Slavoj Žižek (disebut [ˈslaʋɔj ˈʒiʒɛk, terdekat sla.voi zhi.zhék]., lahir 21 Mac 1949) ialah seorang filsuf dari Slovenia. Beliau merupakan seorang profesor di Institut Sosiologi dan Falsafah Universiti Ljubljana serta pengarah antarabangsa Institut Kemanusiaan Birkbeck (Birkbeck Institute for the Humanities) University of London.[3] Beliau banyak menyentuh banyak bidang termasuk falsafah Eropah, teori politik, kajian budaya, psikoanalisis, kritikan filem, Marxisme, Hegelianisme serta teologi.

Slavoj Žižek
Žižek in Liverpool, England, 2008
Kelahiran (1949-03-21) 21 Mac 1949 (umur 75)
EraFasafah abad ke-20/21
FalsafahWestern philosophy
Sekolah
Institusi
Kepentingan utama

Gaya pemahaman dan pembicaraan kata serta karya penulisan unik beliau dalam pelbagai buku dan majalah menjadi beliau sangat dikenali, baik dalam pujian mahupun kritikan sehingga banyak kontroversi. Malah, beliau diikuti dekat segelintir masyarakat sehingga mendapatkan pengaruhnya sendiri di luar bidangnya.[4][5][6][7][8] Majalah Foreign Policy meletakkan Žižek dalam senarai 100 pemikir terhebat mereka pada tahun 2012 sehingga menjolok beliau seorang "selebriti",[9] malah ada yang menggelarnya "filsuf paling berbahaya dunia Barat".[10]

Awal hidup

sunting

Slavoj lahir di Ljubljana, SR Slovenia, Yugoslavia dalam suatu keluarga warga kelas pertengahan.[11] Bapanya, Jože Žižek merupakan seirang ahli ekonomi dan pegawai pemerintah kelahiran Prekmurje mankala ibunya Vesna merupakan seorang kelahiran Gorizia yang bekerja sebagai akauntan di suatu firma pemerintah.

Pada 1967, Žižek memasuki Universiti Ljubljana untuk mendalami ilmu falsafah dan sosiologi.[12]

Sepanjang dasawarsa tahun 1980-an, Žižek menyunting dan menterjemah karya-karya Jacques Lacan, Sigmund Freud dan Louis Althusser;[13] karya Lacan terutamanya mempengaruhi beliau dalam memahami dan mentakrif falsafah Hegel dan Marx.

Keterlibatan dalam politik

sunting

Pada lewat tahun 1980an, Žižek mula dikenali ramai melalui penulisannya dalam majalah Mladina, di mana kolumnya mengkritik kuat dasar-dasar yang diamalkan Josip Tito dalam memerintah Yugoslavia, terutamanya dalam aspek keterangkuman kegiatan tentera dalam lingkungan masyarakat penduduk negara tersebut.

Beliau menganggotai Parti Komunis Slovenia sehingga bulan Oktober 1988 berikutan perbicaraan JBTZ di mana beliau meletakkan jawatan bersama-sama 32 intelektual dalam negara tersebut.[14] Beliau turut terlibat dalam pergerakan sosial yang memperjuangkan pendemokrasian negara tersebut antara tahun 1988 dan 1990.[15] Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya presiden Slovenia tahun 1990 mewakili Parti Demokrasi Liberal Slovenia.

Pemikiran

sunting

Žižek sering menggunakan contoh dari budaya popular untuk menjelaskan teori Jacques Lacan dan menggunakan psikoanalisis Lacan, falsafah Hegel serta kritisisme ekonomi Marxis untuk menginterpretasi dan berbicara secara ekstensif perihal fenomena sosial mutakhir, termasuk krisis kewangan global yang menggegarkan dekad 2000-an pada ketika itu.

