Snap matchlock adalah sejenis mekanisme matchlock (pencucuh sumbu) yang digunakan untuk menyalakan senjata api awal. Ia digunakan di Eropah sekitar tahun 1475 hingga 1640, dan di Jepun dari tahun 1543 hingga sekitar tahun 1880.[1]

Senapang matchlock antik Jepang (tanegashima), menunjukkan mekanisme penembakan. Perhatikan pegas utama berbentuk V.

Deskripsi sunting

Serpentine-nya (serpentine adalah tuas melengkung dengan penjepit di ujungnya) ditahan dalam posisi menembak oleh pegas lemah,[2] dan dilepaskan dengan menekan butang, menarik pemicu, atau bahkan menarik tali pendek yang masuk ke dalam mekanisme. Tali bakar lambat yang ditahan di serpentine itu berayun ke dalam panci kilat (flash pan) berisi bubuk sulut. Kilat dari panci kilat bergerak melalui lubang sulut yang menyala cas pendorong utama senjata. Oleh kerana tali bakarnya sering dipadamkan setelah pertembungannya yang agak ganas dengan panci kilat, jenis ini tidak disukai oleh tentera, tetapi sering digunakan dalam senjata sasaran yang baik.

Di Jepun, pengenalan pertama mengenai matchlock yang mula dikenali sebagai tanegashima adalah melalui Portugis pada tahun 1543.[3] Tanegashima sepertinya didasarkan pada contoh senapang snap matchlock yang dibeli dari pedagang Portugis, dan pada asalnya dihasilkan di gudang senjata Portugis yang terdapat di Goa (India Portugis), yang merupakan bandar yang ditawan oleh Portugis pada tahun 1510.[4]:26 Terdapat 2 mekanisme kunci berbeza yang digunakan dalam senapang Indo-Portugis. Yang satu memiliki pegas utama berdaun tunggal dari prototaip senjata Lusitanian, yang dapat ditemukan di Sri Lanka, semenanjung Melayu, Sumatra, dan Vietnam, dan yang lain mempunyai pegas utama berbentuk V, dapat ditemukan di Jawa, Bali, China, Jepang, dan Korea.[4]:103-104[5]

Lihat pula sunting

Rujukan sunting

  1. ^ The defences of Macau: forts, ships and weapons over 450 years Richard J. Garrett, Hong Kong University Press, 2010, ISBN 9789888028498 P.176
  2. ^ European & American arms, c. 1100-1850, Author Claude Blair, Publisher B. T. Batsford, 1962, Original from Pennsylvania State University, Digitized Jun 30, 2009 P.42
  3. ^ Tanegashima: the arrival of Europe in Japan, Olof G. Lidin, Nordic Institute of Asian Studies, NIAS Press, 2002 P.1-14
  4. ^ a b Daehnhardt, Rainer (1994). The Bewitched Gun: The Introduction of the Firearm in the Far East by the Portuguese; Espingarda Feiticeira: A Introducao Da Arma De Fogo Pelos Portugueses No Extremo-Oriente. Texto Editora.
  5. ^ "Firearms and Artillery in Pre-Colonial Vietnam « Seven Stars Trading Company" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-01. Dicapai pada 2020-10-03.

Pautan luar sunting