Snake in the Eagle's Shadow

Snake in the Eagle's Shadow ialah sebuah filem aksi komedi seni bela diri Hong Kong 1978 arahan Yuen Woo-ping. Filem ini dibintangi oleh Jackie Chan, Hwang Jang-lee dan Yuen Siu-tien.

Snake in the Eagle's Shadow
Poster original filem Hong Kong
PengarahYuen Woo-ping
PenulisNg See-yuen
Choi Gai-gwong
Tsai Chi-kuang
Dihasilkan olehNg See-yuen
Chen Chuan
DibintangiJackie Chan
Hwang Jang-lee
Yuen Siu-tien
SinematografiChang Hui
Disunting olehPoon Hung Yiu
Muzik olehChou Fu-liang
Diedarkan olehSeasonal Film Corporation
Tarikh tayangan
1 Mac 1978
Masa tayangan
98 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis
Pecah panggungHKD $2,708,748.20

Selepas filem ini, Yuen Woo-ping mengarahkan filem Drunken Master, dirilis tahun yang sama dan pelakon yang sama iaitu Jakcie Chan, Hwang Jang-lee dan Yuen Siu-tien. Ia masih mengikut corak serupa gaya komedi filem Kungfu.

Sinopsis sunting

Filem Snake in the Eagle's Shadow ini mengisahkan tentang kumpulan Eagle Claw yang telah kehilangan jurus yang telah lama ada selama 200 tahun. Seorang guru bernama Sheng Kuan berfikir untuk melenyapkan perguruan yang menggunakan gaya berlawan jurus ular, dia dan para anak buahnya memburu orang yang menggunakan jurus itu. Salah seorangnya ialah guru Pai Cheng-Cheh yang menyamar sebagai pengemis yang tiada tempat tinggal. Dia menyamar kerana sedang mencari murid-muridnya yang mungkin masih ada.

Di tempat lain, hidup seorang pemuda yatim piatu bernama Chien Fu. Dia ditemani oleh seorang koki yang juga bekerja di sana. Chien Fu merupakan seorang pembantu di sebuah perguruan yang digurui oleh seorang guru yang suka menyeksanya seperti menggunakannya sebagai lawan bertarung untuk memperlihatkan orang-orang. Sebenarnya guru itu hanya pelajar sementara kerana guru yang sebenar sedang berkelana. Dari situ timbullah rasa marah dan dendam dari Chien kerana dipergunakan secara tidak adil.

Pelakon sunting

Pautan luar sunting