Beliau dalam wawancara tahun 2008 dengan Amy Goodman dalam siaran radio Democracy Now! menjabarkan dirinya sebagai "komunis dalam pengertian yang kompeten" dan dalam penampilan lainnya pada Oktober 2009, beliau menjabarkan dirinya sebagai "kiri radikal".[16][17]

Karya terpilih

sunting
  • 2002 Welcome to the Desert of the Real, London: Verso.
  • 2003 Organs Without Bodies, London: Routledge.
  • 2007 - Terrorism and Communism, London: Verso (penulisan terpilih Leon Trotsky dengan prakata oleh Žižek)
  • 2012 - The Year of Dreaming Dangerously, London: Verso [18]

Rencana / artikel

sunting

Filemografi

sunting
  • 1996 - Liebe Dein Symptom wie Dich selbst!
  • 2004 - The Reality of the Virtual (sebagai penulis skrip)
  • 2005 - Zizek! (dokumentari mengenai beliau, sebagai tokoh diwawancara)
  • 2006 - The Pervert's Guide to Cinema (sebagai penulis lakon layar dan pengacara)
  • 2012 - The Pervert's Guide to Ideology (sebagai penulis lakon layar dan pengacara)
  • 2018 - Turn On (The Mute Series) (idea asal)[19]

Rujukan

sunting
  1. ^ Bostjan Nedoh (ed.), Lacan and Deleuze: A Disjunctive Synthesis, Edinburgh University Press, 2016, p. 193: "Žižek is convinced that post-Hegelian psychoanalytic drive theory is both compatible with and even integral to a Hegelianism reinvented for the twenty-first century."
  2. ^ Kotsko, Adam (2008). "Politics and Perversion: Situating Žižek's Paul" (PDF). Journal for Cultural and Religious Theory. 9 (2): 48. ISSN 1530-5228. Dicapai pada 19 Disember 2018.
  3. ^ "Slavoj Zizek - International Director — The Birkbeck Institute for the Humanities, Birkbeck, University of London".
  4. ^ Germany, SPIEGEL ONLINE, Hamburg. "SPIEGEL Interview with Slavoj Zizek: 'The Greatest Threat to Europe Is Its Inertia'".
  5. ^ "Slavoj Zizek: the world's hippest philosopher".
  6. ^ Engelhart, Katie. "Slavoj Zizek: I am not the world's hippest philosopher!".
  7. ^ O'Hagan, Sean (13 Januari 2013). "Slavoj Žižek: a philosopher to sing about". The Guardian. Dicapai pada 13 Januari 2013.
  8. ^ "Žižek – The most dangerous thinker in the west?". 23 September 2010.
  9. ^ "The FP Top 100 Global Thinkers". Foreign Policy. 26 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2012. Dicapai pada 28 November 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Slavoj Zizek - VICE - United Kingdom".
  11. ^ "Kdo je kdaj: Slavoj Žižek. Tisti poslednji marksist, ki je iz filozofije naredil pop in iz popa filozofijo" [Who's When: Slavoj Žižek. The Last of the Marxists who made Pop from Philosophy and Philosophy from Pop] (dalam bahasa Slovenia). Mladina. 24 Oktober 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-10. Dicapai pada 13 Ogos 2010.
  12. ^ Tony Meyers Slavoj Zizek - His Life lacan.com, dari: Slavoj Zizek, London: Routledge, 2003.
  13. ^ "Prevajalci – Društvo slovenskih književnih prevajalcev". Dskp-drustvo.si. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2012. Dicapai pada 7 Januari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "Skupinski protestni izstop iz ZKS". Slovenska Pomlad. 28 Oktober 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "Odbor za varstvo človekovih pravic". Slovenska Pomlad. 3 Jun 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  16. ^ Transkrip program televisi daring Democracy Now!, 11 Maret 2008.
  17. ^ "Slovenian Philosopher Slavoj Žižek on Capitalism, Healthcare, Latin American "Populism" and the "Farcical" Financial Crisis". Democracynow.org. Dicapai pada 2010-08-13.
  18. ^ Žižek, Slavoj (9 Oktober 2012). The Year of Dreaming Dangerously. London: Verso Books. ISBN 9781781680421. Dicapai pada 18 Jun 2014.
  19. ^ "TURN ON — from The MUTE Series". www.muteseries.com. Dicapai pada 30 Ogos 2018.

Pautan luar

sunting