebih baik, mengambil kesempatan daripada kedudukan atau rupa bumi yang lebih baik dan dengan cepat dapat berundur dari mana-mana ancaman tentera musuh yang lebih besar.

Seorang askar Pandur Austria, 1760, berlindung di belakang pokok semasa meninjau.

Skirmisher boleh menjadi unit tentera darat tetap yang dipisahkan sementara untuk melakukan serangan kecil, atau unit khusus bersenjata dan terlatih untuk taktik peperangan tidak teratur peringkat rendah itu. Infantri ringan, kavalri ringan, dan unit-unit tidak teratur sering pakar dalam serangan kecil.

Walaupun sering kritis melindungi bahagian utama tentera dari serangan mengejut musuh, skirmisher tidak bagus dalam merampas dan mempertahankan kawasan daripada infantri berat atau kavalri berat. Pada zaman moden, disebabkan kelapukan pasukan berat itu, semua infantri tidak dapat dibezakan daripada skirmisher, dan istilah tersebut telah hilang maksud ketenteraannya.

Satu pertempuran dengan hanya pertarungan ringan, tidak muktamad sering dipanggil skirmish (pertempuran kecil).

Nota kakiSunting

SumberSunting

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting